Tapi berdasarkan pengalaman penulis sendiri, memang terlalu banyak red-tape membabitkan pihak-pihak berkenaan yang sepatutnya diselesaikan dengan sebaik-baiknya bagi kemaslahatan ummat terutama sekali golongan mualaf.
Tak guna bercakap hebat tentang KEJAYAAN PUNGUTAN ZAKAT tetapi asnaf-asnaf berkaitan, terlalu daif dan adakalanya dinafikan hak mereka.
Media sosial sekarang, seharusnya menjadi sumber maklumat terbaik untuk pihak-pihak berkenaan mempertingkatkan khidmat serta tanggungjawab mereka. Bukan menjadikan pendedahan menerusi media sosial sebagai permasalahan ego!
Mohon diambil tindakan dari pihak-pihak berkaitan!
Tq The Flying Kick
No comments:
Post a Comment