Thursday, 9 May 2013

PAS Kecewa Lagi, Barisan EXCO Pulau Pinang..

PULAU PINANG: Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 berjanji akan memperkasakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.

"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.

Kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 menjaminkan akan bekerja keras untuk rakyat sebagai membalas sokongan rakyat daripada pengundi Melayu, Cina dan India yang meningkat daripada 58% undi dalam pilihanraya umum ke-12 kepada 66% dalam pilihanraya umum ke-13.

Salah satu tumpuan adalah untuk menyekat peningkatan kejadian jenayah di Pulau Pinang seperti di Seberang Perai Tengah dengan memasang lebih banyak tiang lampu jalan dan CCTV.

Lagi satu tumpuan adalah untuk membuat bayaran warga emas RM100 setahun mulai 18Mei 2013.

"Marilah kita bersatu untuk menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, " katanya.


PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018

1) LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
· Penerangan,
· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2) MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
· Pembangunan Keusahawanan

3) PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Ekonomi Negeri,
· Pendidikan & Sumber Manusia,
· Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerajaan Tempatan,
· Pengurusan Lalulintas,
· Tebatan Banjir

5) DATUK ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
· Hal Ehwal Agama Islam,
· Perdagangan Dalam Negeri
· Hal Ehwal Pengguna

6) CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Belia & Sukan,
· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
· Kesenian

7) LIM HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerja Raya,
· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Pelancongan
· Kebudayaan

9)PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kebajikan,
· Masyarakat Penyayang,
· Alam Sekitar

10) JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Bandar & Desa
· Perumahan

11) DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pertanian & Industri Asas Tani,
· Pembangunan Luar Bandar
· Kesihatan

Wednesday, 8 May 2013

Kit Siang Hina YDPA, Tidak Iktiraf Kehendak Rakyat, Minta PRU Diadakan Semula..

Kit Siang mahu pilihan raya baru diadakan


Dakwa lebih 50 peratus pengundi kini menyokong pembangkang

Johor Bahru: Kemenangan besar DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu, membuatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, lantang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pilihan raya umum yang baru serta-merta.

Cabaran itu dibuat kerana mendakwa pembangkang hanya kalah majoriti bawah 3,000 undi di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Kit Siang mendakwa keputusan cemerlang pada PRU-13 berpunca daripada sokongan semua kaum yang memilih DAP dan pembangkang.    

“Kemenangan di Gelang Patah menjadi sejarah dan perhatian seluruh Malaysia. Sebab itu, dalam tindakan seterusnya adalah untuk menjadikan pakatan sebagai satu symbol.    
 
Guna satu symbol

“DAP, PAS dan PKR akan menggunakan satu simbol saja bagi menghadapi PRU-14,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan DAP dan pakatan pembangkang di sebuah restoran Cina, di sini, malam kelmarin.

Kit Siang juga menuduh Najib bukan Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini kerana mendakwa lebih 50 peratus penduduk kini menyokong pembangkang.

Khalid vs Azmin Berebut Jawatan MB.. PAS Gigit Jari Lagi

Khalid, Azmin rebut kerusi MB Selangor
PAS, DAP, PKR masih tak sepakat calon sesuai isi jawatan

Kuala Lumpur: Jawatan Menteri Besar Selangor kini menjadi rebutan antara ahli PKR yang mahukan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali manakala DAP dan PAS menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui negeri itu bagi penggal kedua.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah, berkata berdasarkan jawatan dalam parti, Azmin adalah pemimpin kanan dibandingkan dengan Khalid yang hanya ahli Majlis Pimpinan Pusat.
“Kita akui kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang akan membuat keputusan berhubung pemilihan Menteri Besar Selangor, bagaimanapun dari segi hierarki parti, amat jelas Azmin pemimpin paling kanan selain memegang jawatan penting dalam PKR.


Mampu tawan lebih kerusi

“Malah, kita percaya sekiranya tidak berlaku pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan DUN Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-13, PKR mampu memenangi lebih banyak kerusi di Selangor,” kata Borhan yang juga Ketua Cabang PKR Sepang ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya semalam.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi sekali gus menjadi peluang terbaik kepada PAS untuk menerajui Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bersedia diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika mendapat mandat daripada kepemimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Abdul Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau berjaya mempertahankan Selangor dengan memenangi majoriti dua pertiga kerusi pada PRU-13.

Sokong Abdul Khalid

“DAP Selangor juga menyokong penuh Abdul Khalid untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar buat penggal kedua..., walaupun DAP memenangi 15 kerusi dan PAS (15), beliau (Abdul Khalid) patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, parti berkenaan turut bersetuju mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar berdasarkan rekod cemerlang beliau memimpin Selangor sebelum ini.

“Kita bersetuju dan berasakan Abdul Khalid perlu dikekalkan serta meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar buat penggal kedua..., malah prestasi beliau sebelum ini juga amat baik,” katanya.

Terkini.. Nik Aziz Merajuk, Lepas Jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan

Kota Bharu:  Selepas dinasihatkan bersara dari menjadi Menteri Besar Kelantan oleh DYMM Sultan Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih berada dalam mood merajuk dan tidak boleh menerima keputusan tersebut dilaporkan sebentar tadi akan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan tidak lama lagi.
Nik Aziz jelas merajuk dan tidak dapat menerima kenyataan sama seperti Anwar Ibrahim. Ketentuan Allah, Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan. Terimalah hakikat bahawa Nik Aziz terlalu uzur dan kurang berkemampuan untuk mentadbir Kelantan. Kelantan memerlukan tenaga muda dan berpemikiran jauh ke hadapan untuk membangunkan Kelantan seiring negeri lain.
 
Apa pun kita berharap supaya Nik Aziz belajar menerima kenyataan. Kita ni manusia biasa dan tidak akan menongkat langit dalam berpolitik. Lagi satu Nik Aziz kena ingat, PAS itu adalah parti politik yang dicipta oleh manusia, dan jangan sesekali disamakan PAS seperti agama Islam.. PAS adalah Dunia, Islam menuju ke akhirat..
 
Walaubagaimana pun Nik Aziz enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Musyidul Am PAS.
      

Pian Hon ; Kaum Cina Terpedaya

                                   
PIAN HON
PIAN HON
SERDANG – Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon kecewa dengan masyarakat Cina yang mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji kosong pembangkang.

Beliau berkata, apa yang dikesalkan kaum Cina mudah tertipu dengan publisiti murahan DAP dan membiarkan pemikiran mereka diracuni dengan persepsi negatif.

Disebabkan janji kosong pembangkang ditambah maklumat palsu disebarkan melalui media alternatif untuk menakutkan kaum Cina, Pian Hon berkata, pengundi kemudian membuat keputusan untuk mengubah kerajaan pusat.

Menurutnya, maklumat palsu pembangkang termasuk mengatakan pendatang asing akan keluar mengundi petang hari pembuangan undi  berjaya meracuni pengundi keluar awal kononnya untuk melindungi masyarakat Cina di negara ini.

“Banyak maklumat palsu disebar pada hari pembuangan undi yang  tidak sempat dihapus dan dipertikaikan kerana tiada masa, orang Cina terpedaya dan yakin apa diperkatakan DAP itu benar jadi 80 peratus mereka beru undi kepada pihak pembangkang.

“Ada orang jumpa saya kata saya orang baik, boleh bawa pembangunan pesat di Serdang tetapi terpaksa korbankan saya untuk ubah kerajaan pusat,” katanya.

Pian Hon berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diakui paling teruk kerana tidak sampai 10  ahli parlimen Cina dipilih mewakili BN.

Mengulas tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang masih ingin mengadakan perhimpunan besar-besaran kerana tidak berpuas hati kedudukan kerusi parlimen tidak berpihak kepada mereka, Pian Hon berkata, jika tidak berpuas hati pihak itu seharusnya  ke mahkamah.

Katanya, kebanyakan calon BN yang tewas akur dengan keputusan pengundi di kawasan masing-masing dan tidak mempertikaikannya.

Bagaimanapun beliau yang juga Ketua Penerangan BN negeri Selangor hairan kerana  PR sudah menang di Selangor namun terus-terusan bercakap ‘kotor’ dengan membuat dakwaan itu dan ini.

Justeru katanya, masyarakat Cina perlu buka mata melihat apa yang berlaku di negara ini dan sekiranya PR tidak memberi khidmat terbaik kepada mereka jangan pula salahkan orang lain.

Dalam pada itu, beliau yang Penyelaras Parlimen Serdang berkata, MCA Serdang kini menumpukan masa sepenuhnya untuk memberi latihan kepada ahlinya dalam usaha memperkukuhkan organisasi itu di peringkat cawangan.

