Thursday 18 July 2013

Rakyat Disaran Pakai Pelita..

 
TNB telah berbunyi kemungkinan tarif elektrik akan naik tidak lama lagi. Walaupun TNB pada tahun kewangan 2012 mencatatkan keuntungan berbillion ringgit, namun alasan yang diberikan sama saja sejak dari zaman Hang Tuah dahulu lagi.. Tidak mampu menampung kos operasi menjana tenaga eletrik yang semakin meningkat.
 
Apa guna untung berbillion ringgit tu?? Duit nya nak buat apa?? TNB bayar zakat ka?? Ini yang membuatkan rakyat muak dengan kerajaan.. Nenek aku yang tak pergi sekolah pun boleh bercakap.. "Sebelum PRU kerajaan bagi macam2, tunggu lah lepas PRU, itu naik, ini naik, semua naik.." betul lah sangkaan nenek aku. Pandai jugak nenek aku dalam berpolitik ni..
 
Berbalik pada kenaikan tarif eletrik ni, nanti akan ada pemimpin2 politik dan NGO  yang mencadangkan kepada rakyat supaya pakai sahaja pelita bila tarif elektrik naik.. Hahahah 

No comments:

Post a Comment