Saturday, 25 January 2014

10 Kata-kata Hikmah Allahyarham Ustz Haron Taib

Berikut adalah merupakan antara 10 kata-kata hikmah dari Allahyarham Tuan Guru Dato Haron Taib yang menyebabkan lawan dan kawan hormat padanya.

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Al...lah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.

Tuesday, 21 January 2014

Alasan Tarik Balik Saman Terhadap Tian Chua & Stopa Ali

Mustafa Ali dan Tian Chua menyatakan kesal memfitnah UMNO dan impaknya sama seperti memohon maaf.
Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau tohmahan yang dibuat oleh pihak lawan.
 
Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan kepada UMNO-Online, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan fitnah yang merujuk kepada UMNO.
 
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen PKR Batu itu mengemukakan empat tawaran dalam usaha memohon UMNO menarik balik saman terhadapnya yang sekaligus membuktikan beliau sebenarnya sudahpun mengakui kesalahanya.
Empat tawaran Tian Chua itu ialah:
  1. Mengakui insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian orang ramai tentang isu RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing). Apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
  2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
  3. Memohon untuk memastikan dia (Tian Chua) akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
  4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
“Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO yang bermakna beliau mengaku salah menyebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu.
 
“Beliau juga menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai dakwaan pengeluaran kad pengenalan kepada warga aszing kepada isu tembakan di Lahad Datu,” jelas Mohd Hafarizam.
 
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu.
 
“Di sini hanya penggunaan (perkataan) kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu (Tian Chua mengaku) UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI,” jelasnya lagi .
 
Sebelum itu, UMNO mempersoalkan kenapa Tian Chua perlu mengaitkan UMNO dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika beliau sebenarnya tidak pasti UMNO terlibat, manakala isu RCI pula tidak ada kena mengena dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu dari selatan Filipana itu.
 
“Walaupun kes saman malu ini (oleh UMNO) telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama yang dibuat ini dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.
 
“Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang sedang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah,” katanya merujuk kepada dakwaan jenayah yang sedang dihadapi Tian Chua ekoran ribuan laporan polis terhadapnya.
 
Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seks seorang indvidu yang didakwa menyerupai beliau serta menuduh sudah menjadi kebiasaan UMNO untuk menyebar fitnah, Mohd Hafarizam menjelaskan pihak terbabit turut mengemukakan tawaran.
 
“Beliau (Mustafa) yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakah Daily, telah metawarkan kepada UMNO untuk menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan.
 
“Beliau juga (berjanji) akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan (memohon) kes tersebut tiada perintah berkaitan kos,” Mohd Hafarizam menjelaskan tawaran Mustafa.
 
“Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu (kedua-dua defendan) akan menarik balik (tohmahan) demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah.” Mohd Hafarizam menerangkan
 
Menurut beliau, sehubungan itu sangkaan bahawa UMNO lebbut atau takut adalah tidak berasas kerana kalau pihak lawan berkeras tidak mahu berubah maka UMNO juga tidak akan beralah.
“Tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan mengakui kesilapan,” katanya.-bnbbc.my

Monday, 20 January 2014

Zahid Hamidi : Terlajak Kereta Boleh U-trun, Terlajak Tulis.......

Semalam Mykmu menerbitkan dua artikel Portal Malaysia Insider Kata Bukan Islam Boleh Derhaka Kepada Agong; Apa Macam Peguam Negara? dan Malaysia Insider Terus Serang Islam, Zahid Jangan Tidur yang mendedahkan sikap Malaysia Insider yang keterlaluan dalam menghasut orang bukan Islam menderhaka dan membenci YDP Agong dan agama Islam.

“Perkara ini saya serahkan kepada pihak yang arif dalam undang-undang bagi mengambil tindakan,” kata Ahmad Zahid selepas ditanya pemberita ketika sidang akhbar pagi ini(semalam) di Putrajaya sempena Operasi Banteras Pendatang Tanpa Izin.

Apabila ditanya lanjut, Zahid juga enggan memberi sebarang pendapat sama ada tindakan Malaysia Insider tersebut menyalahi undang-undang negara atau tidak.

Menurut sumber, Zahid telah meminta Polis dan Pejabat Peguam Negara untuk melihat sama ada tindakan Malaysia Insider menerbitkan dua artikel berbaur penderhakaan kepada Agong dan penghinaan kepada Islam boleh dikenakan tindakan.- sumber



Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. 

