Sunday, 20 April 2014

Kenapa Perlu Gugur Mat Said??


Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk 'memberi nasihat' tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS

Wednesday, 5 March 2014

Terisa Kok Di Sambut Oleh Telur di Penang...

Salam Telur 1
Permatang Pauh – Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa lelaki itu atau apa motifnya.Namun sikit kekecohan timbul semasa acara ceramah dihadiri Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Taman Cermai,Permatang Pauh,Pulau Pianng Rabu malam.

Seorang lelaki yang tidak dikenali berusia sekitar 30 tahun telah pergi bersalam dengannya selepas beliau sampaikan ceramah di situ.
 
Anihnya lelaki itu membawa sebiji telur dalam tangannya. Telur itu pecah semasa mereka bersalam.
 
Salam Telur 2
 
Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam. Lelaki itu dikepung oleh hadirin lain dan kemudiannya diserahkan kepada polis.
 
Di situ Teresa menyampaikan ceramah mengenai isu video Tahun Baru Cinanya yang cetus kontroversi.
 
Sementara itu belum apa-apa lagi diketahui pasal lelaki itu dan motifnya kalangan pemimpin pembangkang sudah cuba main sentimen mengaitkan insiden kecil itu dengan protes penyokong kerajaan pada video itu.
 
Video : ‘Salam Telur’ Teresa Kok

Tuesday, 4 March 2014

5 Jam Bertarung, Buaya Serah Diri Pada Ular Sawa..

bauay (3)
SYDNEY: Seekor ular dipercayai jenis ular sawa menelan seekor buaya selepas bergelut selama beberapa jam di hadapan orang ramai.

Travis Corlis yang menyaksikan pergelutan antara dua haiwan ganas itu di Lake Moondarra, Queensland berkata, ular sawa itu kelihatan sihat dan panjangnya kira-kira 10 kaki (tiga meter).

bauay (1)
 
Ular sepanjang kira-kira tiga kaki itu dilihat membelit kuat buaya malang tersebut, katanya dalam satu laporanAFP.

“Pergelutan antara kedua-duan haiwan itu berlaku di dalam, kelihatan sangat hebat… Kami hanya berdiri dan melihat dengan penuh kagum,” ujar Corlis.

bauay (2)
 
Corlis berkata selepas beberapa jam kedua-dua haiwan itu bergelut, ular sawa terbabit mengheret buaya itu ke tebing tasik dan melepaskannya, yang pada masa itu dilihat telah mati.

“Selepas kira-kira 10 minit lepas itu, buaya sudah ‘hilang’,” katanya.

bauay (4)
 
Isteri Corlis, Tiffany, yang juga turut menyaksikan peristiwa itu berkata, ianya amat sukar dipercayai.
“Kami ingatkan ular tersebut mungkin telah makan melebihi kemampuannya,” terang Tiffany.

“Melihat kepada keadaan ular itu selepas selesai menelan buaya tersebut, anda boleh nampak bentuk sisik kasar, kaki dan segala-galanya di dalam perut ular,” tambahnya lagi.

004916-ea246002-a29d-11e3-94c1-d923b8b77352
 
Tiffany berkata, buaya malang tersebut berusaha untuk menaikkan kepalanya dari dalam air, dan kedua-dua haiwan terbabit memang kelihatan penat dalam pergelutan yang dikatakan memakan masa beberapa jam itu.

Buaya itu kemudiannya seakan-akan berputus asa dan menyerah, sekaligus membiarkan dirinya dibelit ular sawa terbabit.

Corlis juga mengaku dirinya sering melihat ular dan buaya ada di kawasan yang sama, namun jarang melihat haiwan reptilian ini saling bertarung dengan sengit.

bauay (5)
 
Kewujudan buaya air tawar yang terdapat di tasik Moondarra itu lebih ketara setelah kemarau baru-baru ini menyebabkan pengurangan paras air.

Rancangan Gila MB Khalid Nordin...


Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Hj.Nordin menteri Besar Johor yang sangat bijaksana dalam perancangan memajukan Negeri dan menambah pendapatan Negeri untuk Kesejahteraan Rakyat Johor. Selama ini kita selalu di momokkan dengan cerita Johor Khasnya dan Malaysia amnya selalu tunduk kepada "Little Israel" atau lebih tepat lagi Singapura.

