Monday 20 May 2013

Zahid Balun Anwar

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

 Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

 "Negera ini pun bukan negera bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negera bapa dia.  "Yang itu, awak kena tulis Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," kata sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

 Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

 Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

 "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Komentar KP : Steady Dato' Zahid kerana keberanian menjawab tohmahan Anwar sekaligus membuktikan ketegasan beliau untuk tidak lagi bertolak ansur dan berlembut dengan lahanat dan musibat pengkhianat negara seperti Anwar dan juak-juaknya.Masa berlembut sudah habis,kini masa untuk bertindak!!

No comments:

Post a Comment