"Suka saya ingatkan di sini, supaya jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak membuat bantahan atau tuntutan yang bukan-bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik".Dmikian titah Sultan Ibrahim ketika majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna di Dataran Pulau di Mersing semalam.
Sultan Ibrahim
yang berharap agar projek yang bernilai RM22 bilion itu akan menjadikan Mersing
sebagai bandar pelancongan terkenal dunia disamping menjana ekonomi penduduk
tempatan.
Wajarlah Sultan
Johor bertitah sedemikian memandangkan akhir-akhir ini, apa sahaja projek yang
akan membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat, sentiasa sahaja dibantah
dan dipolitikkan terutamanya oleh parti pembangkang.
Sekiranya apa yang dibantah dan dipolitikkan itu memang benar-benar untuk kebaikan rakyat, tidak mengapa juga, tetapi sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah untuk mengisi keperluan mereka untuk membangkang yang akhirnya merugikan rakyat dan rakyat juga yang akan terus tertinggal dari segi pembangunan dan peluang ekonomi.
No comments:
Post a Comment