Wednesday, 8 May 2013

Kit Siang Hina YDPA, Tidak Iktiraf Kehendak Rakyat, Minta PRU Diadakan Semula..

Kit Siang mahu pilihan raya baru diadakan


Dakwa lebih 50 peratus pengundi kini menyokong pembangkang

Johor Bahru: Kemenangan besar DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu, membuatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, lantang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pilihan raya umum yang baru serta-merta.

Cabaran itu dibuat kerana mendakwa pembangkang hanya kalah majoriti bawah 3,000 undi di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Kit Siang mendakwa keputusan cemerlang pada PRU-13 berpunca daripada sokongan semua kaum yang memilih DAP dan pembangkang.    

“Kemenangan di Gelang Patah menjadi sejarah dan perhatian seluruh Malaysia. Sebab itu, dalam tindakan seterusnya adalah untuk menjadikan pakatan sebagai satu symbol.    
 
Guna satu symbol

“DAP, PAS dan PKR akan menggunakan satu simbol saja bagi menghadapi PRU-14,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan DAP dan pakatan pembangkang di sebuah restoran Cina, di sini, malam kelmarin.

Kit Siang juga menuduh Najib bukan Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini kerana mendakwa lebih 50 peratus penduduk kini menyokong pembangkang.

No comments:

Post a Comment