Monday 20 January 2014

Zahid Hamidi : Terlajak Kereta Boleh U-trun, Terlajak Tulis.......

Semalam Mykmu menerbitkan dua artikel Portal Malaysia Insider Kata Bukan Islam Boleh Derhaka Kepada Agong; Apa Macam Peguam Negara? dan Malaysia Insider Terus Serang Islam, Zahid Jangan Tidur yang mendedahkan sikap Malaysia Insider yang keterlaluan dalam menghasut orang bukan Islam menderhaka dan membenci YDP Agong dan agama Islam.

“Perkara ini saya serahkan kepada pihak yang arif dalam undang-undang bagi mengambil tindakan,” kata Ahmad Zahid selepas ditanya pemberita ketika sidang akhbar pagi ini(semalam) di Putrajaya sempena Operasi Banteras Pendatang Tanpa Izin.

Apabila ditanya lanjut, Zahid juga enggan memberi sebarang pendapat sama ada tindakan Malaysia Insider tersebut menyalahi undang-undang negara atau tidak.

Menurut sumber, Zahid telah meminta Polis dan Pejabat Peguam Negara untuk melihat sama ada tindakan Malaysia Insider menerbitkan dua artikel berbaur penderhakaan kepada Agong dan penghinaan kepada Islam boleh dikenakan tindakan.- sumber



Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. 

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment