Sunday 21 April 2013

Penyelewengan PAS Kedah Didedah


 Mc dan rakan blogger Kedah lain tak fitnah, kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. Mc percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu Mc kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!


Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok helaian dibawah pula!

Baca dalam petak merah, apa sudah berlaku ni? Gagal kemukakan dokumen sokongan bersama baucer bayaran? Maknanya duit keluar tanpa resit yang sah! Macam mana boleh jadi macam ni? Kalau benar guna duit Maktab untuk beli keperluan pengajian, kenapa tak kepilkan sekali resit apa yang dibeli? Atau duit tu masuk poket untuk beli benda lain?

Ini pengurusan yang tidak telus, pembayaran yuran, duit keluar masuk, bukan perkara main-main. Lainlah memang ada niat untuk main-mainkannya. Paling menarik, bila Mc 'semak' siapa yang jadi pengetua Maktab Mahmud ni, membuatkan Mc ketawa besar!

Isteri Adun Pas ni! Anak saudara orang tu! Isteri pada Ketua orang tu, dan semuanya berkaitan dengan keluarga dan orang Pas belaka! he he.. rosak-rosak! Patut la makin mundur dan lingkup Maktab Mahmud, rupanya dijaga oleh orang yang tak layak dan menjadi 'HAK MILIK' keluarga kroni Pas Kedah.

Ok, cerita ni tak habis lagi sebenarnya, kita sambung nanti! Banyak lagi pendedahan.

Lepas KUIN Pas lingkupkan, kini Maktab Mahmud pulak, kalau diberi peluang lagi, rasanya Kerajaan Negeri Kedah pula lingkup dengan kerja bodoh Pas ni!
 
TQ TMK....

No comments:

Post a Comment