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Siapa Herman Shastri Yang Pertikai Islam Dalam Perlembagaan??


Pernah dengar nama Herman Shastri? Tengok gambar kat atas tu, dialah Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia. Nak tahu apa yang dia kata dalam satu majlis baru-baru ni?
 
Dia kata...
"Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman," -Forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari 2014.
Maksud Herman tu, dia tak setuju kalau Kristian disekat sebarkan dakwahnya. Dia mahu, Kristian tidak disekat untuk menyebarkan dakwah. Atau, kalau nak sekat dakwah Kristian, maka Islam pun tak boleh berdakwah kat negara kita ni...
 
Nampak macam mamat ni nak kena "lempang", kan? Memang tak sayang mulut ke mamat Kristian ni? Sengaja nak kasi panas umat Islam kat Malaysia ni? 
Dia tak tahu perlembagaan ke? Herman ni warganegara mana? Dia tak tahu ke perlembagaan Malaysia ni berikan hak dan keistimewaan Islam yang tidak boleh sama sekali dipertikai atau dipersoal oleh mana-mana pihak?
 
Herman ni bodoh ke apa? Perlembagaan negara menegaskan bahawa agama lain tidak boleh berdakwah di Malaysia. Dan untuk hak serta keistimewaan Islam di Malaysia, kita dibenarkan untuk berdakwah ke arah Islam... tak ada perlembagaan yang menghalang dakwah Islam di Malaysia!

Jadi, kalau PM sekali pun tiba-tiba setuju dengan hujah Herman dan laksanakan kehendak mamat Kristian tu, maka secara automatik arahan PM itu terbatal disebabkan ketetapan perlembagaan tu.
 
Kalau PM tak boleh langgar perlembagaan tu, apatah lagi Idris Jala! Bawaklah 1,000 resolusi sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan! Faham ke Herman? Atau memang bebal sangat sampai nak kena "lempang" baru boleh faham?
 
Jadi, Kristian jangan haraplah nak boleh berdakwah kat Malaysia ni. Kalau kami tahu, tahu la kami nak buat apa... Hanya Islam saja yang dibenarkan berdakwah dan jangan sesekali persoal hak keistimewaan Islam tu...
 
Kalau Herman nak jugak berdakwah Kristian, sila ke Aceh. Kat situ Melayu Muslimnya "baik-baik" belaka. Cuba la try ke sana... manalah tahu "berhasil"...kan? Ingat... "lakum deenukum, wa li ya deen"... 
 
Herman, kalau hang tak suka dengan perlembagaan negara ni, hang boleh blah... pindah la kat negara lain... jangan tunjuk poyo kat sini... blah! blah! Kalau hang tak hormat agama kami dan buat-buat tak faham keistimewaan Islam kat sini, macamana kami nak hormat hang? Hang blah la weiii...
 
Tq Duke Of UMNO

Lepas Kangkung... Giliran Anwar Pulak




2. Australia Network News bertajuk Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim denied entry to Japan




Malah, media negara Jepun juga telah melaporkan berita tersebut. 

Tetapi yang menjadi kelakar dan persoalannya ialah jika kita bandingkan dengan media-media lain, pemilihan foto Anwar Ibrahim yang agak pelik seperti sedang mengerang sakit perut!

Daripada banyak foto Anwar, foto 'mengerang sakit perut' yang digunakan oleh The Japan Times seperti di bawah. Tajuknya ialah Narita bars Malaysia's opposition chief Anwar.

Apakah ianya satu sindiran halus tanda tidak suka kepada Anwar dek disenarai hitam oleh Imigresen Jepun? 


MiM difahamkan bahawa pihak Pakatan pembangkang telah menghantar surat kepada Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklum balas dan maaf daripada pihak Jepun.

Apakah kedutaan Jepun akan memberi respons?

Apakah pihak pembangkang akan menggunakan modus operandi lumrah mereka iaitu mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Jepun?

Kita tunggu dan lihat.

Sunday, 19 January 2014

Siri Kenaikan Harga Barang Bakal Menguburkan BN PRU 14 - Mukhriz



Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan  kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar “betul tapi tak popular” terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
 
Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
 
Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
 
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.
 
Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.
 
Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.
 
"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.
 
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.
 
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014

3000 atau 600?? Pening-pening...