Saturday 15 February 2014

Daging Babi Pula Dijumpai Di Depan Pintu Masjid


Timbalan imam di Permatang Pauh terjumpa sekeping daging dipercayai babi di perkarangan Masjid Cherok Tok Kun di Pulau Pinang, hari ini.

Saksi, Saad Arop, 78, berkata beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden seperti ini pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis sedang menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi tadi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. - 16 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment