Wednesday, 10 July 2013

DAP Semakin Biadap!! Minta Tamdun Islam Dihapuskan..

Kementerian Pendidikan digesa supaya menarik balik Tamadun Islam daripada menjadi subjek wajib kepada pelajar universiti swasta, kata Ahli Parlimen DAP Dr Ko Chung Sen hari ini kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada pelajar.
 
Ahli Parlimen Kampar tersebut berkata tidak ada satu pun universiti dalam dunia yang mewajibkan subjek berkaitan agama sebagai wajib untuk dipelajari.
 
"Jika kamu lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya.
 
"Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia?" kata Dr Ko yang mempersoalkan subjek Tamadun Islam di universiti-universiti tempatan dan kini pula diwajibkan kepada pelajar swasta. - 11 Julai, 2013.



Orang Bujang Pilih Kedai Mamak

Post Pic


SHAH ALAM: Ramadan menjelma kembali. Bulan yang penuh keberkatan ini semestinya ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menggandakan pahala amalan mereka.

Sebut saja Ramadan, antara perkara yang sering terbayang di minda pastinya kemeriahan suasana berbuka dan juga bersahur.

Restoran dan kedai makan pastinya penuh sepanjang bulan tersebut, terutama oleh golongan pelajar dan mereka yang masih bujang.

Tinjauan Antarapos di restoran mamak sekitar Shah Alam ketika waktu sahur pagi tadi mendapati premis tersebut dipenuhi oleh golongan berkenaan yang rata-ratanya datang secara berkumpulan.

Ahmad Hambali Mohd Puat, 24 tahun, berkata, beliau dan rakan-rakannya memilih untuk bersahur di restoran mamak kerana sekadar mahu menikmati juadah yang ringkas untuk bersahur.

Tambahnya, selain beroperasi 24 jam, restoran mamak juga dipilih kerana faktor persekitarannya yang lebih santai dan perkhidmatan yang diberikan agak memuaskan.

"Kami memang biasa melepak di restoran ini.. Jadi memang tidak menjadi masalah untuk mencari tempat untuk bersahur.

"Tambahan pula ia agak berdekatan. Selain itu, restoran mamak ni persekitarannya santai.. layanan dan makanan di sini juga boleh dikatakan ok," katanya.

Berlainan pula dengan mereka yang lebih gemar bersahur di rumah. Seorang pelajar yang dikenali sebagai Idzuan Hafifi Ismail berkata, beliau dan rakan-rakan serumah kebiasaannya menikmati makanan berat ketika lewat malam terlebih dahulu di luar, sebelum bersahur dengan hidangan ringkas di rumah.

"Biasanya kami akan mengambil makanan berat lewat malam..Kadang-kadang makan di kedai mamak, kadang-kadang beli bungkus. Masa waktu sahur awal pagi, kami makan yang ringkas saja seperti mee segera atau roti.

"Biasanya macam itu lah sekiranya tidak pulang ke kampung halaman," katanya.

Siti Rogayah Tajudin, 24, yang menyewa bersama rakan-rakannya pula lebih gemar bersahur di rumah berbanding di luar.

Katanya yang sudah lebih setahun bekerja, untuk bersahur, beliau dan rakan-rakan kebiasaanya menyediakan hidangan ringkas seperti nasi goreng, atau hanya sekadar menikmati roti, bijirin atau kurma sebagai alas perut.

"Kami jarang sekali keluar bersahur di luar.. Tahun lepas pun begitu juga. Biasanya untuk sahur, kami hanya memasak hidangan ringkas seperti nasi goreng atau jemput-jemput.

"Kalau tidak sempat, kami hanya ambil roti, kurma atau bijirin..sekadar alas perut dan untuk mengambil keberkatan bersahur," katanya.

Sama ada bersahur di rumah mahupun di luar, apa yang pasti waktu tersebut akan dihabiskan bersama rakan-rakan agar suasana lebih meriah, selain bagi mengubati kerinduan masakan yang disediakan ibu di kampong.

Rumah MP Pembangkang Kena Rompak Pun Salah Polis Juga Ka??

Post Pic
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyokong agar satu akta baru digubal bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) demi  memastikan keselamatan rakyat terjamin.
 
Katanya, sejak Ordinans Darurat dimansuhkan September tahun lalu, beliau gusar dengan keselamatan negara terutamanya kadar jenayah yang berlaku hari ini.
 
"Kita perlukannya. Kita perlu rancang satu akta baru untuk menggantikan EO. Selepas EO dimansuhkan, apa yang dirisaukan adalah kejadian sekeliling kita,
 
"Kerajaan perlu lakukan sesuatu berhubung perkara ini," katanya kepad pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Tengku Adnan juga membidas pemimpin pembangkang yang dakwanya menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.
 
"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya. 
 
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menggubal undang-undang baru bagi menggantikan EO dan Akta Kediaman Terhad berikutan peningkatan kadar jenayah dalam negara.
 
Bagaimanapun gesaan Zahid itu disambut dengan pelbagai bantahan khususnya daripada pembangkang, termasuk daripda Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam).
 
Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata perkara itu akan diberi sepenuh perhatian dan dibincang lanjut oleh kabinet.
 
Jangan sampai penjenayah pergi rumah pembangkang
 
Sementara itu, pada sidang Parlimen, ditanya berhubung rancangan untuk menggubal EO,  Ahmad  Zahid berkata perkara itu akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan semua pihak.
 
"EO mungkin ada ikut persetujuan semua," katanya.
 
Beliau sehubungan itu menyeru agar ahli parlimen pembangkang turut menyokong usaha menggantikan Ordinan Darurat dengan undang-undang baru untuk mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa penjenayah.
 
“Jangan sampai penjenayah yang buta warna (politik) ini pergi rumah Shah Alam (Khalid Samad) dan Gombak (Azmin Ali),” katanya ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
Azmin  Ali (PKR - Gombak) ketika mengemukakan soalan sebelum itu turut membangkitkan mengenai kes rompakan melibatkan kediaman seorang menteri kabinet, Khairy Jamaluddin, pada akhir bulan lalu.
 
Khairy yang mendengar namanya disebut terus tampil dengan berkata bahawa kejadian jenayah bukan satu persepsi tetapi adalah masalah yang nyata.
 
"EO telah dibatalkan tapi kita mahu EO diganti dengan akta lain. Kita minta persetujuan semua sebab dari segi penangkapan yang berlaku sekarang ini, penjenayah yang ditangkap ialah bekas penjenayah yang dilepaskan oleh EO. Ini realiti," kata Ahmad Zahid. 
 
Khalid Samad pula, yang disebut oleh Zahid dalam ucapan berkenaan turut bangun dan mendakwa kata-kata itu merupakan satu ugutan kepada ahli parlimen pembangkang.
 
Ahmad Zahid pada 4 Julai lalu menyatakan bahawa kementeriannya sedang merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
 
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan pasukan polis sebelum itu, yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih 2,600 tahanan bawah EO selepas undang-undang tersebut dimansuhkan pada 2011

Analisis PR PRU 13 : Mimpi Ngeri BN Untuk Johor

Ketika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO.

Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.


Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50.

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %.

19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan (DAP)
6. Yong Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir Gudang
6. Gelang Patah
7. Kulai
8. Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.

28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Buluh Kasap
2. Pemanis
3. Sg. Abong (PAS)
4. Maharani (PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit Permai
9. Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu Pahat
4. Simpang Rengam
5. Sembrong
6. Johor Bahru
7. Pulai
8. Tanjung Piai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.

PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit Naning
5. Parit Yani
6. Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Ayer Hitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.

Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.

Sumber : Tulahan

Omar Osman Wira Penjawat Awam

PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.
Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA

Betul Ke PM Najib Faraidkan Jawatan Pada Ahli Parlimen BN

Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen Umno yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.

Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam Umno manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen Umno dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.

Ia bukan saja dari kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan Umno hujung tahun ini tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Untuk jawatan Presiden Umno, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang berasa dipingggirkan oleh Najib terutama dari Sabah dan Sarawak serta dengan sokongan 89 undi Pakatan yang sedia di Parlimen.

Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.

Dipercayai Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan politik dan masa depannya itu.

Beberapa perlantikan sebelum ini, terutamanya Azeez Rahim dikecam oleh banyak pihak kerana kelayakannya yang diragui manakala peribadinya pula disifatkan tidak sesuai untuk menerajui institusi besar seperti Tabung Haji yang mempunyai aset sejumlah RM35 billion dan terlibat dalam urusan berkaitan ibadah umat Islam. Perlantikan penasihat kerajaan bertaraf menteri pula dipertikai kerana ia dianggap suatu pembaziran dan menambahkan lagi beban perbelanjaan kerajaan.

Semalam Pakatan Rakyat juga membangkitkan isu yang sama dan mahukan Perdana Menteri melihat dari segi keperluannnya kepada kepentingan kerajaan serta beban perbelanjaan, dan tidak semata-mata kepada keuntungan dari segi politik sahaja.

Perlantikan Nurjazalan sebagai Pengerusi Telekom dan Othman Abdul sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur adalah yang terbaru dibuat oleh Najib. Nurjazlan difahamkan sudah menerima surat perlantikan dan akan memulakan tugasnya awal Julai depan manakala Othman Abdul sudah pun memulakan tugasnya beberapa hari lalu.

Namun tidak seperti perlantikan Azeez Rahim yang dipertikaikan kerana kelayakannya serta Rais Yatim dan Ng Yen Yen yang dianggap pembaziran, perlantikan Nurjazlan dan Othman Abdul diterima dengan baik oleh banyak pihak.

Nurjazlan, seorang akauntan bertauliah yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai di Johor dianggap berpatutan diberikan jawatan itu berikutan senioritinya sebagai Ahli Parlimen dan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Telekom Malaysia sebelum ini. Perlantikan sebagai Pengerusi umpama kenaikan pangkat saja.