Generasi lama selalu di ketawakan oleh generasi muda kerana terlalu "cerdik" dalam berurusan dengan kerajaan Singapura terutama soal penjualan air mentah. Kita juga di tertawakan kerana isu Jambatan Indah @ jambatan bengkok yang tidak dapat di laksanakan kerana katanya terpaksa tunduk dengan birokerasi kerajaan Singapura.

Tapi kali ini MPG berharap YAB Menteri Besar "cool" ini dapat menutup mulut besar orang Singapura dengan MEMPERKENALKAN  CUKAI UNTUK RAKYAT SINGAPURA YANG DATANG DAN BERBELANJA DI MALAYSIA.

Cukai yang ada sekarang hanya kepada TOL akan kepada kenderaan yang menggunakan tambak Johor dan link kedua, kerajaan Negeri mesti memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 lagi jenis cukai kepada rakyat Singapura ini iaitu;

1. Cukai  kepada Kenderaan Singapura atau bernombor pendaftaran Singapura yang memasuki negara ini dengan berdasarkan kiraan jam, sebagai contoh RM 2.50 sejam.

2. Cukai barangan yang di borong dari negara ini terutama barangan makanan atau bahan mentah untuk makanan dengan kadar sama dengan kadar tukaran matawang Dollar Singapura, contohnya jika rakyat Singapura membeli barangan makanan atau bahan mentah makanan dari Johor Baharu dengan harga RM 100.00 maka mereka mesti bayar cukai sekitar RM 25.00.

MPG tidak bimbang kesan negatif yang mungkin timbul  1. Kerana rakyat Singapura tidak ghairah datang berbelanja di Negara ini, kerana MPG yakin dan pasti kalau dia orang tak beli kami rakyat Malaysia banyak nak beli. 2. Jumlah pelancong dari Singapura yang merosot, selama ini mereka datang pun bukan melancong tapi memanipulasikan ekonomi negara, kerana kehadiran mereka peniaga-peniaga bangsa mereka di negara ini langsung  tidak mahu bertolak ansur atau tidak mahu menawarkan potongan harga kepada penduduk tempatan , mereka tidak khuatir barangan tidak laku kerana rakyat singapura bangsa mereka boleh beli..Kehadiran merekalah menyebabkan barang jadi mahal.

So pergi jahanam Little Israel.


RAPID Untuk Kontraktor Bumiputra - MB


Kerajaan negeri Johor bakal memuktamadkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera tempatan.

Menurut laporan berita sebelum ini, PETRONAS dijangka membuat keputusan mengenai pelaburan akhir RAPID, hujung bulan ini.

Pelaburan bernilai RM60.6 bilion tersebut, membabitkan projek dan kontrak kerja antaranya pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam.

"Kerajaan negeri turut mengadakan rundingan dengan pihak PETRONAS dan dijangka peroleh satu keputusan yang positif, dari itu. Dalam soal ini, kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,” kata DS Khaled Nordin kepada media ketika majlis perasmian Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor, baru-baru ini. 


Bagi kontraktor bumiputera di negeri Johor yang berminat dengan projek RAPID ini, diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan dalam mendapatkan kontrak yang ada

Selangor Makin Kalut.. Azmin Tak Sudah-sudah Salahkan Khalid


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk membuat perjanjian rahsia.

Demi parti dan penduduk Selangor yang terjejas dengan bekalan air, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa menggesa Khalid segera menjelaskan isi kandungan perjanjian itu.

Minggu lalu, Khalid menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan persekutuan pada penstrukturan semula aset air negeri hampir RM10 bilion.

"Ia adalah satu MOU, secara undang-undang tidak terikat. Sejak bila Pakatan Rakyat terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

"Sedangkan Selangor, sebagai contoh, kami telah pun meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri, Akta Kebebasan Maklumat ini," kata Azmin yang juga ketua PKR Selangor kepada Malaysiakini.

Ahli parlimen Gombak itu juga bersetuju dengan isuyang dibangkitkan Pengarah Strategi PKR  Rafizi Ramli semalam, antaranya ialah kemungkinan peningkatan dalam tarif air

Sunday, 2 March 2014

Siapa Sebenarnya Raja Petra Kamaruddin


Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.

