Monday 2 April 2012

Penubuhan Parlimen Belia

alt

KUALA LUMPUR, 2 April - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim hari ini menjelaskan kepada media berkenaan satu lagi program kerajaan di bawah kementeriannya, Parlimen Belia.

Menurut beliau yang baru sahaja mendapat kunjungan pelajar-pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia, USIM di parlimen hari ini, hak bersuara itu sendiri ada saluran yang lebih bermanfaat. Isu yang diketengahkan oleh mereka cukup secara akedemik.

Beliau jelasnya, golongan belia ini sememangnya perlu mempelajari sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan. Malah ia juga harus difahami dan warisi.

"Jika ada pandangan baru, ia dibawa ke meja rundingan. Bukan kepada kemarahan, emosi," ujar beliau.

Parlimen Belia ini dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013. Beliau turut menjelaskan serba sedikit berkenaan Parlimen Belia tersebut. Menurutnya, Parlimen Belia itu akan bersidang dua (2) kali dalam masa setahun.

Ia tiada soalan lisan sepertimana parlimen yang sedang bersidang hari ini, tetapi ia terus kepada sesi bersama Perdana Menteri dan ia sudah tentu melihat kepada isu-isu yang berkaitan dengan generasi muda.

"Termasuklah isu-isu berkaitan dengan perumahan, pekerjaan, PTPTN, ekonomi" - katanya

No comments:

Post a Comment