Menurutnya, pejabat khidmatnya masih dibuka seperti biasa meski mengalami kekalahan teruk pada PRU13.

Katanya, pejabat itu untuk ahli MCA berkumpul dan memperkasakan kemahiran serta kebolehan masing-masing dalam tempoh dua tahun ini.

Sekali Lagi PAS Diludah DAP

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim

SHAH ALAM - DAP Selangor memutuskan calon menteri besar negeri itu mestilah dari PKR.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun calon yang layak untuk posisi itu bakal diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh terdekat ini dan spekulasi mengenai perkara itu tidak wajar wujud.

“Menteri Besar sekarang PKR, oleh itu tidak perlu wujud sebarang spekulasi mahupun teka teki kerana yang pastinya Menteri Besar akan datang juga adalah dari PKR.

“Bagaimanapun, komponen PR masih dalam penelitian calon PKR yang layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan penggal sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Suee Lim berkata, DAP sebagai komponen akan menyokong calon Menteri Besar yang difikirkan benar-benar layak menerajui kepimpinan Selangor.

“Kita tidak boleh mendedahkan lagi calon berkenaan kerana tindakan ini akan mengundang kontroversi.

“Kita masih punya masa untuk memutuskan calon yang layak, tunggu saja keputusan Mesyuarat PR dalam tempoh terdekat ini,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih  kepada kepercayaan rakyat Selangor kerana memberi mandat besar kepada PR untuk terus menerajui kepimpinan Selangor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dalam nada sama berkata, Pas menolak untuk menghantar wakil calon menteri besar.

Oleh yang demikian, sudah tentu Menteri Besar Selangor adalah dari PKR.

"Mesyuarat PR akan berlangsung hari ini dan esok, selepas itu kita akan umumkan Menteri Besar Selangor," katanya.

PANAS !! Nik Aziz Di REJECT Tuanku Sultan Kelantan, Bukan BERUNDUR..


Berdasarkan cakap- cakap dari teman- teman yang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang, mereka mengatakan sekarang ini sedang heboh diperkatakan rakyat sekeliling bahawa Nik Aziz sebenarnya bukanlah benar- benar berhajat untuk bersara, sebaliknya penamaan semula beliau untuk memegang jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Dikatakan juga, tindakan Sultan Kelantan itu adalah disebabkan oleh tindakan Nik Aziz kebelakangan ini yang dilihat berupaya memecah belahkan umat Islam dan melayu.
Sumber itu juga berkata, sekiranya Nik Aziz benar- benar tidak langsung berhajat mempertahankan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan, kenapa pula beliau tidak mengumumkannya sebelum berlangsungnya PRU13 dan masih bertanding?
Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Aziz kepada sebuah akhbar yang mengatakan beliau akan pimpin sampai mati juga menggambarkan hajatnya untuk terus memegang tampuk pemerintahan Kelantan.
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati. 
Menurut Mursyidul Am PAS itu, pemimpin politik agak istimewa kerana tidak mempunyai had masa untuk berkhidmat kepada rakyat. 
"Kita ada penjawat awam yang ada had masa untuk bersara dan ada pemimpin politik yang boleh berkhidmat sampai mati. 
Pemimpin Islam berada di negeri yang dikatakan berlaku kemunduran dan perpecahan, tetapi sebenarnya ia tidak berlaku. Ini nikmat yang sangat besar. Kita mesti jaga (supaya tidak berlaku perpecahan dan kemunduran)," katanya disini semalam.
Sekiranya apa yang disampaikan ini adalah benar, kita tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Nik Aziz kerana tidak berjaya merealisasikan hajatnya untuk memerintah sampai mati.
Seperkara yang kita harapkan , dengan tersungkurnya Nik Aziz ini, umat Islam Malaysia kembali merapatkan saf dan bersatu menegakkan Islam bersama.
Semoga penyatuan diantara UMNO dan PAS benar- benar berlaku.sumber penggempur mutiara
MMI kata kalau dah tak mau jawatan menteri besar , Nik Ajiz bertanding kerusi buat apa ?? Bersara jalah pencen semua dapat , dah tu boleh bagi laluan dekat orang lain pula.Ini tidak siap bertanding kerusi DUN nak buat apa tu ??