Monday, 28 May 2012

Tahniah Anak FELDA


Biarpun bapanya seorang peneroka Felda di Redong, Segamat, Johor dan ibunya hanya suri rumah namun ia bukan menjadi halangan latar belakang keluarga berpendapatan rendah untuk cemerlang dalam pelajaran.
 
Ini dibuktikan oleh Norasyikin Mohd. Ariffin, 21, apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Sesi Jun 2011 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Ke-11 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
.
Norasyikin anak ketujuh daripada lapan beradik itu adalah seorang pelajar yang gigih berusaha sehingga mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk semua sesi pengajiannya iaitu Sijil Kejuruteraan Awam.

PM dan MB Di Halau Keluar Masjid

Anwar berlagak baik, dengan meminta para penyokongnya menerima keputusan majoriti kariah

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mengadakan siri jelajahnya di Johor Darul Takzim, sebagai satu usaha menembusi kubu kuat UMNO ini. Media-media pembangkang begitu ghairah mempromosikan siri jelajah tersebut bagi mewujudkan persepsi agar rakyat mendokong nafsu rakus Anwar bagi membolehkan dia melangkah ke Putrajaya.

Namun segala perancangan yang diadakan itu ternyata bertemu jalan buntu. Ini kerana rata-rata rakyat Johor begitu kuat dan selesa dengan pemerintahan UMNO/BN. Sebelum ini mereka cuba mengambarkan seoalh-olah Salahuddin Ayub mendapat sambutan yang sangat luar biasa di Johor amnya dan Pulai Perdana, khasnya. Malah ketika di Gelang Patah, diuar-uarkan juga yang Salahuddin mendapat sambutan yang sangat luar biasa, dengan bantuan Anwar Ibrahim.

Yang tidak diceritakan ialah bagaimana Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub telah dihalau keluar dari sebuah masjid di Pulai Perdana bagaikan anjing kurap. Tindakan Anwar Ibrahim yang bersunguh-sunguh mahu menyampaikan ceramah politik kepada jemaah, telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan majoriti jemaah yang hadir.

Ini kerana para penyokong Anwar bertegas agar pihak pengurusan masjid memberikan ruang kepada Anwar. Walaupun pihak pengurusan masjid menyatakan dan menolak permintaan tersebut dengan baik, namun ia tidak dapat diterima oleh para penyokongnya yang rata-rata bukan ahli kariah di kawasdan tersebut.
Tidak berpuas hati dengan, mereka mula meninggikan suara dan sekali sekala bersuara dengan nada menjerit seolah-olah ingin memprovokasi pihak pengurusan masjid. Namun usaha itu tidak berhasil kerana mereka sedar akan taktik penyokong Anwar yang sengaja mahu mewujudkan perbalahan agar insiden itu dapat dimanipulasi dengan menyatakan penyokong UMNO bertindak ganas dan biadapa di dalam rumah Allah.
Apabila menyedari usaha para penyokongnya gagal, Anwar mula berlakon baik dengan mengarahkan para penyokongnya menerima keputusan yang ditetapkan itu. Dengan perasaan hampa dan kecewa dia juga mengarahkan agar penyokongnya beredar kononnya bagi mengelakkan suasana menjadi semakin tegang dan sesuatu perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Niat Hati Nak Peluk Gunung..



Hajat Hati Nak Peluk Gunung, Tapi Sayang Tangan Tak Samapai...

Sedih dan menyedihkan. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pakatan pembangakang di Johor apabila satu demi satu program anjuran mereka mula ditolak rakyat. Terbaru satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Kg Sungai Kapal gagal menarik penyertaan.


Walaupun sebelum ini, pihak kami dimaklumkan jemputan dan makluman mengenai program tersebut telah diedarkan kepada hampir 12,000 penguna Facebook. Itu tidak termasuk hebagan melalui portal-portal pembangkang dan jemputan yang dilalukan melalui pengedaran risalah, kain rentang dang sebagainya.

