Wednesday 17 April 2013

Gelang Patah: Kit Siang Gelabah Nak Lawan Ghani Hingga Salahkan Tun M?

LKS

Lain benar bunyinya dari Lim Kit Siang kali ini. Dia tuduh Tun Dr. Mahathir sebagai “master mind” meletakkan calon BN menentangnya? Kenapa? Takut dengan percaturan BN itu? Dari mana pula fakta yang dia perolehi tentang dalang di sebalik pencalonan itu?
Sebagaimana maklum, Parlimen Gelang Patah yang bakal ditandingi Kit Siang itu merupakan kawasan yang memiliki majoriti kaum Cina. Dia sengaja mahu bertanding di situ kerana kaumnya ramai di situ selain dikatakan berniat untuk menerap sifat rasis di kalangan masyarakat Cina Johor.
Kaum Cina ramai disitu, bukan? Jadi apa yang perlu Kit Siang takut? Ghani yang menentangnya pula berbangsa Melayu, sudah tentulah Menteri Besar itu yang lebih sepatutnya “gentar” bertanding ditempat seperti itu, bukan?
Apakah Kit Siang fikir BN sengaja mahu mematikan karier Ghani di parlimen majoriti Cina?
Kit Siang perlu tahu bahawa budaya dan sentimen kaum Cina di Johor tidak bersifat “chauvinis” sepertinya. Kaum Cina di Johor bersatu padu dengan seluruh kaum yang ada di sana. Tidak ada sebarang sentimen perkauman di Johor melainkan Kit Siang yang cuba mencetusnya, bukan?
Siapa kata Tun M yang letakkan Ghani di Gelang Patah? Tun M sendiri pun tak tahu menahu tentang pencalonan calon-calon BN. Jadi bagaimana Kit Siang boleh buat cerita begitu? Nampak sangat mengalabah…
Kit Siang perlu tahu. Individu yang cuba menguburkan karier “antik”nya itu ialah sahabat “syaitan”nya, Anwar Ibrahim. Senang saja Anwar “letak umpan pada pancing”, kenapa pula Kit Siang boleh termakan “umpan” tersebut?
Mungkin Anwar tahu kerusi Parlimen Gelang Patah itu sememangnya kawasan ampuh BN. Tsunami melanda pada PRU ke-12 yang lalu, tapi BN di Parlimen Gelang Patah begitu konsisten menyumbang satu kerusi BN di Parlimen itu. Ternyata Kit Siang sudah termakan “jerangkap samar” Anwar…
Tarikh 5 Mei semakin hampir. Mana Kit Siang nak letak muka kalau menarik diri dari Gelang Patah pada saat-saat akhir? Kalau tarik diri, sudah tentu Kit Siang akan dituduh “tak ada telur”. Lawan sajalah dan insyaAllah tiada kerusi tertulis namanya di Dewan Rakyat penggal depan..

No comments:

Post a Comment