Berdasarkan cakap- cakap dari teman- teman yang
berada di negeri Cik Siti Wan Kembang, mereka mengatakan sekarang ini sedang
heboh diperkatakan rakyat sekeliling bahawa Nik Aziz sebenarnya bukanlah benar-
benar berhajat untuk bersara, sebaliknya penamaan semula beliau untuk memegang
jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Dikatakan juga, tindakan Sultan Kelantan itu
adalah disebabkan oleh tindakan Nik Aziz kebelakangan ini yang dilihat berupaya
memecah belahkan umat Islam dan melayu.
Sumber itu juga berkata, sekiranya Nik Aziz
benar- benar tidak langsung berhajat mempertahankan jawatannya selaku Menteri
Besar Kelantan, kenapa pula beliau tidak mengumumkannya sebelum berlangsungnya
PRU13 dan masih bertanding?
Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Aziz
kepada sebuah akhbar yang mengatakan beliau akan pimpin sampai mati juga
menggambarkan hajatnya untuk terus memegang tampuk pemerintahan Kelantan.
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
berkata, pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi
diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati.
Menurut Mursyidul Am PAS itu, pemimpin
politik agak istimewa kerana tidak mempunyai had masa untuk berkhidmat kepada
rakyat.
"Kita ada penjawat awam yang ada had masa
untuk bersara dan ada pemimpin politik yang boleh berkhidmat sampai
mati.
Pemimpin Islam berada di negeri yang
dikatakan berlaku kemunduran dan perpecahan, tetapi sebenarnya ia tidak berlaku.
Ini nikmat yang sangat besar. Kita mesti jaga (supaya tidak berlaku perpecahan
dan kemunduran)," katanya disini semalam.
Sekiranya apa yang disampaikan ini adalah
benar, kita tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Nik Aziz kerana tidak
berjaya merealisasikan hajatnya untuk memerintah sampai mati.
Seperkara yang kita harapkan , dengan
tersungkurnya Nik Aziz ini, umat Islam Malaysia kembali merapatkan saf dan
bersatu menegakkan Islam bersama.
Semoga penyatuan diantara UMNO dan PAS
benar- benar berlaku.sumber penggempur mutiara
MMI kata kalau dah tak mau jawatan menteri
besar , Nik Ajiz bertanding kerusi buat apa ?? Bersara jalah pencen semua dapat
, dah tu boleh bagi laluan dekat orang lain pula.Ini tidak siap bertanding
kerusi DUN nak buat apa tu ??
No comments:
Post a Comment