Monday 27 January 2014

ADUN Teluk Bahang Dedah Tembelang DAP


Kenyataan Sidang Media Adun Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayob Shah Hussain Shah:-

A) tujuan sidang media dibuat adalah untuk memberi maklum balas kepada kerajaan negeri berhubung isu perobohan gerai kecil di teluk bahang.

B) menyatakan beliau telah berhubung dengan pihak pejabat daerah dan tanah daerah barat daya dan mendapati bahawa sebelum insiden berlaku tidak ada sebarang mesyuarat / perbincangan bersama peniaga yang terlibat.

C) menyelar kerajaan negeri yang bersikap menunding jari dengan menuduh pihak polis tidak menjaga keselamatan di kawasan tersebut sehingga mencetuskan ketegangan sedangkan mereka telah dimaklum terlebih awal supaya tidak meneruskan perobohan pada hari tersebut.

D) menyatakan kerajaan BN langsung tidak berkompromi untuk menghalang penjawat awam untuk melakukan perobohan.

E) menyatakan pada hakikatnya, ABU HASSAN bin OMAR – Penolong Pengarah Pejabat Daerah Barat Daya langsung tidak mengalami apa-apa kecederaan pada hari insiden tersebut namun terdapat pihak yang sengaja memutarkan belitkan isu.

F) Menyatakan apa yang menjadi persoalannya adalah mengapakah pihak yang terlibat langsung tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu diantara penjaja premis tersebut sebelum perobohan diibuat.

G) menyelar pimpinan Pakatan Rakyat yang menuduh Kerajaan BN bersikap perkauman sedangkan kerajaan BN telah banyak membantu bangsa lain selain melayu dan ini adalah satu tindakan jahat unyuk menghasut rakyat membenci Kerajaan BN.

H) berpendapat bahawa kerajaan negeri harus membuat satu kajian dan perancangan untuk membangunkan ekonomi takyat di negari ini dan bukanlah cara menindas rakyat.

I) menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan tapak khas untuk peniaga-peniaga sebelum bertindak merobohkan sesuatu premis perniagaan.

J) menyatakan negeri pulau pinang mempunyai banyak tanah dan menyarakan agar kerajaan negeri menjual sedikit tanah yang ada di negeri ini dan hasilnya itu diberikan untuk membantu rakyat.

-UtaraNews.

No comments:

Post a Comment