Wednesday 24 April 2013

Haji Hadi ; Kit Siang Jangan Mimpi Lah Nak Jadi PM


Dalam ceramahnya semalam di Marang, Hadi Awang menegaskan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia, ASALKAN orang itu beragama Islam. Perdana Menteri Malaysia tidak boleh dilantik dari kalangan bukan Islam memandangkan Malaysia adalah Negara Islam.

Kalau sebelum ini, PAS dengan lantangnya menyanggah gelaran Negara Islam untuk Malaysia, nampaknya kali ini menerusi kenyataan Hadi Awang, Negara Islam Malaysia sudah pun diterima dan disinonimkan dengan negara ini.

Sekaligus menyanggah tanggapan ramai penganut agama PAS bahawa Malaysia bukanlah negara Islam memandangkan Malaysia tidak mengamalkan hukum hudud!

Kata Hadi Awang lagi, untuk jawatan Menteri, sesiapa sahaja tidak kiralah sama ada individu tersebut Islam atau bukan Islam boleh menjadi Menteri. Umat Islam di negara ini, menurutnya, boleh bekerjasama dengan bukan Islam dengan syarat utamanya, PERDANA MENTERI MESTI BERAGAMA ISLAM.

Hujah Hadi Awang, orang yang bertanggungjawab terhadap semua polisi di sebuah negara Islam seperti Malaysia, perlu beragama Islam. Justeru, sekiranya bukan Islam ingin menjadi Perdana Menteri, mereka perlu memeluk agama Islam terlebih dahulu.

Dia memberi contoh bagaimana seorang Menteri Kerja Raya dilantik dari kalangan bukan Islam. Menteri berkenaan boleh melaksanakan tugas-tugasnya untuk semua bidang kerja raya. Bagaimanapun, dalam rekabentuk, pembinaan dan penyiapan masjid atau surau, orang yang dilantik haruslah daripada kalangan pembantu menteri tersebut yang beragama Islam.

Kenyataan Hadi Awang itu jelas, bercanggah dengan pendiriannya... TERUSKAN BACAAN DI SELANGORDAILY.COM

No comments:

Post a Comment