Sunday 2 March 2014

EXCO ICT Turun Cuci Kereta...

Bandar Baharu - Merapatkan hubungan dan cuba membentuk budaya mengamalkan aktiviti sihat masyarakat setempat, Pusat Khidmat DUN Bandar Baharu menganjurkan "charity car wash" untuk mengutip sumbangan bagi mengisi Tabung Kebajikan Daerah Bandar Baharu.
 
Program atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Bandar Baharu, YB Norsabrina Mohd Nor, dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagia Kulim - Bandar Baharu dan Kolej Komuniti itu berlangsung meriah dengan sambutan hangat dari penduduk setempat.
 
"Saya cuba menerapkan aktiviti yang berfaedah bagi golongan muda di DUN saya.. saya sendiri turun padang tolong basuh kereta bersama-sama sukarelawan... saya mengharapkan aktiviti ini mampu merapatkan lagi hubungan sesama warga DUN Bandar Baharu.
 
"Hasil kutipan carwash ni akan kami sumbangkan pada Tabung Kebajikan Daerah Bandar Baharu.. setidak-tidaknya, aktiviti ini mampu memberikan sumbangan kebajikan para rakyat yang memerlukan," kata Norsabrina, puas membantu pihak kurang bernasib baik di kawasannya.
 
Beliau yang juga Exco Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi Kerajaan Negeri Kedah berkata, beliau akan meneruskan program-program seumpama itu dari masa ke masa bagi menerap budaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat. 
 
Bertempat di Dataran Bandar Baharu, keadaan gamat seawal pagi minggu ekoran lokasinya yang bersebelahan dengan tapak pekan hari di mana ia turut melonjak jualan produk-produk tempatan di sana.
 
Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam di sepanjang program berkenaan:






No comments:

Post a Comment