Sunday 21 April 2013

Ambiga Berceramah Di Gereja Pula..

ambiga-anwar513

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penganjuran forum berkaitan PRU-13 dihadiri Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga, di sebuah gereja di Seremban, kerana menganggap menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.
 
Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R Rajandaran berkata, pihaknya tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.
 
"Jika satu pihak menggunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama.
 
"Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama," katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 ahli kelab itu yang membuat bantahan secara aman di luar gereja itu.
 
Metro melaporkan Rajandaran berkata, pihaknya juga membuat laporan polis membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu serta menegaskan semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan bukan dipergunakan untuk sebarang tujuan berkaitan politik.
 
Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira jam 11 pagi untuk menyampaikan ucapan, namun seorang pegawai penguat kuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dulu berjumpanya.
 
Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat.-22/4/2013

No comments:

Post a Comment