2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.

3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.

4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.

5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.

6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.

7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.

8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….

Khas Buat Orang Johor


Berikutan kekeliruan mengenai pengibaran bendera negeri Johor dan bendera Malaysia di bangunan-bangunan di negeri ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan satu pekeliling khas mengenainya.

Menurut pekeliling itu, pengibaran bendera Johor mestilah lebih tinggi daripada bendera Malaysia.

Penentuan arah pandangan pengibaran bendera pula adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan.

Bagi pengibaran bendera yang melibatkan bendera Johor dan Malaysia, kedudukan bendera Johor adalah di sebelah kiri manakala bendera Malaysia di sebelah kanan.

Bagi pengibaran tiga bendera, kedudukan bendera Johor adalah di tengah-tengah, bendera Malaysia di sebelah kiri sementara bendera daerah atau pertubuhan di sebelah kanan

Falta Kemusnahan Kota Makkah Yang Disembunyikan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
*Bagi yang tidak keberatan untuk kongsi pengetahuan ini bersama orang lain, sila SHARE post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia

Selepas Khalid Ibrahim, Giliran Rafizi Umum Tanding Timb Presiden PKR...

"Takut kena balun dengan orang. Tu pasal la Si Rafizi ni buat penafian tersebut dalam laman twitter milik dia. Hasrat tu ada, tapi waktunya tak sesuai untuk dia nak buat pengumuman."
 
Itu diantara kenyataan yang diluahkan oleh seorang sahabat mengenai desas - desus berkaitan dengan Si Rafizi tu yang khabarnya nak bertanding dalam pemilihan akan datang.
Sebagaimana yang kita dah baca sebelum ini, PKR menganggap pengumuman awal mengenai perebutan jawatan dalam pemilihan akan datang hanya merugikan kempen mereka di DUN Kajang.
Perkara tersebut telah diluahkan oleh Si Mak Lampir tu berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh Si Khalid Ibrahim sebelum ini. Khalid dalam pengumuman tu kata nak bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Pengumuman tersebut jelas menguatkan lagi spekulasi mengenai konflik kepimpinan PKR Selangor diantara Khalid dan Azmin yang masih berpanjangan sehingga hari ini.
Kemelut kuasa yang sedang melanda PKR pada ketika ini nampak gayanya masih belum menemui sebarang jalan penyelesaian dan ianya bertambah kronik dari hari ke hari.
Ditambah pulak dengan khabar angin mengatakan yang Si Rafizi ni pun berhasrat nak bertanding bagi jawatan yang sama. Makin bercelaru la Parti Kecohkan Rakyat tu dibuatnya.
Dengar kata, hasrat Si Rafizi tu adalah sebagai salah satu taktik untuk mengekalkan Si Azmin tu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang dijangka bermula April nanti.
Dengan adanya pencalonan dari Si Rafizi ni, maka undi dikalangan ahli diperingkat akar umbi akan pecah kepada ketiga dimana majoritinya masih berpihak kepada Azmin.
Tapi, apa la kita nak heran sangat kalau Si Rafizi tu terus umum je hasrat dia tu secara terang - terangan. Kita pun bukan tak kenal dengan sikap diorang yang memang semulajadinya GILA KUASA tu!!! Jadi, tak payah la Si Rafizi tu nak pusing tak tentu arah!!!

Kemalangan Pertama di Jambatan Kedua PP



Apa ke jadahnya. Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. Pantang je tengok jalan elok, Jambatan yang canggih, asyik nak pandu laju je. Tak berhemah langsung semasa memandu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.
 
Kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang berlaku selepas plaza tol Jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta, katanya.
 
Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang. Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Kepada pengguna yang menggunakan Jambatan kedua untuk ke Pulau Pinang, berhati-hatilah semasa memandu, berhemah dan fikir-fikirkan juga keselamatan diri sendiri dan orang lain. jangan asyik nak pandu laju sahaja. Jambatan itu dibina bukan untuk berlumba atau menguji kelajuan kenderaan anda, tapi untuk keselesaan bersama. Ada faham? Jangan sampai keluarga menanti kepulangan anda dengan tangisan. Wasallam

EXCO ICT Turun Cuci Kereta...

