Tuesday 27 January 2015

Business Urus Jenazah... Macam Ni Pun Ada Kaa??


Semalam isu pengurusan jenazah mahal, menjadi trending di media-media sosial. Ramai yang terkejut dengan angka dan harga yang tersurat di dalam sekeping resit yang dipaparkan. Malahan nama masjid yang berada di Pulau Pinang itu juga telah disebut secara jelas.

Ramai juga yang menyatakan bahawa resit berkenaan merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan masjid dan jawatankuasanya.

Namun ternyata, 'pengakuan' pihak jawatankuasa masjid itu membenarkan resit berkenaan.

Alasan yang diberikan adalah tambahan RM2000 adalah untuk bacaan al Quran selama tiga malam berturut-turut.

Amalan membaca al Quran di atas kubur, sebenarnya sudah lama ditinggalkan terutama selepas umat Islam di Malaysia semakin sedar bahawa amalan tersebut sebenarnya lebih kepada adat dan bertentangan sama sekali dengan syariat. Ia merupakan sebahagian daripada adat lama yang cuba diasimilasikan dengan amalan Islam sekalipun amalan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan kepada waris mahupun si mati.


Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Jawatankuasa Masjid berkenaan perkara tersebut tetapi yang jelas, fardu kifayah yang membabitkan kematian, sebenarnya telah bertukar menjadi fardu duit-ringgit.

Mungkin keterlaluan tetapi alasan 'perubahan persekitaran' serta kos-kos semasa seringkali dijadikan sebagai upaya menghalalkan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.

Barangkali Pulau Pinang tidak cukup ustaz untuk mengajarkan Jawatankuasa Masjid berkenaan atau menasihati keluarga waris si mati bahawa perbuatan mereka hanyalah sia-sia.

2 comments:

  1. Tajuk yg menarik.... Oleh kerana hukumnya fardhu kifayahlah dah tak ada orang ndak buat. Bipa tak ada gotong royong seperti dulu2, siapa ndak uruskan? Org pej agama? Di sana x de unit jenazah, unit mandi atau kapankan jenazah... Ni kesilapan pemerintah pusat sejak dari awal.
    Disbbkan xde org ndak volunteer dlm hal ni, maka timbullah kumpulan yg menunaikan tanggubgjwb org ramai dengan mengenakan bayaran. Bayaran ini diambilkira masa. Tenaga atau kepakaran org trsebut.
    Utk puan yg x faham, prkhdmatan ni xwajib pun.. tp kita ttp bodoh, ttp mgharapkn org lain utk uryskan..
    Swcara ikhlas, sejak hidup smpi sekaeang.. puan dh berapa kali uruskan jenazah a-z?
    Nanti flmnkeluarga ada ygbmenibggal ouan uryskn aha sdri.. bukqnnya wajib upqhknnorg...

    ReplyDelete
  2. Tajuk yg menarik.... Oleh kerana hukumnya fardhu kifayahlah dah tak ada orang ndak buat. Bipa tak ada gotong royong seperti dulu2, siapa ndak uruskan? Org pej agama? Di sana x de unit jenazah, unit mandi atau kapankan jenazah... Ni kesilapan pemerintah pusat sejak dari awal.
    Disbbkan xde org ndak volunteer dlm hal ni, maka timbullah kumpulan yg menunaikan tanggubgjwb org ramai dengan mengenakan bayaran. Bayaran ini diambilkira masa. Tenaga atau kepakaran org trsebut.
    Utk puan yg x faham, prkhdmatan ni xwajib pun.. tp kita ttp bodoh, ttp mgharapkn org lain utk uryskan..
    Swcara ikhlas, sejak hidup smpi sekaeang.. puan dh berapa kali uruskan jenazah a-z?
    Nanti flmnkeluarga ada ygbmenibggal ouan uryskn aha sdri.. bukqnnya wajib upqhknnorg...

    ReplyDelete