Sunday, 19 January 2014

Siri Kenaikan Harga Barang Bakal Menguburkan BN PRU 14 - Mukhriz



Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan  kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar “betul tapi tak popular” terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
 
Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
 
Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
 
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.
 
Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.
 
Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.
 
"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.
 
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.
 
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014

3000 atau 600?? Pening-pening...

 
 
 
 

Anwar Ibrahim Dihalau Keluar Dari Jepun??

Kalimah Allah Hak Mutlak Umat Islam - Yang Di Pertuan Agong

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
SBP YDPA sudah bertitah. Harapnya semua lapisan masyaratkat di Malaysia  faham akan amanat yang telah disampaikan.
 
Mana-mana pihak yang masih bebal, degil atau buat-buat tak faham tentang perkara ini memang patut diajar atau dibuat 'sesuatu' kepada mereka agar menghormati Islam selaku agama rasmi negara.
 
Orang kafir mula berani menghina kesucian agama Islam di negara ini berpunca dari sikap orang Islam itu sendiri yang menyokong segala tindak tanduk puak-puak kafir semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik.

Selaku umat Islam kita harus berpegang pada peringatan Allah seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak dan cara kehidupan dan agama mereka'.
pas gadai islam
ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus terpelihara.

Baginda bertitah pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.

"Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati," titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, Ahad.

Titah ucapan Sultan Abdul Halim bertema 'Memahat Sejarah, Membina Negeri Yang Gagah' dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Baginda bertitah penggunaan kalimah 'Allah' yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

"Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. Inilah resmi dan amalan masyarakat majmuk yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian rakyat selama ini," titah baginda.

Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar-dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.

Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Menjadi harapan dan impian beta kecemerlangan bidang pendidikan untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan kemakmuran ekonomi selain melihat Kedah menjadi destinasi pelaburan industri teknoloji tinggi.

"Tindakan penting kerajaan adalah mengkomersialkan bidang pertanian dalam usaha menjadikan Kedah Jelapang Padi Makanan Negara wajar dipuji.

"Usaha berterusan ini, tanpa menumpu pada hasil alam sebagai penyumbang pendapatan dengan memajukan sektor pelancongan berteraskan budaya, warisan dan sejarah tamadun tertua di Nusantara, ekopelancongan berteraskan Islam dan pelancongan-kesihatan," titah baginda.

Terdahulu, Tunku Annuar dalam ucapanya menyeru rakyat Kedah supaya mengambil iktibar pergolakan yang berlaku di negara-negara serantau.

"Saya ingin berpesan janganlah kita jadi fanatik agama, kaum dan parti politik sehingga hilang segala perhitungan dan kewarasan sehingga membawa bencana yang mungkin tidak dapat dipulihkan," katanya.

Pada istiadat itu, sebanyak 114 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah.

Turut hadir Raja Muda Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar-pembesar negeri. - BERNAMA

Thursday, 16 January 2014

Peguam UMNO Buat Hal Lagi


Wa pelik der dengan tindakan sangat 'out of the world' UMNO bila mereka tarik balik saman terhadap Tian Chua. Mula-mula kita sangka ini adalah tindakan Raouf Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO. Rupanya tidak der-der semua, bukan salah Raouf. Orang yang bertenggungjawab memalukan UMNO adalah peguam UMNO sendiri iaitu Dato Hafarizam Wan.

Lawyer tu nak tutup kecuaian dia menamakan Raouf sebagai wakil kepada umno. Rauf tidak boleh bertindak menyaman bagi pihak umno. SU Kerja bukan pegawai awam pertubuhan. Semua tindakan terhadap pertubuhan/Persatuan mesti atas nama SETIAUSAHA. Setiausaha Kerja pekerja bukan AJK.

Sebelum nak cerita panjang lagi, wa nak share sikit info pasal Dato Hafarizam ni, selain dari dia caj berjuta-juta ringgit kepada UMNO, dia juga telah diberi tawaran projek khas kerana membantu UMNO. Berikut adalah pendedahan blog Gelagat Anwar tentang Hafarizam:

"Mana Kelibat Loyar UMNO?

Datuk Hafarizam patut berani ke depan dan berdepan dengan puak Ambiga dan barisan panel yang dijemput. Janganlah, ketika mana dia diperlukan, Datuk yang hebat ini lari ke luar negara.

Dalam Tribunal Rakyat, BN dan UMNO patut hantar barisan peguam yang hebat dan mempertahan kemenangan dalam PRU yang lalu.

Segala maklumat petisyen ada dengan Hafarizam. UMNO/BN sudah dicaj jutaan ringgit untuk khidmat nasihat guaman. Apa salahnya, hantar loyar yang ada untuk mempertahan parti. Jangan serah pada Ku Nan dan Dato’ Raof sahaja.

Loyar UMNO/BN yang dapat projek berbilion ringgit patut ke depan mempertahan parti dalam isu ini. Takut apa dengan Ambiga?

Projek Dah Mahsyuk. Parti?

Umno legal adviser Mohd Hafarizam Harun has denied claims that two companies in which he has interests were awarded a RM2.2 billion highway concession as a reward for his role in the BN takeover of Perak.


http://media1-cdn.malaysiakini.com/169/f6c704c6683c4411b9b9f65d4349bbbb.jpg
Hafarizam said the two companies had faced “stiff competition” during the tender process and that their experience with a 179km double-tracking project had been taken into consideration.