Bandar Baharu - Merapatkan hubungan dan cuba membentuk budaya mengamalkan aktiviti sihat masyarakat setempat, Pusat Khidmat DUN Bandar Baharu menganjurkan "charity car wash" untuk mengutip sumbangan bagi mengisi Tabung Kebajikan Daerah Bandar Baharu.
 
Program atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Bandar Baharu, YB Norsabrina Mohd Nor, dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagia Kulim - Bandar Baharu dan Kolej Komuniti itu berlangsung meriah dengan sambutan hangat dari penduduk setempat.
 
"Saya cuba menerapkan aktiviti yang berfaedah bagi golongan muda di DUN saya.. saya sendiri turun padang tolong basuh kereta bersama-sama sukarelawan... saya mengharapkan aktiviti ini mampu merapatkan lagi hubungan sesama warga DUN Bandar Baharu.
 
"Hasil kutipan carwash ni akan kami sumbangkan pada Tabung Kebajikan Daerah Bandar Baharu.. setidak-tidaknya, aktiviti ini mampu memberikan sumbangan kebajikan para rakyat yang memerlukan," kata Norsabrina, puas membantu pihak kurang bernasib baik di kawasannya.
 
Beliau yang juga Exco Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi Kerajaan Negeri Kedah berkata, beliau akan meneruskan program-program seumpama itu dari masa ke masa bagi menerap budaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat. 
 
Bertempat di Dataran Bandar Baharu, keadaan gamat seawal pagi minggu ekoran lokasinya yang bersebelahan dengan tapak pekan hari di mana ia turut melonjak jualan produk-produk tempatan di sana.
 
Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam di sepanjang program berkenaan:






YB Berketayap Selak Kain

Gambar yang dihantar oleh rakan whatsapp

Benarkah gambar diatas menunjukan YB Dr Mansor Abd Rahman (UMNO BN) ahli parlimen Sik sedang menyelak kain seorang pesakit hanya untuk bergambar...???

Kalau ya pun nak menyantuni rakyat..mengapa hingga sanggup menyelak kain seorang makcik (Warga emas)..??

Dah tak ada cara lainkah nak cari publisiti dalam politik..??

Jika boleh..mohon pencerahan dan mohon jangan diulangi perkara tindakan bodoh begini...hahaha...

*Mungkin niat YB ni nak menunjukkan kesakitan yang sedang ditanggung mak cik tu....

Tun M - Saya Rasa Geli Hati Dengan Kenyataan Menteri


mahathir1-
 
SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.
 
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.
 
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/
 
Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.
 
“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
 
“Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan,” katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.
 
Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar, lapor Sinar Harian.
 
“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.

Tuesday, 25 February 2014

Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram - Kadir Jasin

 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.
 
Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja.
 
 
 

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan," katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.
Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia," katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Street Dakwah Lebih Baik Dari Valentine Day...



Tempohnya sebagai ketua pemuda PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan bantahan terhadap konsert dan sambutan Hari Valentine.

Maka, ia adalah satu kejutan apabila Nasrudin Hassan yang kini merupakan MP Temerloh memetik gitar untuk program dakwah jalanan 'Street Dakwah'.

Lengkap berjubah dan berserban, Nasrudin menyertai satu kumpulan pemuzik yang membuat persembahan di depan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam masukan di laman sosial Facebook miliknya, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menyifatkan persembahan itu sebagai satu "variasi dakwah".

"Pendekatan ini sangat berkesan namun memerlukan komitmen penglibatan dari dae'i (pendakwah) kita," kata beliau.

Nasrudin, yang masih lagi belajar memetik gitar, mengundang respons dari pengikut laman Facebook-nya.

"Pakai serban jangan ingat  tak pandai main gitar... tabik sama awak," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Jamel Rawi.

Pemuda PAS yang kini dipimpin Suhaizan Kaiat, mengambil pendirian yang lebih lunak terhadap sambutan Hari Valentine awal bulan ini dan menggesa 'Street Dakwah' dipromosikan

Rasuah Punca Kos Sara Hidup Naik - Ali Hashim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.