Jemputan yang diedarkan untuk meminta orang ramai hadir

Namun segala usaha itu ternyata tidak berbaloi apabila hanya sekitar 150 orang sahaja yang hadir pada program tersebut. Dan menurut pemerhati hanya sekitar 20 orang sahaj penduduk berbangsa Melayu yang kelihatan di tapak himpunan tersebut. Itu tidak termasuk warga Singapura yang hadir sebagai tanda sokongan.

Yang lebih mengharukan, semua media-media pembangkang termasuk portal-portal seperti Malaysiakini, MalaysiaInsider, Nusajayakini dan sebagainya langsung tidak memberikan laporan himpunan tersebut. Mungkin kerana sedar penganjuran tersebut GAGAL dari segi matlamat dan mahupun penyertaan.

Sudahlah tidak mendapat sokongan, alam juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang apabila pada hari tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga memaksa peserta himnpunan lari bertempiaran. Tidak kurang juga juga yang terus pulang ke rumah.

Makin menyedihkan, hanya Salahuddin Ayub yang mewakili pimpinan pakatan pembangkang pusat yang hadir, walaupun sebelum ini dilaporkan Azmin Ali telah pun menyatakan kesudian untuk hadir bagi menyampaikan ucapan dan sebagai tanda sokongan. Azmin telah membatalkan hasratnya di sata-saat akhir apabila dimaklumkan program tersebut akan turut disertai dan dihadiri oleh kumpulan NGO yang akan menganjurkan program 'DUDUK dan JILAT'.

Sebanyak 5 tong 'icecream' telah ditempah oleh penganjur bagi diedarkan kepada pengujung yang hadir. Namun hampa apabila Azmin Ali gagal menghadirkan dirinya sehingga program tersebut berakhir.

Kesimpulannya, kegagalan demi kegagalan yang terpaksa diterima oleh pembangkang bakal menyebabkan angan-angan mereka untuk menawan Johor semakin samar dan hampir mustahil untuk direalisasikan.

Nasihat Buat Abg Din Puduraya


Insiden Anwar dan Salahuddin Ayub dihalau dari masjid di Pulai Perdana selepas Anwar cuba memberikan tazkirah maghrib, memberikan indikasi penting kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada Salahuddin Ayub yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor PAS yang pertama depanjang tempoh penubuhan parti berkenaan.

Institusi masjid di Johor sangat berbeza dengan institusi masjid di Kelantan mahupun Kedah apatah lagi Selangor. Masjid-masjid di Johor sentiasa dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan keilmuwan selain aktiviti keagamaan biasa.

Salahudin Ayub telah dicampak keluar dari kubu kuat PAS kononnya untuk mengembangkan pengaruh dan membesarkan kejayaan PAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun ramai yang melihat tindakan tersebut sebagai usaha untuk membunuh Salahuddin Ayub memandangkan PAS sebenarnya tidak mempunyai tempat di Johor.

Melihatkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh jemaah di masjid Pulai Perdana itu, Salahuddin sebenarnya perlu mengambil inisiatif membelakangkan Anwar Ibrahim. Salahuddin Ayub sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.

Biarpun mungkin dia kurang popular di Johor berbanding di peringkat Pusat, Salahuddin yang turut merupakan salah seorang daripada panel penasihat SPRM lantikan kerajaan, sebenarnya mampu membentuk kekuatan tersendiri di negeri kelahirannya itu.

PAS mungkin sukar menembusi Johor. Namun gerak kerja PAS yang bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan iltizam ahli-ahli tegarnya, lambat-laun akan membuka ruang yang lebih besar di Johor sepertimana yang berlaku di Perak dan Selangor. Bagaimanapun, PAS tidak boleh melakukan kesilapan besar seperti yang berlaku di Perak menerusi perlantikan dan pengangkatan Nizar Jamaluddin yang akhirnya memalitkan najis ke muka dan batang tubuh PAS sendiri.

