Saturday 20 July 2013

Dosa PAS Pada Anak Terengganu Yang Tak Boleh Dijawab Rafizi

Rakyat Terenggannu diminta untuk mengimbau kembali kezaliman dan dosa yang dilakukan oleh PAS ketika parti tersebut memerintah negeri pada 1999.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan PAS Terengganu menghalau pelajar sekolah tadika dan tidak membenarkan operasi balai raya harus terus dipersoalkan berikutan masih belum ada pengakuan maaf dari parti berkenaan.

"Kenang kembali apa yang dibuat PAS ketika memerintah dahulu. Saya tak bercakap soal pembangunan kerana PAS sememangnya tidak berminat dengan pembangunan, tiada masjid, jalanraya, madrasah, sekolah agama dibina.

Kita ingat kembali betapa zalimnya mereka (PAS) apabila mereka menghambat keluar pelajar-pelajar sekolah tadika daripada sekolah. Bagi saya ini dosa dan mereka terus mempertahankan dengan mengatakan ia perbuatan yang betul," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Shabery, PAS begitu angkuh untuk mengakui kesalahan sehinggakan tiada pengakuan salah dan maaf dikalangan pemimpin mereka direkodkan sehingga hari ini.

Oleh yang demikian Shabery yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendesak kepimpinan PAS Terengganu menjawab dan melafazkan maaf kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tindakan zalim mereka.

"Mereka tidak pernah minta maaf kepada rakyat. Saya merayu pemimpin PAS mesti membuat kenyataaan mengaku kesalahan mereka. Ia masih segar dalam pemikiran orang Terengganu.

"Rafizi, atau Husam atau pemimpin PAS Terengganu tolong jawab. Jika PAS memerintah lagi, berapa banyak sekolah, balairaya akan dimusnahkan?," soalnya lagi.

No comments:

Post a Comment