Monday 15 April 2013

Kit Siang Garu Kepala

 
Lim Kit Siang kini menggaru kepala.. Mungkin gatal agak nya memikirkan siapa yang bakal bertanding melawannya di Gelang Patah.. Calon yang disebut-sebut akan menentang Kit Siang adalah Jason Teoh sebagai calonnya. Tapi entah apa yang tak kena.. MB Ghani Othman pula yang dikatakan akan bertanding menentang Kit Siang.
 
Apa pun siapa yang bakal bertanding di Gelang Patah menentang Kit Siang hanya akan diketahui pagi ini. Ini kerana segala spekulasi akan terjawab apabila MB Ghani Othman akan mengumumkannya di M Suites Hotel pagi ni.
 
Tapi semua ini boleh berubah. Politik Johor sangat sinonim dengan perubahan pada saat-saat akhir. Sejarah telah berlaku bila nama MB Ghani Othman dikekalkan semula sebagai MB menggantikan Khalid Nordin yang ditarik ke pusat. Bukan sekali.. tapi sudah 2 kali..
 
Apa pun, sama-sama kita lihat Kit Siang terus garu kepala... 

No comments:

Post a Comment