Beliau berkata, penting bagi rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.

“Jihad (lawan) korupsi lebih penting daripada jihad (lawan) orang tengah, ini kerana ramai orang Melayu dan Islam berjaya menjadi orang tengah dalam pasaran.

“Jihad perangi monopoli juga pula diberi perhatian dengan berteraskan strategi bisnes dan mengelak ia didorong ketamakan,” kata beliau dalam Wacana “Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran” anjuran Sinar Harian semalam.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

Sistem kapitalis 'tamak'

Sementara itu, Muhammad Ali juga berkata, sistem pasaran bebas kapitalis “bersisikan ketamakan” yang dianut sekarang menyebabkan ketidakadilan berlaku di negara ini

“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,” kata beliau.

Beliau turut mahu kerajaan menyediakan satu platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya untuk jangka pendek semata bagi mengelak pemberontakan terhadap kerajaan.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inflasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas golongan kelas menengah dan pertengahan.

“Malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” kata beliau.

Saturday, 15 February 2014

Sabah & Sarawak Nak Keluar Malaysia - Prof James

 Profesor James  Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014. 
Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.


Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.

Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Golongan elit Malaysia Timur baik daripada  parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.

Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka  ‎hanya akan menuntut lebih banyak kerusi ‎Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi  dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.
Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia

Daging Babi Pula Dijumpai Di Depan Pintu Masjid


Timbalan imam di Permatang Pauh terjumpa sekeping daging dipercayai babi di perkarangan Masjid Cherok Tok Kun di Pulau Pinang, hari ini.

Saksi, Saad Arop, 78, berkata beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden seperti ini pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis sedang menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi tadi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. - 16 Februari, 2014.

Pinjaman Rumah Tanpa Faedah Di Johor.. Selangor & Kelantan Bila Lagi??



Johor Bahru: Kerajaan Johor mengumumkan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah bagi kemudahan kira-kira 20,000 kakitangan awam.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis amanat Tahun Baru 2014, di Kota Iskandar, dekat sini, sebentar tadi.      
 
Mohamed Khaled berkata, menerusi skim itu kerajaan negeri akan menghapuskan kadar faedah sebanyak empat peratus bagi pinjaman perumahan kakitangan awam negeri berkuatkuasa 1 Mac ini.

Katanya, bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei dengan bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.

WANTED!! Mat Tyson Diperlukan Utk Pastikan Anwar Jadi MB

mat-taib
Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.

Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.
Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.

Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.

Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia

Bukti PAS Semakin Tak Bertelur Di Selangor

ahlimajlis
Subang Jaya dengan jumlah penduduk seramai 708,296 (bancian 2010). Pecahan pengundi pula adalah seperti berikut: Melayu 29.2%, Cina 56.79% dan India 11.93%. Pada PRU-13 yang lalu, DUN Subang Jaya telah dimenangi oleh Hannah Yeoh Tseow Suan dari DAP dengan majoriti 28,069 undi sekaligus meletakkan Hannah Yeoh selaku salah seorang daripada Ahli Parlimen yang mendapat undi majoriti terbanyak dalam sejarah Malaysia.
 
Dengan kata lain, di Subang Jaya, PAS tidak mempunyai banyak pengaruh. Bagaimanapun, jumlah 29.2% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 61,688 orang seharusnya memberikan signifikan kepada kewujudan PAS. Sudah tentulah antara pendorong kepada kejayaan besar Hannah Yeoh di Subang Jaya adalah kerana kesungguhan PAS mendapatkan undi daripada orang Melayu-Islam di kawasan tersebut.
 
Apatah lagi perolehan undi sebanyak 12,297 oleh Gan Meng Foo dari Barisan Nasional, menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Melayu di kawasan berkenaan memang tidak memilihnya. UMNO di Subang Jaya tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu-Bumiputera kepada wakil dari MCA itu. 18,013 orang Melayu di kawasan berkenaan lebih berpihak kepada Hannah Yeoh. Begitu juga dengan 35,033 orang Cina di Subang Jaya, sebahagian besarnya lebih menyokong Hannah Yeoh.
 
