Tuesday, 14 January 2014

TERKINI!! Saifuddin Diumum Pengerusi SPR Yang Baru


Sudah lama tidak tulis tentang Saifuddin Abdullah ini. Masa tengah panas isu Adam Adli turunkan bendera UMNO di PWTC, inilah orangnya (ketika itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) yang mahu berpihak kepada orang yang tidak menyokong UMNO. 
 
Ketika dua orang pengawal keselamatan UPM cedera dirempuh oleh pelajar pro pembangkang di UPM, inilah juga orangnya yang masih membela budak budak yang bersalah tersebut. 
Kemudian Saifuddin tulis lagi dalam Twitter "Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” ketika pembangkang mahu berkumpul di Dataran untuk gulingkan kerajaan pada 31 Disember 2013. 
 
Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Saifuddin? Beliau sebenarnya berada di pihak mana? Apakah kerana kalah dalam pemilihan di Bahagian Temerloh dan Majlis Tertinggi maka beliau sudah hilang pertimbangan sebagai seorang ahli UMNO?
Jika beginilah sikapnya, maka lebih baik Jawatankuasa Disiplin UMNO mengambil tindakan tatatertib ke atasnya. Tidak rugi UMNO tanpa Saifuddin. Ribuan lagi akan menyokong jika Saifuddin dikenakan tindakan. 
Semakin banyak dia bercakap, semakin ramai orang UMNO akan marah pada dia. Ini bukan cara politik baru.

Raja Melayu Di Zaman Najib Razak

Di Malaysia hubungan Istana dan Rakyat disemadikan menerusi persefahaman lisan:

“Adapun tuanku segala anak cucu patik akan jadi hamba ke bawah duli yang dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum syarak.”

“Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba (rakyat) jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” 

Diakhir perjanjian, Demang yang bersetuju berpesan ”Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.” 

Dialog di atas (menurut susunan) adalah di antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba.  Walaupun ia tidak membawa sebarang implikasi undang-undang, perjanjian ini tetap merupakan kontrak moral di antara pihak istana dan rakyat – terdapat tawaran dan penerimaan yang menuntut kedua-dua pihak melaksanakan terma dan syarat perjanjian berkenaan.

Walaupun 600 tahun lalu persefahaman seperti ini tidak disebut sebagai perjanjian atau kontrak moral, ia tetap merupakan sesuatu yang penting.  Malah implikasinya jauh lebih mendalam kerana ia merupakah ‘sumpah’ dan  sejarah menunjukkan orang Melayu cukup pantang melanggar sumpah.

Tentulah sukar untuk dibuktikan sama ada semangat perjanjian ini yang memupuk budaya tembok pemisah sosial di antara istana dan rakyat.  Tetapi apa yang pasti agak sekian lamanya tembok ini terbina dengan kukuh sehinggakan generasi moden golongan istana seolah-olah terlupa atau mungkin terlepas pandang akan perjanjian klasik ini sehingga mencetuskan peristiwa yang memaksa kerajaan meminda Artikel 40 (1A)  Perlembagaan Persekutuan bagi menyemak kembali kuasa Raja-Raja Melayu.

Walaupun Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir mendapat cemuhan dan kritikan hebat dari pelbagai pihak, termasuk dari golongan istana dan sesetengah rakyat Melayu yang ketika itu dikuasai emosi kerana gagal memahami semangat sebenar pindaan berikut, namun hari ini terbukti, pindaan tersebut bukan sahaja mewujudkan keadaan menang-menang di antara Istana dan rakyat malah tanpa disedari oleh ramai, mengukuhkan persahaman asal yang tercapai di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun enam abad silam.

Hari ini tembok yang terbina sekian lama seolah-olah sudah runtuh.  Raja-Raja Melayu lebih berjiwa rakyat dan turun padang untuk meniliti dan bergaul dengan rakyat.  Sultan Pahang menghabiskan hampir separuh usianya bergiat dalam badan sukan kegemaran rakyat.

Jika beliau selaku Presiden mendapat kritikan dari pihak tertentu, itu tidak ada kena mengena dengan kedudukannya sebagai seorang Sultan tetapi lebih menjurus kepada usaha peningkatan sukan bola sepak tanah air.

