Sunday, 2 March 2014

YB Berketayap Selak Kain

Gambar yang dihantar oleh rakan whatsapp

Benarkah gambar diatas menunjukan YB Dr Mansor Abd Rahman (UMNO BN) ahli parlimen Sik sedang menyelak kain seorang pesakit hanya untuk bergambar...???

Kalau ya pun nak menyantuni rakyat..mengapa hingga sanggup menyelak kain seorang makcik (Warga emas)..??

Dah tak ada cara lainkah nak cari publisiti dalam politik..??

Jika boleh..mohon pencerahan dan mohon jangan diulangi perkara tindakan bodoh begini...hahaha...

*Mungkin niat YB ni nak menunjukkan kesakitan yang sedang ditanggung mak cik tu....

Tun M - Saya Rasa Geli Hati Dengan Kenyataan Menteri


mahathir1-
 
SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.
 
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.
 
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/
 
Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.
 
“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
 
“Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan,” katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.
 
Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar, lapor Sinar Harian.
 
“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.

Tuesday, 25 February 2014

Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram - Kadir Jasin

 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.
 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja.
 
 
 

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan," katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.
Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia," katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Street Dakwah Lebih Baik Dari Valentine Day...



Tempohnya sebagai ketua pemuda PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan bantahan terhadap konsert dan sambutan Hari Valentine.

Maka, ia adalah satu kejutan apabila Nasrudin Hassan yang kini merupakan MP Temerloh memetik gitar untuk program dakwah jalanan 'Street Dakwah'.

Lengkap berjubah dan berserban, Nasrudin menyertai satu kumpulan pemuzik yang membuat persembahan di depan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam masukan di laman sosial Facebook miliknya, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menyifatkan persembahan itu sebagai satu "variasi dakwah".

"Pendekatan ini sangat berkesan namun memerlukan komitmen penglibatan dari dae'i (pendakwah) kita," kata beliau.

Nasrudin, yang masih lagi belajar memetik gitar, mengundang respons dari pengikut laman Facebook-nya.

"Pakai serban jangan ingat  tak pandai main gitar... tabik sama awak," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Jamel Rawi.

Pemuda PAS yang kini dipimpin Suhaizan Kaiat, mengambil pendirian yang lebih lunak terhadap sambutan Hari Valentine awal bulan ini dan menggesa 'Street Dakwah' dipromosikan

Rasuah Punca Kos Sara Hidup Naik - Ali Hashim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.

Beliau berkata, penting bagi rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.

“Jihad (lawan) korupsi lebih penting daripada jihad (lawan) orang tengah, ini kerana ramai orang Melayu dan Islam berjaya menjadi orang tengah dalam pasaran.

“Jihad perangi monopoli juga pula diberi perhatian dengan berteraskan strategi bisnes dan mengelak ia didorong ketamakan,” kata beliau dalam Wacana “Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran” anjuran Sinar Harian semalam.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

Sistem kapitalis 'tamak'

Sementara itu, Muhammad Ali juga berkata, sistem pasaran bebas kapitalis “bersisikan ketamakan” yang dianut sekarang menyebabkan ketidakadilan berlaku di negara ini

“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,” kata beliau.

Beliau turut mahu kerajaan menyediakan satu platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya untuk jangka pendek semata bagi mengelak pemberontakan terhadap kerajaan.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inflasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas golongan kelas menengah dan pertengahan.

“Malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” kata beliau.

Saturday, 15 February 2014

Sabah & Sarawak Nak Keluar Malaysia - Prof James

 Profesor James  Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014. 
Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.


Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.

Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Golongan elit Malaysia Timur baik daripada  parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.

Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka  ‎hanya akan menuntut lebih banyak kerusi ‎Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi  dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.
Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia

Daging Babi Pula Dijumpai Di Depan Pintu Masjid


Timbalan imam di Permatang Pauh terjumpa sekeping daging dipercayai babi di perkarangan Masjid Cherok Tok Kun di Pulau Pinang, hari ini.

Saksi, Saad Arop, 78, berkata beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden seperti ini pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis sedang menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi tadi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. - 16 Februari, 2014.