Salahuddin Ayub seharusnya telah menyedari hakikat bahawa Anwar Ibrahim di Johor, hanyalah cerita dalam bayangan. Mungkin cerita tentang kehebatan Anwar Ibrahim, laku di Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan serta beberapa tempat yang DAP melihat Anwar sebagai pemangkin sokongan Melayu kepada parti itu, namun di kebanyakan tempat di Johor, Anwar adalah bahan ejeken dan lelucon.

Anwar telah terbukti serba melawakkan. Kehadirannya di Kampung Melayu Kluang tidak lama dahulu, tidak sahaja disambut dengan ejekan, bahkan jumlah yang hadir mendengar ceramahnya juga sangat kecil. Begitu juga di Mersing dan beberapa tempat yang lain... semuanya menjurus kepada penolakan total terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.

Potensi PAS di kalangan rakyat Johor, memang ada. Namun 'kesilapan' PAS yang menjalinkan hubungan baik dengan DAP dan PKR, pastinya akan menyebabkan PAS menerima kesan buruk yang lebih besar.

Dek kerana itulah, Salahuddin Ayub sebagai 'perintis' kepimpinan utama PAS yang mahu merampas atau mengubah demografi Johor, seharusnya mencari jalan yang lebih ideal dan lebih berinovatif berbanding terus mengheret Anwar Ibrahim ke sana ke sini menjelajah setiap inci bumi Johor, kononnya untuk menguatkan PAS, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Anwar yang cuba mencari tempat dan kedudukan di negeri tersebut!!!

Tuesday, 22 May 2012

Ummi Akan Bongkar Tembelang Anuar

Pihak kami baru sahaja menerima maklumat yang mengatakan Nuar Berahim akan memberikan ceramahnya di kawasan paling 'putih' di Johor sebagai satu usaha untuk mempengaruhi orang kampung dengan cerita-cerita bohong dan penglipur laranya pada 25 May 2012.


Ceramah yang bakal diadakan di Kampung Abdul Ghani Othman, Pengerang itu pastinya bertujuan untuk meminta agar penduduk kampung untuk meneruskan bantahan terhadap projek pembangunan RAPID. Namun apa yang menarik ialah, secara kebetulan tidak jauh dari tempat ceramah itu akan berlangsungnya satu lagi ceramah yang akan disampaikan oleh UMI HAFILDA pada hari dan waktu sama.

Pihak penganjur ketika dihubungi berkata, pada awal bulan Mei jawatankuasa penyelaras telah merancang untuk memanggil Umi Hafilda untuk memberikan ceramah di kampung tersebut bagi menerangkan perkembangan isu-isu terkini. Oleh yang demikian pertembungan ini pasti akan menjadi bertambah menarik kerana setiap pembohongan Anwar akan di BONGKAR oleh insan yang begitu mengenali dirinya.

Yang pasti kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur untuk membolehkan penceramah melondehkan segala TEMBELANG dan keMUNAFIKAN pemimpin PKR ini, agar penduduk kampung dapat mengenali dengan lebih mendalam insan yang bernama NUAR BERAHIM.

Amin Lari Tak Cukup Tanah



Baru-baru ini, pakatan pembangkang Johor telah mengadakan satu ceramah yang diadakan di perkarangan pejabat PKR Ledang di alamat No 9, Taman Muhibah, Sungai Mati Ledang. Antara yang dijemput untuk hadir menyampaikan ceramah tersebut ialah pemimpin tersohor PKR merangkap kekasih gelap Nuar Berahim, Incik Azmin Ali.

Namun begitu sehingga majlis berakhir, wajah dan bayang Azmin Ali langsung tidak kelihatan, sehingga membuatkan pengunjung yang hadir gelisah kerana TERLALU RINDU untuk menatap wajah kesayangan yang menjadi kegilaan NUAR BERAHIM ini. Hanya Chui Jui Meng dan jambu baru NUAR BERAHIM, si Rafizi Ramli sahaja yang berani hadir untuk menyampaikan ceramah.
 