“We have a proven track record (in the double-tracking project) from Rawang to Ipoh. The (notion) of a ‘reward’ for Perak, I think that is too much and hitting (under) the belt,” he said in text-message to Malaysiakini.

“It has no relation at all. We won on merit! We are amongst the few bumiputera companies awarded. Why attack us when there are others… I am sure you’ll know who else got it. I mean I won on merit, not because I’ve been promised or of some sort.”

Kalau ada MERIT…pertahanlah UMNO dan BN.

Ayat paling wa suka, kalau ada MERIT pertahanlah UMNO dan BN. Pertahan apa benda ni der, lawyer kurap macam Hafarizam ni boleh menghalalkan tindakan Tian Chua yang begitu serius sekali, ini baru betul Lawyer kangkung der. Dia boleh main tarik balik saman macam tu je?

Mana maruah UMNO? UMNO tak bersalah dalam hal ini, Tian Chua tak mintak maaf pun tapi lawyer bijak taraf kangkung ni yang mintak diselesaikan di luar mahkamah. Kenapa UMNO perlu simpan lawyer atau peguam kangkung yang suka caj mahal ni? Kenapa? Hafarizam tak pernah pun membela mana-mana blogger yang kena saman. Malah ada yang menceritakan kalau pergi jumpa dia, dia nak sekolahkan blogger tersebut bukan nolong pun der..

Tak cukup dengan itu, kes Mustapha Ali @Stopa Ali pun pihak UMNO tarik balik saman. Settle kat luar. Dari salahkan UMNO si tua kutuk kaki zina tu kata ini kerja blogger UMNO pulak der. Apa hal ni? Wa tak faham kenapa masih lagi digunapakai lawyer dari Pulau Pinang ni? Apa yang hebat sangat lawyer kangkung ni?

Wa tak faham la der? Boleh sesiapa tolong fahamkan wa tak? Hilang maruah UMNO bila selesai dengan Tian Chua yang bodoh nak mampos ni di luar mahkamah der. Stopa Ali yang berzina, PKR sebar video, blogger UMNO pulak dipersalah. Semua ini berlaku kerana UMNO menggunakan khidmat peguam bertaraf kangkung.

Sekarang ni Tian Chua dan Stopa Ali sedang meraikan kemenangan mereka kerana UMNO menggunapakai Hafarizam kangkung. Berbaloi ke UMNO?
 
Tq Cili Padi

Wednesday, 15 January 2014

Bertudung Litup Tapi Beromen di Tempat Awam.. Choiii






Maaaaaak aiiiiii..... Gila baban laaaaa

Kebiadapan Cina DAP

Adakah tindakkan Biadap cina DAP in hanya kerana DS Najib Sebut "nama semangat" nenek moyang mereka. macam lagu NAM YI DONG JI KEUNG?!


Tindakkan menghina DS Najib Razak selaku pemimpin negara kini dianggap 'mulia' oleh penyokong pembangkang terutama cina DAP yang sentiasa mencetuskan isu berbau perkauman. Inilah gelagat biadap cina-cina DAP di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina dan mempersenda Perdana Menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung masuk ke mulut replika Perdana Menteri.



Kesempatan ini diambil peluang secukupnya untuk menghina DS Najib terutama dalam portal pembangkang yang memberi gambaran buruk seolah olah DS Najib tidak berusaha dalam memperjuangkan nasib rakyat. 


Ini adalah hasil manipulasi media pembangkang didalam ucapan DS Najib di majlis penyampaian bantuan banjir yang telah menelan belanja RM96 juta disalurkan kepada 19,205 keluarga mangsa banjir terjejas . Bantuan itu berupa wang bantuan RM500 dari kerajaan pusat manakala RM1500 dari kerajaan negeri bersama barangan keperluan berupa TV, peti ais, dapur, bantal dan tilam yang bernilai RM5000.



Yang peliknya kenapa cina DAP di Pulau Pinang terasa pedihnya bila isu harga kangkung diperkatakan umum? Makanan kegemaran mereka dihinakah? Mentang-mentang la DS Najib memberi bantuan majoriti orang melayu yang terjejas semasa banjir tu, mereka pula bentindak lebih kuah dari sudu. 

Salahkah DS Najib membantu rakyat yang dilanda musibah? Jika pembangkang tidak tolong rakyat terjejas jangan hina usaha orang lain.


Lain pula kisahnya si KERANG dan si SOTONG duk bergaduh dua dua boleh digoreng tumis sayur KANGKUNG!!!!

KAH KAH KAH KAH

credit :


FAKTA #KANGKUNG

Zat besi merupakan salah satu mineral penting yang diperlukan tubuh manusia. Fungsi dari zat besi adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam darah yang memerlukan. Zat besi digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal daya tahan tubuh.

Kekurangan zat besi menyebabkan terhambatnya pasokan hemoglobin dalam darah. Penyakit karena kurangnya hemoglobin (sel darah merah) disebut anemia. Gejalanya biasa ditandai dengan kurang bergairah, mudah lelah dan lemas, pucat serta sering pusing.


Kangkung

Kangkung adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandung jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.

Apa salah kangkung?!