Dari sudut politik pula, Nurjazlan dianggap menyumbang kemenangan berharga kepada BN dalam pilihanraya lalu berikutan kemampuannya menewaskan Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai. Namun ada pihak juga merasakan berikutan kelayakan dan sumbangan besarnya itu, Nurjazlan sepatutnya lebih awal diberikan ganjaran oleh Najib dengan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri sebaik BN memenangi PRU 13 lalu.

Begitu juga dengan Othman Abdul, selain kelayakan dan senioritinya tidak dipertikaikan dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur, sumbangannya kepada politik BN juga dianggap besar kerana beliau dibawa keluar daripada dunia persaraan dan ditawarkan menjadi calon sekali lagi di Pendang ialah menahan kemaraan orang nombor PAS, Mat Sabu daripada menang di kerusi itu. Othman Abdul akhirnya berjaya menewaskan Mat Sabu dan kekal menjadikan Timbalan Presiden PAS itu tidak mampu membawa suaranya ke dalam Parlimen sejak dua penggal yang lalu.

Bagaimanapun sumbangannya yang agak besar itu dilihat tidak sepadan dengan sumbangan politiknya kepada BN berikutan Menara Kuala Lumpur yang dipengerusikannya hanyalah sebuah anak syarikat kecil milik Telekom Malaysia yang menguruskan Menara KL yang merupakan salah satu kawasan kunjungan popular untuk pelancong. Meskipun Menara KL popular di mata pelancong tetapi syarikat yang menguruskannya itu dianggap "syarikat miskin" saja dalam Telekom Malaysia.

Mungkin juga perlantikan sebagai Pengerusi Manara Kuala Lumpur ini hanyalah permulaan dan ganjaran kedua yang lebih besar sedang menunggunya selepas ini.

POLIS Malaysia Kuat Rasuah

Label POLIS MAKAN RASUAH sebenarnya dipopularkan oleh pengamal rasuah paling tegar dalam dunia, chinabeng. Kaum yang Tuhan dan Syaitan, Hantu serta Puaka pun dirasuah, seringkali menuduh orang lain yang melakukan rasuah untuk melindungi keburukan pada masyarakat mereka sendiri.

Walaupun sebahagian daripada tuduhan tersebut adalah benar, tetapi punca sebenar amalan rasuah yang sedang membarah, tidak pernah didedahkan.

Kalau chinabeng tuduh polis kuat makan rasuah, tentu sekali mereka cuba melindungi pelbagai kegiatan haram seperti perjudian, penyundalan, dadah, mahupun pemerdagangan manusia di sesuatu kawasan. Aktiviti-aktiviti berkenaan tidak akan wujud kalau tidak ada 'kerjasama' daripada pihak yang memegang kuasa.

Namun kewujudan pusat-pusat maksiat dan hiburan serta perdagangan haram termasuklah dadah dan manusia, tidak hanya melibatkan polis tetapi juga melibatkan entiti-entiti penguatkuasaan yang lain termasuklah PBT. Di dalam PBT, yang paling banyak membuat keputusan adalah Ahli Majlis.

Disebabkan itulah, meskipun bergaji atau elaun mereka kecil, tetapi kebanyakan Ahli Majlis terutama sekali di kawasan bandar besar seperti MPAJ, MPSJ, MPKj, MBSA, MBPJ dan sebagainya, kekayaan mereka tiba-tiba sahaja memuncak apabila mereka menjadi Ahli Majlis.

Dan disebabkan itulah juga, lebih banyak pusat-pusat hiburan dan maksiat di sesebuah kawasan tadbiran PBT, maka lebih kenyang dan lebih senanglah Ahli-Ahli Majlisnya.

Justeru, benarlah seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bukan hanya polis yang dipertikaikan dan dituduh banyak mengambil rasuah, sebaliknya yang lebih besar mengamalkan rasuah adalah entiti-entiti yang mempunyai jangkauan lebih besar seperti PBT.

Mengapa Pakatan hanya menumpukan perhatian kepada polis? Bukankah kebanyakan polis yang mengamalkan rasuah akhirnya menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada sesetengahnya pula berlagak seperti orang alim yang sudah bertaubat, sedangkan untuk mengisi perut, dan tempat tinggal, wang haram itulah juga yang digunakan?

Mengapa tidak ada sebarang dakwaan terhadap PBT? Apakah kerana ramai orang Pakatan dalam PBT, maka PBT terkeluar daripada radar tuduhan mereka?
 
Jangan hanya RASUAH PETTY yang menjadi perhatian dan diperkatakan, sebaliknya perhatikan juga RASUAH BESAR melibatkan jumlah dan kesan yang lebih hebat ke atas masyarakat terutama menerusi penggunaan premis kekal sepertimana yang sedang berlaku di seluruh Selangor dan Pulau Pinang sekarang ini.

Rasuah tiga empat puluh ringgit untuk lepas daripada saman jalan raya, memanglah keji, tetapi lebih keji lagi kalau rasuah melibatkan puluhan ribu, ratusan ribu malahan jutaan ringgit atau wanita pelacur, pemberian barangan berharga dan sebagainya sepertimana yang dapat dilihat menerusi hebatnya pertumbuhan pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat pelacuran serta pemerdagangan manusia di Malaysia!!!