Tuesday 23 April 2013

Mike Tyson Baru Peluk Agama PAS


Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib mengumumkan penyertaannya dalam Pas.
 
Sebagai sebuah negara demokrasi, tiada MASALAH LANGSUNG untuk Muhamad berbuat demikian.
 
Muhammad boleh beri sejuta alasan untuk berbuat demikian tetapi hakikatnya beliau jangan lupa UMNO yang ditinggalkannya itu jugalah yang banyak membantu dan bersama beliau di waktu senang dan diwaktu susah.
 
Walaupun dikenali Menteri Besar Selangor yang penuh kontroversi termasuk pernah terlibat dalam skandal dengan anak Sultan dan ditangkap pihak berkuasa Australia, UMNO tidak pernah menganiaya Muhamad bahkan sentiasa memberi semangat dokongan tidak berbelah bagi pada beliau untuk membersihkan namanya.
 
UMNO dikutuk dan dihina oleh parti pembangkang seperti Pas disebabkan perbuatannya itu, namun UMNO memilih untuk menerima tekanan tersebut kerana tidak mahu Muhammad terus diperlekeh dan diaibkan.
 
Bahkan di saat Muhammad telah ‘nyawa-nyawa’ ikan dalam UMNO, parti itu tetap memberikan beliau jawatan yang besar dalam parti.
 
Tidak cukup dengan itu, jawatan Menteri juga diberikan walaupun ia mendapat tentangan yang cukup hebat di kalangan pembangkang.
 
Ini kerana UMNO yakin Muhammad mesti diberi peluang kedua dan tidak harus ‘dimatikan’ begitu saja hanya kerana kesilapan yang pernah beliau lakukan.
 
Tetapi itulah adat dunia, adakalanya kita di atas, adakalanya kita dibawah.
 
Malang sekali, ketika Muhammad makin hilang popularitinya dalam UMNO, Muhammad ‘merajuk’.
 
Dan merajuknya itu akhirnya membawa kepada penyertaannya di dalam parti Pas pagi tadi.

Kita tidak mahu mengungkit apa yang dah berlaku.
 
Kita tidak mahu mengungkit apa yang dah Muhammad ‘sebat’ sewaktu bersama UMNO.
 
Cuma kita sedih inilah pengakhiran seorang ahli yang pernah kita angkat, pernah kita julang dan pernah kita kutip dari hanya seorang cikgu sekolah ke Menteri Besar, dari Menteri besar ke Menteri Kabinet.
 
Kita tidak kisah kalau beliau tidak mahu berterima kasih, tetapi jangan lupa air muka jutaan ahli UMNO yang pernah beliau CONTENG DAN AIBKAN dengan skandal-skandal dan kes mahkamahnya itu.
 
Kalau Muhammad rasa dirinya teraniaya, jutaan ahli UMNO ini lebih rasa teraniaya dengan perbuatannya.
 
Selamat maju jaya buat Muhammad Mohd. Taib.
 
‘Terima kasih’ atas segalanya…- Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment