Monday, 28 May 2012

PM dan MB Di Halau Keluar Masjid

Anwar berlagak baik, dengan meminta para penyokongnya menerima keputusan majoriti kariah

Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mengadakan siri jelajahnya di Johor Darul Takzim, sebagai satu usaha menembusi kubu kuat UMNO ini. Media-media pembangkang begitu ghairah mempromosikan siri jelajah tersebut bagi mewujudkan persepsi agar rakyat mendokong nafsu rakus Anwar bagi membolehkan dia melangkah ke Putrajaya.

Namun segala perancangan yang diadakan itu ternyata bertemu jalan buntu. Ini kerana rata-rata rakyat Johor begitu kuat dan selesa dengan pemerintahan UMNO/BN. Sebelum ini mereka cuba mengambarkan seoalh-olah Salahuddin Ayub mendapat sambutan yang sangat luar biasa di Johor amnya dan Pulai Perdana, khasnya. Malah ketika di Gelang Patah, diuar-uarkan juga yang Salahuddin mendapat sambutan yang sangat luar biasa, dengan bantuan Anwar Ibrahim.

Yang tidak diceritakan ialah bagaimana Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub telah dihalau keluar dari sebuah masjid di Pulai Perdana bagaikan anjing kurap. Tindakan Anwar Ibrahim yang bersunguh-sunguh mahu menyampaikan ceramah politik kepada jemaah, telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan majoriti jemaah yang hadir.

Ini kerana para penyokong Anwar bertegas agar pihak pengurusan masjid memberikan ruang kepada Anwar. Walaupun pihak pengurusan masjid menyatakan dan menolak permintaan tersebut dengan baik, namun ia tidak dapat diterima oleh para penyokongnya yang rata-rata bukan ahli kariah di kawasdan tersebut.
Tidak berpuas hati dengan, mereka mula meninggikan suara dan sekali sekala bersuara dengan nada menjerit seolah-olah ingin memprovokasi pihak pengurusan masjid. Namun usaha itu tidak berhasil kerana mereka sedar akan taktik penyokong Anwar yang sengaja mahu mewujudkan perbalahan agar insiden itu dapat dimanipulasi dengan menyatakan penyokong UMNO bertindak ganas dan biadapa di dalam rumah Allah.
Apabila menyedari usaha para penyokongnya gagal, Anwar mula berlakon baik dengan mengarahkan para penyokongnya menerima keputusan yang ditetapkan itu. Dengan perasaan hampa dan kecewa dia juga mengarahkan agar penyokongnya beredar kononnya bagi mengelakkan suasana menjadi semakin tegang dan sesuatu perkara yang tidak diingini dari berlaku.

No comments:

Post a Comment