Jejak Sultan Ahmad Shah dicontohi dan diikuti pula oleh puteranya, Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang yang memegang jawatan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (jawatan yang pernah satu ketika dulu disandang oleh Sultan Azlan Shah, Perak untuk sekian lamanya) dan juga merupakan Timbalan FAM.

Contoh istana Pahang ini diikuti pula oleh Johor apabila Tengku Mahkota Johor dengan begitu bersungguh-sungguh memimpin pasukan bola sepak Johor sehingga mendapat pujian oleh rakyat negeri itu yang mengharapkan pasukan bola sepak mereka dapat mengulangi sejarah 1985 dan 1991 ketika mana berjaya menjulang Piala Malayia.

Apa yang dilakukan oleh Tengku Ismail sebenarnya adalah sambungan kepada apa yang dimulakan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim, ketika baginda menjad Tengku Mahkota dengan memperkenalkan program  Kembara Mahkota Johor bermotosikal 2010, sejak 2001,  memakan masa tiga hari.

Sultan Ibrahim menunggang motosikal berkuasa tinggi menjelajah enam daerah, Pontian, Batu Pahat, Muar,Ledang,Mersing dan Kota Tinggi, dengan jarak 777 km. Baginda juga memandu lokomotif—mencatat rekod sebagai Raja pertama di Malaysia melakukannya. Baginda diberikan sijil The Malaysia Book of Records dengan tajuk pengiktirafan The First Sultan to Receive Locomotive Driving License Class 26.

Dalam dunia intelektual, Pemangku Raja Perak Raja Dr.Nazrin Shah menjadi perhatian media apabila teks ucapan baginda sering disiarkan media arus perdana secara sepenuhnya. 

Ucapan yang juga merupakan pemikiran beliau bukan sahaja mempunyai nilai akademik yang tinggi tetapi menyentuh secara langsung ke atas perihal hubungan di antara raja dan rakyat.

Sultan Kelantan yang menaiki takhta menggantikan ayahnda baginda beberapa tahun lalu memperlihatkan suatu yang jarang berlaku pada Raja-raja dinegara ini. Protokol penting tetapi baginda selesa dengan gayanya. Kadangkala baginda memakai jubah dan berketayap menghadiri majlis bersama rakyat atau menziarahi musibah yang menimpa rakyat di Kelantan. 

Kesederhanaan baginda sering dibuat perbandingan dengan dengan Raja-raja di negara ini atau di luar negara.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dianggap ikon jaguh kuda lasak negara. Masa baginda menjadi Yang diPertuan Agong lagi,minat ini sebahagian dari rutin. Dan baru-baru ini iaitu pada 6 0ktober lalu, baginda muncul juara buat kali pertama Kejohanan Kuda Lasak Terengganu Piala Sultan Mizan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong. Baginda mencatat rekod dan sejarah terpantas iaitu  6 jam 36 minit 28 saat—sejauh 120 km bermula jam 2.30 pagi dengan kelajuan 23.25 km sejam.

Tidak ketinggalan juga  Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Syed SirajuddinJamalullail yang dikaitkan sebagai raja berjiwa rakyat. Macam Sulta Kelantan, Raja Muda Perlis juga tidak terikat kepada protocol sehingga kadangkala ia dliihat lebih “friendly” daripada kenamaan lain yang hadir dalam program baginda.

Banyak NGO khusus di Perlis menganggap baginda sebagai rakan .  Maka tak hairan jika baginda dipilih sebagai penaung Kelab Penyokong Manchester United Malaysia.

Kita juga tak harus lupa sewaktu bergelar Raja Muda Selangor, baginda Sultan Selangor belayar mengelilingi dunia mengambil masa 22 bulan. Kapal layar yang  membawa baginda meredah lautan bergelora dan berbahaya itu bernama SY Jugra. Selain dari itu Sultan Sharafuddin Idris Shah juga memandu sebuah kereta vintaj dari Beijing di China ke Paris, Peranchis pada jarak 16,000 km. Anak-anak raja Englandpun tak berani.

Kisah terbaru pula memperlihatkan, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,mengenepikan protokol memasak untuk mangsa-mangsa banjir. Kemudian selain dari itu terdapat sekeping gambar baginda duduk berkerusikan kerusi biasa menjamu selera selepas penat memasak. Sebelum banjir melanda Kuantan dan kawasan sekitarnya, nama Tengku Puan Pahang bukan terlalu asing buat rakyat negeri itu. Cerita baginda turun padang menjengok nasib rakyat kini meniti dari mulut ke mulut menjadi sebahagian dari cerita rakyat.

