SERDANG – Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon kecewa dengan masyarakat Cina yang mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji kosong pembangkang.
Beliau berkata, apa yang dikesalkan kaum Cina mudah tertipu dengan publisiti murahan DAP dan membiarkan pemikiran mereka diracuni dengan persepsi negatif.
Disebabkan janji kosong pembangkang ditambah maklumat palsu disebarkan melalui media alternatif untuk menakutkan kaum Cina, Pian Hon berkata, pengundi kemudian membuat keputusan untuk mengubah kerajaan pusat.
Menurutnya, maklumat palsu pembangkang termasuk mengatakan pendatang asing akan keluar mengundi petang hari pembuangan undi berjaya meracuni pengundi keluar awal kononnya untuk melindungi masyarakat Cina di negara ini.
“Banyak maklumat palsu disebar pada hari pembuangan undi yang tidak sempat dihapus dan dipertikaikan kerana tiada masa, orang Cina terpedaya dan yakin apa diperkatakan DAP itu benar jadi 80 peratus mereka beru undi kepada pihak pembangkang.
“Ada orang jumpa saya kata saya orang baik, boleh bawa pembangunan pesat di Serdang tetapi terpaksa korbankan saya untuk ubah kerajaan pusat,” katanya.
Pian Hon berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diakui paling teruk kerana tidak sampai 10 ahli parlimen Cina dipilih mewakili BN.
Mengulas tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang masih ingin mengadakan perhimpunan besar-besaran kerana tidak berpuas hati kedudukan kerusi parlimen tidak berpihak kepada mereka, Pian Hon berkata, jika tidak berpuas hati pihak itu seharusnya ke mahkamah.
Katanya, kebanyakan calon BN yang tewas akur dengan keputusan pengundi di kawasan masing-masing dan tidak mempertikaikannya.
Bagaimanapun beliau yang juga Ketua Penerangan BN negeri Selangor hairan kerana PR sudah menang di Selangor namun terus-terusan bercakap ‘kotor’ dengan membuat dakwaan itu dan ini.
Justeru katanya, masyarakat Cina perlu buka mata melihat apa yang berlaku di negara ini dan sekiranya PR tidak memberi khidmat terbaik kepada mereka jangan pula salahkan orang lain.
Dalam pada itu, beliau yang Penyelaras Parlimen Serdang berkata, MCA Serdang kini menumpukan masa sepenuhnya untuk memberi latihan kepada ahlinya dalam usaha memperkukuhkan organisasi itu di peringkat cawangan.
Menurutnya, pejabat khidmatnya masih dibuka seperti biasa meski mengalami kekalahan teruk pada PRU13.
Katanya, pejabat itu untuk ahli MCA berkumpul dan memperkasakan kemahiran serta kebolehan masing-masing dalam tempoh dua tahun ini.

No comments:
Post a Comment