Tuesday, 22 May 2012

Ummi Akan Bongkar Tembelang Anuar

Pihak kami baru sahaja menerima maklumat yang mengatakan Nuar Berahim akan memberikan ceramahnya di kawasan paling 'putih' di Johor sebagai satu usaha untuk mempengaruhi orang kampung dengan cerita-cerita bohong dan penglipur laranya pada 25 May 2012.


Ceramah yang bakal diadakan di Kampung Abdul Ghani Othman, Pengerang itu pastinya bertujuan untuk meminta agar penduduk kampung untuk meneruskan bantahan terhadap projek pembangunan RAPID. Namun apa yang menarik ialah, secara kebetulan tidak jauh dari tempat ceramah itu akan berlangsungnya satu lagi ceramah yang akan disampaikan oleh UMI HAFILDA pada hari dan waktu sama.

Pihak penganjur ketika dihubungi berkata, pada awal bulan Mei jawatankuasa penyelaras telah merancang untuk memanggil Umi Hafilda untuk memberikan ceramah di kampung tersebut bagi menerangkan perkembangan isu-isu terkini. Oleh yang demikian pertembungan ini pasti akan menjadi bertambah menarik kerana setiap pembohongan Anwar akan di BONGKAR oleh insan yang begitu mengenali dirinya.

Yang pasti kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur untuk membolehkan penceramah melondehkan segala TEMBELANG dan keMUNAFIKAN pemimpin PKR ini, agar penduduk kampung dapat mengenali dengan lebih mendalam insan yang bernama NUAR BERAHIM.

No comments:

Post a Comment