Pada bulan Ogos lalu rakyat Pahang dikejutkan dengan berita bahawa Tunku Puan Pahang dimasukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) kerana mengalami kekejangan otot pada bahagian atas badan selepas menunaikan solat magrib di Masjid Umar bin Abdul Aziz di Kampung Seri Ketumbit, Kerdau. Ketika mengulas keadaan kesihatannya, baginda dipetik berkata” mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk berehat.”

Perlu dingat seperti sering disebut bukanlah rahsia baginda gemar menghabiskan lebih banyak masa menemui rakyat dalam program masakan, kemasyarakatan dan sebagainya malah baginda lebih dikenali melalui  “air tangan baginda.” Dengan lain erti  baginda sendiri terlibat didalam proses penyediaan juadah sama ada memasak lauk pauk tradisional, kueh mueh ataupun yang lebih bersifat kontemprori.

Jolokan master chef mengiringi ke setiap lawatan turun padang. Buku masak hasil karya baginda bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang  juga terdapat di pasaran untuk dikongsi dengan para pembaca sama ada di Pahang ataupun di luar negeri berkenaan. Komen-komen seperti hati senipis kulit bawang bila rakyat dalam kesusahan dibuktikan baginda banyak kali.

Beberapa hari lalu gambar baginda memasak untuk mangsa banjir di Kuantan dimuatkan dalam youtube—apa lagi video berkenaan seperti “go viral” ditonton ribuan orang. Kalau kita ke Pahang melawat mangsa banjir, cerita popular ialah mengenai cerita bagaimanapun secara santai, mengenepikan protocol, Tengku Puan Pahang memasak untuk mangsa-mangsa banjir. Kemudian selain dari itu terdapat sekeping gambar baginda duduk berkerusikan kerusi biasa menjamu selera selepas penat memasak—bukanlah satu pos yang dibayangi umum .

Kesederhanaan baginda ditambah dengan berhijab serta mengenepikan protocol menjadi buah mulut rakyat. Setengah terpanggil menyamakan baginda dengan Puteri Diana—dari aspek menitikberatkan aspek kesusahan rakyat serta watak semula jadi “humblenya itu.”

Atau dalam hal ini baginda dianggap jelmaan mendiang Puteri Wales itu. Walau apapun yang diperkatakan, Tengku Puan Pahang meletakan konsep lstana dan Rakyat berpisah tiada malah baginda adalah testimony ke arah itu. Kalaulah ada anugerah maka baginda selayaknya dinobatkan sebagai “Ratu Rakyat.”

Begitulah antara yang sempat dipetik dalam rencana ini. Tentulah tidak dapat disenaraikan semuanya dalam ruang terhad ini.  Bagaimanapun golongan istana kini dilihat bukan lagi sekadar simbol yang berprospek untuk menjadi artifak museum, tetapi berperanan saling melengkapi kehidupan dan kesejahteraan rakyat. 

Sebagaimana rakyat, institusi raja di negara ini dilihat akan berkekalan selagi ada bulan dan matahari.- YUSOF HARUN

Muzakarah UMNO - PAS Bermula Dengan Bincang Isu Rakyat

PAS meminta semua pihak berikan tumpuan kepada perbincangan untuk menyelesaikan masalah rakyat supaya kerajaan sedar untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan cara itu kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
Beliau berkata demikian dalam akaun Facebooknya.
 
 
Beliau berkata, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.
katanya, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.
 
Tuan Ibrahim berkata, selain sukan, perkara seperti penindasan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.
 
“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” katanya.
 
Kenyataan beliau dibuat ketika negara menghadapi pelbagai masalah apabila kos sara hidup meningkat, pertembungan pendapat berlaku antara agama dan tekanan semakin hebat terhadap pemerintah negara sekarang.
 
Ini berikutan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan melalui pemotongan subsidi serta gagal menyelesaikan kegelisahan antara agama.
 
Di dalam Umno, tekanan semakin kuat agar Najib turun dan mereka mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke tampuk pemerintahan negara

Hari Jadi Ke 83 Tuan Guru Nik Aziz


Sekarang tiba musim maulud Nabi..! Semalam semasa kahtib menyampaikan khutbah pun menceritakan akan kebesaran dan kelebihan Rasullullah S.A.W. Menitis air mata ini bila mengenangkan pengorbanan dan rasa kasih Baginda Rasul keatas kita umatnya..!

