Sunday, 22 April 2012

Khalid Nordin Cakap Tak Payah Layan

Situasi pelajar sertai aktiviti politik akan jadi kebiasaan

Fenomena pelajar terbabit dalam pelbagai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus akan menjadi satu kebiasaan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata situasi seumpama itu dapat dilihat selepas kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 yang diluluskan Khamis lalu.

Katanya, pembabitan pelajar itu akan menjadi sebahagian daripada proses transformasi politik yang menuju ke arah kematangan rakyat di negara ini.
Oleh kerana ia akan menjadi kebiasaan, maka kita tidak perlu terlalu memberi fokus. - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi “Oleh kerana ia akan menjadi kebiasaan, maka kita tidak perlu terlalu memberi fokus. Di Malaysia, kita menerima hakikat kematangan rakyat yang sudah meningkat dan tahap penghayatan terhadap demokrasi juga sudah meluas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Women in Social Enterprise (WISE) di Politeknik Ibrahim Sultan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pelajar yang tetap berdegil dengan menyertai perhimpunan yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), di Dataran Merdeka, di ibu negara sejak Sabtu lalu.

Mohamed Khaled berkata, memandangkan fenomena itu akan menjadi kebiasaan, rakyat perlu memainkan peranan penting dengan menilai yang mana benar dan palsu supaya ia selari dengan tuntutan untuk mendapatkan kebebasan.

“Jika ia tidak dilakukan, maka perkara seumpama itu akan hanya dimonopoli olah golongan tertentu yang sentiasa mahu dilihat ke hadapan. Jadi saya percaya rakyat mampu membuat penilaian sendiri,” katanya.

Kepada si bongok yang sibuk dok berkampung, berkehmah di Dataran Merdeka, anda adalah MAHASIWA, insan terpilih dari kalangan berjuta belia yang ditawarkan kerajaan ke universiti. Ada pulak BARUA yang ntah dari mana asal usul, sama-sama berkampung dengan mahasiswa bonyok menyokong PTPTN dihapuskan. Pelikla, individu terpelajar pelacur politk pihak yang berkepentingan..

Pendedahan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta.

Daripada jumlah itu seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan. 

Berapa ramai keturunan Melayu yang menikmati pengecualian PTPTN ni?? Seramai 2,347 dari 11,764 orang  sahaja yang menikmatinya berbanding kaum Cina 8,818. Tapi bilangan mahasiswa Melayu yang paling banyak menyalak di Dataran Merdeka minta PTPTN dihapuskan.

Masa mengemis masuk universiti dulu, sanggup suruh mak bapak pos ic, payslip, itu ini asal dapat mintak PTPTN, dah sign, duit PTPTN dah habis dikapur, dijoli beli handfone, belanja muka moto, beli itu ini, baru la menyalak mintak kerajaan hapus PTPTN. Ini lah mentalaiti sekelumit mahasiswa yang melacurkan diri untuk kepentingan politik sempit pelacur-pelacur politik.

 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment