Monday, 2 April 2012

Penubuhan Parlimen Belia

alt

KUALA LUMPUR, 2 April - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim hari ini menjelaskan kepada media berkenaan satu lagi program kerajaan di bawah kementeriannya, Parlimen Belia.

Menurut beliau yang baru sahaja mendapat kunjungan pelajar-pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia, USIM di parlimen hari ini, hak bersuara itu sendiri ada saluran yang lebih bermanfaat. Isu yang diketengahkan oleh mereka cukup secara akedemik.

Beliau jelasnya, golongan belia ini sememangnya perlu mempelajari sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan. Malah ia juga harus difahami dan warisi.

"Jika ada pandangan baru, ia dibawa ke meja rundingan. Bukan kepada kemarahan, emosi," ujar beliau.

Parlimen Belia ini dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013. Beliau turut menjelaskan serba sedikit berkenaan Parlimen Belia tersebut. Menurutnya, Parlimen Belia itu akan bersidang dua (2) kali dalam masa setahun.

Ia tiada soalan lisan sepertimana parlimen yang sedang bersidang hari ini, tetapi ia terus kepada sesi bersama Perdana Menteri dan ia sudah tentu melihat kepada isu-isu yang berkaitan dengan generasi muda.

"Termasuklah isu-isu berkaitan dengan perumahan, pekerjaan, PTPTN, ekonomi" - katanya

Mengapa Muka Anwar Begini?????

Apakah Ada Cahaya NUR Diwajah Makhluk Bernama Anwar Ibrahim Ini..?


Ramai pimpinan PAS yang dianggap sebagai "Ulama" oleh juak juak murahan penjilat PAS tanpa segan silu menjulang Anwar sebagai Khalifah mereka...

Tekad mereka mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memenuhi "mimpi" Anwar menawan Putrajaya cukup untuk membuktikan nilai ketaksuban mereka tunduk dan tawaduk kepada makhluk yang bernama Anwar Bin Ibrahim!

Pimpinan PAS tidak mampu menepis hakikat bahawa Anwar bukanlah sejenis makhluk yang boleh dinobatkan sebagai pemimpin. Jauh sekali menjadi pimpinan golongan ahli agama seperti Ustaz, Tok Guru yang ramai menganggotai parti PAS.

Tetapi sayang seribu kali sayang...! Kasihan rasanya melihatkan ahli ahli dan juga pimpinan PAS terpukau dan terpedaya dengan kejayaan Anwar menipu mereka.
Bila melihat dengan penuh teliti foto diatas..., terserlah hodohnya wajah Anwar langsung tiada NUR diwajahnya..! Pelik bagaimana pengikut-pengikut, ahli ahli dan pimpinan PAS dimana tidak mustahil dikalangan mereka ada yang bertaraf Ustaz yang boleh memgimamkan solat, mengimamkan kuliah agama, mengimamkan tahlil boleh menjulang makhluk seperti Anwar menjadi Ketua mereka..?

Kita tak perlu pelik terhadap pimpinan PAS yang menunggang parti islam sebagai kepentingan politik peribadi mereka mendewakan Anwar sebagai Imam mereka..,

Kisah Abang Jamil dan Syurga PAS


YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian, Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.
Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah
Sri Mersing
Sri sokong apa yg Jamil Khair khabaq.. Syurga ni bukan milik PAS, bukan milik UMNO. Bukan juga milik Nk Aziz, bukan milik DS Najib. Syurga milik Allah swt. Janji-janji poliitik menjelang PRU ini telah mula kedengaran semula. Tidak perlu menjanjikan bulan dan bintang untuk mencari polulariti memenangi PRU.  Lihat sahaja bulan dan bintang yg dijanji pd PRU lepas..Semoga yg menjanjikan bulan bintang sedar akan apa yg dijanjikan. Dato Jamil, balun depa cukup2.... 

Tuesday, 27 March 2012

Cerita Lama Versi Baru







Cukup menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba.

Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.
RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.
Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!




Pada GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
Demi kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.
Persoalan paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir selain dari RPK?




Dalam Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.
Begitu juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk. , bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar Baba.

(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)




Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wang tunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.
Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.


Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.
Bagaimana dengan wartawan dan penulis buku politk tempatan yang turut mengetahui nafsu rakus Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik wang sewaktu dalam UMNO, namun mendiamkan diri kerana Anugerah Tuhan ini sudah berada dalam kem yang sama.

Dua ekor badut sarkas pembangkang, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO cukup masak mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.






Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...
Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya
Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Berapa lama lagi rakyat perlu berterusan mendengar pembohongan Anwar Ibrahim kononnya mahu menghapuskan rasuah kerana beliaulah Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu.



Time kasih Sri ucapkan pd ABANG TIRI Sri Gelombang Wangsa Maju....

SU PAS Selangor Akui Masih Perlukan Hassan Ali

Panas dan Menggemparkan....
Pengakuan iklas dan terbuka kpd media dan di hadapan kepimpinan PAS Selangor..
Bukan Sri yg cakap.. tapi video ni yg cakap.. Kalau vedio ni tipu, maka tipu la Sri.. Kuikuikui

Sunday, 25 March 2012

Gambar Sekitar Lawatan Kerja PM Ke Negeri2


Orang ramai  menyambut ketibaan untuk bersalam-salaman dgn DS Najib di Selangor 25 Mac 2012


Inilah dia semangat kental Wanita Umno menunggu ketibaan DS Najib di Stadium Pasir Gudang



Mawar Merah untuk negara tercinta di luar Stadium Pasir Gudang ketika lawatan DS Najib di Johor


Siapa kata kaum India tidak menyokong Kerajaan.. Ini buktinya ketika di Pasir Gudang


Hadirin yg hadir mengibarkan Jalur Gemilang bersama DS Najib