Semalam juga jatuh hari ulang tahun Tuan Guru Nik Aziz yang ke 83 tahun… Agaknya tahun ni Tuan Guru Nik Aziz potong kek di mana? Di rumah pemimpin DAPig lagi ke? potong kek yang diberi oleh paderi gereja ke?

Kepada pengikut taksub Tuan Gunu Nik Ajis.. Sedar la bahawa tok garu kamu ni jauh dah sesat..! Jauh dah tersasar..! Lebih jauh tersasar dan sesat apabila mengatakan Tuhan mencarut, boleh berkawan dnegan syaitan, mendoakan keburukan ke atas sesama Islam malah yang lebih malang apabila menyeleweng menyamakan Rasullulah dengan Mat Mat di kampung..!
Berubah la..! Insaf la..! Bertaubat la..!



Seperkara yang menarik ialah tarikh hari jadi Tuan Guru Nik Ajis dengan YB KJ kebetulan jatuh pada hari yang sama..! yang lebih menarik tahun ni ialah sorang sambut ke 83 dan sorang lagi ke 38..nampak..!

Fakta Menarik Tentang Kangkung Yang Kita Tak Tau!!

https://www.facebook.com/pistoldanakal


Fakta Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kangkung
 
#Bersuaralah kamu pada perkara berguna. Itulah sifat orang bijaksana.

Kredit kepada MYKMU untuk gambar.

Bob Lokman Hampir Bertaubat Setelah Terlantar di Wad


Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat lemah jantung.Berita ini dikhabarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam page Facebooknya.Menurut ustaz :
 
"Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh,bersama sepupu YB Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU,setelah jantungnya lemah kembali..saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.." 
 
Walaupun perbezaan ideologi politik,saya doakan agar Bob Lokman segera sembuh dari kesulitan yang dialaminya.Kepada warga maya.doalah yang terbaik untuk Bob Lokman,mudah-mudahan dia cepat sembuh..

AMIN...

Mesyuarat UMNO Selangor di Australia...??


Tak ada masalah nak cari masalah....
 
Tak ada penyakit nak cari penyakit....
Elok elok hidup tak susah tapi sengaja menyusahkan hidup....

Demikianlah kisahnya dengan gelagat pelik seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor! Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Noh Omar.
 
Apakah Noh Omar ada penyakit kurang daya ingatan...? Beliau lupa bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang gagal, iya mereka tewas pada PRU ke 13. Untuk tambah sos dan cili kasi taruk..., jangan kita juga mahu buat buat lupa, hakikatnya daripada 22 kerusi DUN kini hanya tinggal 12 kerusi DUN sahaja, kalah teruk!
 
Tak perlu kita untuk terus-terusan menuding jari sana sini mencari salah siapa punca UMNO Selangor tak berjaya rampas negeri Selangor pada PRU ke 13 yang lalu. Kita kena berfkiran positif, think positive and Move Forward..!

UMNO Selangor khususnya kena mencari kaedah untuk membuat gerak kerja lebih gigih dari sekarang, fokus pada impian menawan semula negeri yang paling kaya di semenanjung tanahair kita ini.
 
Selain daripada UMNO Selangor perlu mula dari sekarang membuat gerak kerja tersusun, yang paling penting mereka juga WAJIB mengelak daripada membuat sebarang keputusan 'bangang' dan tak masuk akal waras manusia...
 
TETAPI malang sungguh nasib UMNO Selangor apabila mendapat Kapitan yang tak berfikir dengan baik. Noh Omar diberitakan membuat rancangan untuk mengadakan Mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor di luar negara... Mahu diadakan di Perth Australia!
 
Mujurlah cadangan ini ditolak mentah mentah oleh YAB Datuk Sri Najib yang menegur Noh supaya membatalkan idea bangang ini, sekiranya diteruskan sudah pasti ianya akan menjadi kecaman hebat ahli ahli akar umbi UMNO dan juga sudah pasti menjadi bahan untuk Pakatan Pembangkang membelasah UMNO Selangor... 
 
Akan disusuli pula dengan lahirlah kebencian meluas pengundi pengundi di Selangor terhadap UMNO!
 
Kisah ini ada kaitan dengan artikel di SINI