Saturday 15 February 2014

Sabah & Sarawak Nak Keluar Malaysia - Prof James

 Profesor James  Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014. 
Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.


Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.

Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Golongan elit Malaysia Timur baik daripada  parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.

Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka  ‎hanya akan menuntut lebih banyak kerusi ‎Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi  dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.
Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia

No comments:

Post a Comment