Sepatutnya statistik tersebut membuatkan PAS mendapat tempat yang agak istimewa dalam peruntukan Ahli Majlis PBT. Bagaimanapun, pemilihan terbaru iaitu bagi sesi 2014/2015 tidak menunjukkan keistimewaan tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan tempat sebagai Ahli Majlis dibolot oleh DAP, sama ada peruntukan untuk parti mahupun untuk NGO.
 
Daripada 19 orang, PAS hanya diberikan tiga tempat yang diwakili oleh Mohd Nasir Yusof, Ir. Izham Hashim dan Mohd Rosharizam Mohd Roslan.
 
Berbeza pula dengan PKR. PKR mendapat 6 kerusi selaku Ahli Majlis walaupun PKR di Subang Jaya, hidup segan mati tak mahu kerana PKR lebih tertumpu di Kelana Jaya.
 
Begitulah nasib PAS. Di mana-mana pun, PAS tidak ubah seperti malukut di tepi gantang. Walaupun PAS beria-ia membela DAP dan memberikan pelbagai dalih termasuklah untuk memujuk mereka mengenali dan memeluk Islam, hakikatnya, PAS tidak ubah seperti anjing kembiri yang apabila disuruh menyalak, dia menyalak. Disuruh makan tulang, terjelir-jelir sajalah lidah dengan air liur berlenja-lenja. Semuanya dilakukan untuk mengambil hati DAP sedangkan DAP langsung tak pandang PAS.
 
Adakah PAS akan memberikan alasan kononnya PAS hanyalah bahagian yang kecil di Subang Jaya, justeru mereka berpuas hati dengan tiga kerusi Ahli Majlis berbanding tiada langsung?
 
Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan bermajoriti Melayu seperti Ampang yang mengandungi Parlimen Ampang dan Pandan di mana PAS menguasai DUN Lembah Jaya (Ampang) dan Cempaka (Pandan) tapi jumlah Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya mewakili PAS juga tidak melebihi jumlah Ahli Majlis DAP dan PKR? Bahkan peruntukan untuk NGO juga diberikan kepada NGO yang didalangi DAP.
 
Sampai bila sebenarnya PAS dan ahli-ahlinya hendak sedar bahawa mereka hanyalah kuda tunggangan bagi PKR dan DAP? Samai bila sebenarnya baru mereka hendak sedar, tanpa PAS, DAP dan PKR hanyalah parti kecil yang terpaksa menyalak-nyalak tentang anti rasuah atau penyelewengan yang dijadikan modal kempen mendapatkan undi? Sampai bila sebenarnya PAS baru hendak sedar bahawa mereka sebenarnya pemain utama politik di Selangor, manakala PKR dan DAP bergantung dengan mereka, bukan sebaliknya?
 
Dan sampai bila sebenarnya, PAS akan menggunakan kelebihan mereka bagi memaksa PKR dan DAP pula menuruti kehendak mereka, bukan sebaliknya?
 
Atau sampai bila-bila pun, PAS memang tidak bertelur?

Krisis Selangor : Azmin Ali Bakal Umum Tinggalkan PKR, Sertai UMNO??

1888615_10151986125449998_180016905_n
Sejarah dan perkembangan politik di negara ini sangat menarik untuk kita nilai dan renungkan. Tidak ada perkara yang mustahil akan berlaku.
 
Pada tahun 1946, ketika Melayu berpecah belah, secara tiba-tiba Inggeris yang melihat keadaan tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menubuhkan Malayan Union. Hasilnya, semua fraksi Melayu bergabung dan bertemu dalam sidang meja bulat yang diadakan sebanyak tiga kali dan dalam bulan Mei 1946, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu dari semua cabang politik, sama ada kiri, nasionalis, agamawan, feudal, bahkan yang menyokong Komunis, turut bergabung fikiran dan mengusulkan penubuhan UMNO di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. 11 Mei 1946, UMNO atau PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ditubuhkan.
 
Bagaimanapun, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu itu kembali membawa haluan masing-masing. Ada sesetengahnya berada terus di dalam UMNO, sesetengah pula kembali melakukan penentangan terhadap Inggeris secara bersenjata dan sesetengahnya pula melakukan tentangan terhadap Inggeris sambil mengimpikan kewujudan Melayu Raya yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura.
 
September 1951, Parti Islam Se-Malaysia ditubuhkan setelah Biro Agama UMNO bergabung dengan Persatuan Ulama Se-Malaya dalam beberapa kemelut yang melanda kepimpinan UMNO khususnya melibatkan penentangan golongan agamawan terhadap tindakan sekular Tunku Abdul Rahman selain keperluan UMNO dipimpin oleh individu yang bukan tergolong dalam kelompok bangsawan. UMNO berpecah buat kali kedua dan kali pertama secara rasmi.
 
1987, UMNO diharamkan setelah 11 orang pengikut Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati dan membawa perasaan tidak puas hati mereka ke mahkamah. Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim dengan disokong oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1988. Manakala Dr. Mahathir pula menubuhkan semula UMNO. UMNO berpecah buat kali ketiga.
 
1996, Semangat 46 dan para pemimpin mereka menyertai UMNO semula. Semangat 46 dibubarkan. Namun menjelang 1998, UMNO kembali bergolak apabila Anwar Ibrahim yang dipecat dan ditendang keluar dari parti serta Kabinet, telah dibicarakan kerana rasuah salahguna kuasa serta liwat. Isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dengan dibantu oleh Azmin Ali menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada September 1998 yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia atau nama lamanya, Parti Sosialis Rakyat Malaysia pada Ogos 2003 mewujudkan Parti Keadilan Rakyat.
Itu ringkasan daripada perpecahan UMNO. Dalam apa juga keadaan, kebanyakan pemimpin UMNO yang menubuhkan parti serpihan akhirnya kembali semula ke dalam UMNO kecuali mereka terlibat dengan jenayah yang membuatkan mereka terpaksa bersara dari politik. Tidak ada perkara yang mustahil berlaku.
 
PKR di Selangor memiliki 14 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. Walaupun kelihatan seperti bersatu dan utuh, PKR Selangor sebenarnya berpecah kepada tiga kumpulan besar iaitu yang menyokong Wan Azizah-Nurul Izzah, Azmin Ali-Anwar Ibrahim dan Reformasi 1998. Khalid Ibrahim merupakan salah seorang anggota penting dalam kem Wan Azizah-Nurul Izzah. Manakala Azmin Ali serta beberapa orang pemimpin Melayu PKR di Selangor, berada dalam kem yang menyokong kuat Anwar Ibrahim.
 
Barangkali ramai yang berasa aneh mengapa anak beranak dan Anwar Ibrahim sendiri mewujudkan kem-kem bagi pihak mereka. Keperluan memecahkan dan mengecilkan kelompok merupakan kaedah terbaik untuk pecah dan perintah. Anwar Ibrahim semenjak dari dalam UMNO mengamalkan kaedah tersebut secara berkesan. Apabila Wan Azizah menubuhkan sebuah parti khas untuk Anwar Ibrahim, kaedah yang dipercayainya mampu menghalang sebarang tentangan terhadapnya, digunapakai.
 
Namun keadaan sudah berada di luar jangkauan serta kawalan Anwar Ibrahim. Mereka yang berada dalam kem Wan Azizah berasakan, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya terus berlagak sebagai Tuhan memandangkan Wan Azizah adalah Presiden parti berkenaan. Dalam satu perkembangan yang lain, Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu mendapatkan sokongan serta mengukuhkan kelompok mereka bagi memastikan Azmin Ali tidak meluaskan pengaruhnya dan seandainya berubah fikiran, PKR serta sokongan terhadap Anwar Ibrahim, tidak akan hilang begitu sahaja.
 
Dari awal lagi, Wan Azizah malah tidak mustahil juga Anwar Ibrahim sendiri menjangkakan, Azmin Ali hanya menunggu untuk ‘meletup’ dan kemudian membuat pengisytiharan yang dia keluar dari PKR bersama rakan-rakannya yang lain termasuklah ADUN-ADUN PKR Selangor yang cukup setia dengannya.
 