Apabila didesak bertalu-talu oleh para hadirin yang hadir, akhirnya pihak penganjur terpaksa membuat pengumuman, memaklumkan Azmin Ali tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Apabila ditanya, penganjur mengakui ini disebabkan kerana AZMIN ALI tidak dapat menerima hakikat dengan program 'DUDUK DAN JILAT AIS CREAM' yang juga diadakan di tempat yang sama.
 

Tambah membuatkan AZMIN ALI berang, rata-rata yang hadir pada ceramah tersebut serta penyokong-penyonkong PKR turut mengambil ais cream yang diedarkan itu. Yang paling best, mereka duduk menjilat ais cream sambil mendengar ceramah yang disampaikan.
 

Persoalannya, mengapakah perlu untuk Azmin begitu marah dengan program 'DUDUK DAN JILAT AIS CREAM' tersebut?????? KALAU BETUL TAK BUAT, KENAPA NAK MARAH?

Tuesday, 15 May 2012

Durian King Utk Peneroka Kata Datuk Limah

Siang tadi, dua Felda di Parlimen Tenggara telah menerima durian runtuh seperti yang dijanjikan oleh DS Najib. Pada sebelah pagi, seramai 323 peneroka Felda Bukit Ramun telah menerima fasa 1 durian runtuh berjumalah RM5,000 bagi setiap ketua keluarga.

Ini bermakna, keluarga Mazlan Aliman juga tidak menolak durian runtuh tersebut! Cuma mungkin disebabkan malu, Mazlan mewakilkan abangnya untuk mengambil bagi pihak ibunya yang uzur.



Majlis di Felda Bukit Ramun itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohd Saddique, turut dihadiri oleh Ketua UMNO Tenggara, Dato' Baderi Dasuki dan Timbalan Ketua Pemuda, En. Nasa Ahmad. Majlis dimulakan dengan penerangan oleh Pengurus Wilayah Felda Johor Bahru, Tuan Hj Hanafi Bin Syuhada yang menerangkan kepada para peneroka akan bagaimana bonus ini diperolehi dan bagaimana pula ianya diagih dan nasihat-nasihat agar bonus yang diterima dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Sementara Tok Limah pulak mengajak para peneroka agar mengerti erti bersyukur dan pemberian durian runtuh pada hari ini menunjukkan bahawa pentadbiran DS Najib bukanlah berjanji kosong, sebaliknya kerajaan BN sentiasa mengotakan janjinya. Tok Limah juga mengajak warga peneroka agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN yang telah menjadikan warga Felda anak emas mereka.

Disebalik kegembiran itu, terpalit sedikit kedukaan bagi warga Felda Bukit Ramun dengan tindak tanduk Mazlan Aliman. Cuba dengarkan apa kata Ketua Kampung Felda Bukit Ramun, En Saahat Abd Hamid bila diajukan persoalan tentang Mazlan. Fuyuooo....dia suruh Mazlan pindah oooo....cayalah Tok!


video


Manakala majlis yang serupa juga diadakan pada sebelah petang di Felda Bukit Besar pula, kali ini penerimanya lebih ramai iaitu seramai 409 orang. Juga disempurnakan oleh Tok Limah. Kesian pulak aku tengok Tok Limah, dari pagi sampai petang tak tukar baju!...syabas la Tok...kerja kuat tu!





Keseluruhannya, Felda Bukit Ramun akan menerima sebanyak RM4.845 juta dan Felda Bukit Besar pula sebanyak RM6.135 juta apabila keseluruhan durian runtuh yang bernilai RM15,000 bagi setiap keluarga itu terlaksana.

Jom layan gambar-gambar pulak; ....Felda Bukit Ramun,










 

Felda Bukit Besar...









 
 
By Tenggara Is Southeast