Sunday, 22 April 2012

TIBAI vs CIBAI




Tanggal 22 April 2012, jam 8.30 malam bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, KL telah dilancarkan satu lagi kumpulan pendesak yang mmungkin kecenderungan politiknya kearah pro BN. NGO ini dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). Tibai dilancarkan dengan rasminya oleh Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa. Motif utama TIBAI diwujudkan adalah untuk menolak manusia bernama Anwar Ibrahim.

Dewasa kini banyak NGO baru muncul hingga Sri tak terikut. Tau-tau ada aje NGO baru yang keluar media, buat kenyataan itu dan ini, ada juga NGO yang menjanjikan bulan dan bintang kepada masyarakat. Biasalah menjelangnya PRU ni.  Apa yang menariknya, dulu ABU - Asal Bukan Umno, lepas tu ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim, malam ni dilancarkan pulak TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim. Jangan besok Anwar counter balik dengan NGO baru bernama CIBAI (Cintai Individu Bernama Anwar Ibrahim) pulak.. Sama-sama kita nantikan... 

Friday, 20 April 2012

Parlimen Dah Lulus, Nak Apa Lagi Mangkuk..


Menggunakan alasan daftar pengundi, pembangkang membantah dan keluar dewan apabila rang2 undang2 yang membawa reform piloihanraya dijalankan di Parlimen.

Ini semua bagi menjastifikasikan untuk mereka berhimpun yang mana momentum sedang dibina dari sekarang dari demo PTPTN. Lama lagi nak berkhemah tu brader.... hehehe.

Agenda demo dataran merdeka pun ada ciri-ciri Arab Spring yang mahu diperkenalkan Anwar Ibrahim. Propaganda mainkan peranan.


Diperbesarkan dengan sengaja bila DBKL datang minta pendemo bersurai. keluarlah fitnah kata DBKL cepuk budak2 student hingga muka pecah berdarah. Pasti sedap darah itu dimakan dengan burger. Rasa macam sos tomato kan?


Bab drama kasilah PKR ...

Lagi mendramatikkan dihantar pelakun-pelakun anugerah academy award (nukan anugerah tuhan yeee ...) untuk memainkan watak sebagai samseng yang datang pada waktu pagi untuk berlaku kasar kepada mereka.

Cepat mereka lakukan tuduhan ... ini kerajaan, ini UMNO buat, ini SB, ini MIO ... MI5, MI6, ini APCO dll.

Satu benda yang tak real da;lam episod itu adalah cepat betul ada video, you-tube, gambar dan lain-lain. Eh eh eh ... macam dah bersedia aje.

Ini semua permaianan drama grup reformis dan Jinggay 13.

Kita jangan lari dari tajuk.

Betulkah mereka ikhlas dengan agenda pembaharuan pilihanraya?


Pasti tidak. Tuntutan kali ini sama aje dengan tuntutan dulu dan sebelum itu. INi bermakna apa sekali dilayani dan diikuti kehendak mereka, merek atetap kata tiada pembahruan.

Mereka masih kata ikut cakap mereka sepenuhnya.

Padahal PSC yang ditunuhkan tidak meletakkan BN sebagai majoriti tetapi sama jumlah dengan wakil mereka iaitu 3, tetapi wakil bebas ada satu dan dia tidak memihak kepada permintaan mereka.

Wakil bebas Wee Choo Keong pun percaya pada pembaiki proses pilihanraya. Itu pasal mereak tolak hak wakil parlimen bebas untuk diwakili kerana mereka ingat mereka dah majoriti.

Pihak majoriti boleh dengar permintaan pelbagai pihak dan bukan setakat Bersih saja. Tapi pihak pembangkang tak mahu dengar pandangan orang lain tetapi hanya pandangan mereka.

Ini ke demokrasi atau hak asasi manusia atau reformasi atau apa jadah lagi logi dan sasi mereka?


INI SEMUA AUTA KEMPEN PILIHANRAYA/ANWAR DAH DESPERATE.

JANGAN TERTIPU!!!!