Azmin Ali tidak mungkin akan menyertai PAS memandangkan sudah beberapa kali dia berjaya menghuru-harakan PAS seperti langkah dan tuntutan yang diambilnya agar Hasan Ali dipecat dari parti selain bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hanya dijadikan ahli biasa tanpa sebarang jawatan dalam parti. Azmin Ali juga tidak mungkin akan menyertai DAP memandangkan para pemimpin DAP sendiri tidak pernah mengalu-alukan Azmin Ali. Para pemimpin DAP Selangor terpaksa memaniskan muka dengan Azmin Ali kerana Anwar Ibrahim. Dalam banyak keadaan, Azmin Ali tidak pernah dijemput oleh DAP.
 
Satu-satunya pilihan yang ada bagi Azmin Ali yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah dengan menyertai UMNO. Dan sudah tentulah, Azmin Ali akan membuat kira-kira dengan UMNO Selangor bagi membolehkan dia mendapat kedudukan yang lebih terjamin seandainya tindakannya keluar parti bersama rakan-rakan ADUN PKRnya yang lain. Azmin Ali tidak mungkin akan menawarkan diri secara percuma. Pasti ada balasan.
 
UMNO sekarang hanya menang 12 Kerusi DUN. Tekanan terhadap Khalid Ibrahim pula, menyaksikan Menteri Besar Selangor itu berada dalam keadaan yang amat tertekan ekoran Anwar Ibrahim turut bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar Selangor yang baru walaupun dia sebenarnya tidak layak.
 
Dengan kata-kata lain, peluang untuk Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor sudah tertutup rapat. Justeru, da akan melakukan sesuatu yang lebih besar untuk tujuan berkenaan. Tidak mustahil sekiranya Khalid Ibrahim memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya terus ditekan terutama sekali selepas PKR langsung tidak membelanya dalam isu hutang RM60 juta dengan Bank Islam Malaysia.
 
UMNO Selangor tidak sekuat mana pun, tetapi dengan ‘bantuan’ daripada Azmin Ali, sebarang tindakan membubarkan DUN Selangor dalam tempoh terdekat, amat membantu UMNO Selangor membersihkan arang yang terconteng di muka. Pertaruhannya sudah tentulah Azmin Ali!
 
Jadi, mustahilkah Azmin Ali berpindah dari PKR menyeberang masuk ke UMNO memandangkan berdasarkan kepada sejarah lampau, penentang paling kuat UMNO pun, akhirnya menyertai UMNO biarpun tidak menjawat sebarang jawatan?
 
tq Mykmu.net

Azwan Bapuk Kata Azmin Lagi Layak Dari Anwar!!


Perang merebut jawatan Menteri Besar Selangor masih belum berkesudahan. Khalid Ibrahim dilaporkan enggan menandatangani surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang telah disediakan oleh Anwar Ibrahim. Manakala Azmin Ali yang telah diketepikan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru pula, terus merengek dan mendakwa dia adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan berkenaan.

Apa kesudahannya?

Azwan Ali, pengacara terkenal yang penuh kontroversi dan masih cuba mencipta nama menerusi pelbagai imejnya yang pelik seperti pondan dan gay, turut campurtangan. Minggu lepas, dia menghentam teruk bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin yang disifatkannya sebagai SELAPUT DARA TEBAL. Malah tidak cukup dengan itu, Azwan Ali turut menyerang sesiapa sahaja yang memperkecil-kecilkan abangnya, Azmin Ali menerusi Twitter.

Terbaru, Azwan Ali mencabar Anwar Ibrahim agar mengisytiharkan abangnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selain menyatakan tidak bersetuju Anwar Ibrahim mahukan jawatan tersebut untuk dirinya sendiri.

Menurut Azwan Ali, Azmin merupakan antara sekelompok kecil yang masih tinggal untuk menyokong Anwar Ibrahim dengan penuh setia selepas Anwar Ibrahim diterajang daripada kabinet dan UMNO. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dari zaman Reformasi, kebanyakannya sudah meninggalkan Anwar, bahkan sebahagian besarnya pula kembali menyokong UMNO.

Tuesday, 4 February 2014

KM Sarawak ; Abang Johari Ganti Taib!!


KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.

"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. Saya tidak boleh ulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan sebuah akhbar pada Rabu bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.
.

Laporan itu, yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandangjawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.

Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri Perumahan Sarawak, turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi. - BERNAMA