 

Ingatan DYMM Sultan Johor kpd Pembangkang


"Suka saya ingatkan di sini, supaya jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak membuat bantahan atau tuntutan yang bukan-bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik".
Dmikian titah Sultan Ibrahim ketika majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna di Dataran Pulau di Mersing semalam.
Sultan Ibrahim yang berharap agar projek yang bernilai RM22 bilion itu akan menjadikan Mersing sebagai bandar pelancongan terkenal dunia disamping menjana ekonomi penduduk tempatan.






Wajarlah Sultan Johor bertitah sedemikian memandangkan akhir-akhir ini, apa sahaja projek yang akan membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat, sentiasa sahaja dibantah dan dipolitikkan terutamanya oleh parti pembangkang.

Sekiranya apa yang dibantah dan dipolitikkan itu memang benar-benar untuk kebaikan rakyat, tidak mengapa juga, tetapi sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah untuk mengisi keperluan mereka untuk membangkang yang akhirnya merugikan rakyat dan rakyat juga yang akan terus tertinggal dari segi pembangunan dan peluang ekonomi.


Projek RAPID Petronas Pengerang RM60 billion




Petronas will invest in a major RM60bil integrated refinery and petrochemical complex in Pengerang, Johor, touted to be its largest.

To be known as the Refinery and Petrochemicals Integrated Development (Rapid) project, it is is expected to be commissioned by the end of 2016, as part of the national oil company's efforts to expand its downstream production.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak confirmed this, following a StarBiz breaking news story on Wednesday.


The mammoth project is expected to create at least 20,000 jobs during the construction phase and 4,000 potential jobs for highly-skilled workers.

This does not include the many spin-offs in related sectors, Najib said when announcing the project at the Petronas headquarters here yesterday.

“It is truly a remarkable initiative and a significant landmark for Malaysia. The project presents Malaysia with a major vehicle to attract foreign direct investments, bolster private investment and expand the country's access to world-class technologies.

“It will also provide avenues for a new generation of technical professionals to develop their skills and capabilities,” he said, adding that the Government would provide its full support and assistance.

The Rapid project, Najib said, would consist of three main components:

> A crude oil refinery with a capacity of about 300,000 barrels per day, larger than the combined capacities of its refineries in Malacca and Kerteh.

> A crude oil refinery with a capacity of about 300,000 barrels per day, larger than the combined capacities of its refineries in Malacca and Kerteh.

> A naphtha cracker with the ability to produce three million tonnes of ethylene, propylene as well as C4 and C5 olefins; and

> A joint petrochemical development with a combined production capacity of three million tonnes per year, more than the combined production capacities of its integrated complexes in Kerteh and Gebeng, Pahang.

Najib, who is also Finance Minister, said although the Rapid project was not part of the entry point projects under the Economic Transformation Programme, it was still in line with plans to turn Malaysia into a leading petroleum industry hub in the region.

The area, Najib said, was chosen because of its large land acreage, strategic location near major international shipping lanes, deepwater port facilities and proximity to regional demand centres
 
Dipetik dari The Star

Saturday, 14 April 2012

Dulu Dia Tubuh, Sekarang Nak Mansuh..

DJZ Masih Belum Puas...


Dong Zong Masih Belum Puas

Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum.


Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.

Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia.


Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia.

Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia.

Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia.


Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.

Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong. Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis.


Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas.


UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.

Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui sekolah.


Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan.

Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut.


Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong.

Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri. Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.

Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran dalam konteks perkauman. Walaupun begitu, UMNO tidak pernah menghalang kaum Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek moyang mereka dengan harapan mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan UMNO terhadap mereka.

Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zong bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan perpaduan.

Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa Kemudian. Tetapi, apabila mereka menolak perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan, mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama. Malah, Dong Zong terus tegar membawa sikap ‘Cina Dahulu, Malaysia Kemudian’.

Sesungguhnya tuntutan Dong Zong agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih dari usaha membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan.


Hakikatnya, Dong Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin menikmati segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka mereka wajib mengamal sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan sebenar-benarnya. Apalah sangat syarat kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi ekonomi negara ini.

Mungkin Dong Zong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila dan tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi dalam bermasyarakat. Jika tidak, negara ini akan suatu hari nanti menjadi kacau bilau juga akibat sikap rasis, tamak dan biadab Dong Zong.

Sikap Dong Zong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam diri anak-anak Cina? Apakah kerana itu mereka hanya pentingkan diri dan wang semata-mata?

Sandiwara DAP