Thursday 9 May 2013

PAS Kecewa Lagi, Barisan EXCO Pulau Pinang..

PULAU PINANG: Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 berjanji akan memperkasakan rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang politik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, barisan exco juga akan memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan pendidikan, memperkuasakan rakyat dengan hak dan tanggungjawab.

"Saya percaya bahawa pasukan baru ini akan mencerminkan hasrat murni PR untuk bersuara untuk semua, bertindak adil kepada semua dan membantu semua," kata beliau.

Kerajaan negeri Pulau Pinang 2.0 menjaminkan akan bekerja keras untuk rakyat sebagai membalas sokongan rakyat daripada pengundi Melayu, Cina dan India yang meningkat daripada 58% undi dalam pilihanraya umum ke-12 kepada 66% dalam pilihanraya umum ke-13.

Salah satu tumpuan adalah untuk menyekat peningkatan kejadian jenayah di Pulau Pinang seperti di Seberang Perai Tengah dengan memasang lebih banyak tiang lampu jalan dan CCTV.

Lagi satu tumpuan adalah untuk membuat bayaran warga emas RM100 setahun mulai 18Mei 2013.

"Marilah kita bersatu untuk menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, " katanya.


PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013-2018

1) LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
· Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
· Penerangan,
· Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2) MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
· Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
· Pembangunan Keusahawanan

3) PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Ekonomi Negeri,
· Pendidikan & Sumber Manusia,
· Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerajaan Tempatan,
· Pengurusan Lalulintas,
· Tebatan Banjir

5) DATUK ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
· Hal Ehwal Agama Islam,
· Perdagangan Dalam Negeri
· Hal Ehwal Pengguna

6) CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Belia & Sukan,
· Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
· Kesenian

7) LIM HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kerja Raya,
· Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
· Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pembangunan Pelancongan
· Kebudayaan

9)PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Kebajikan,
· Masyarakat Penyayang,
· Alam Sekitar

10) JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
· Perancangan Bandar & Desa
· Perumahan

11) DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
· Pertanian & Industri Asas Tani,
· Pembangunan Luar Bandar
· Kesihatan

1 comment:

  1. Dengan menang satu kerusi PAS memang tidak layak menjadi exco. Begitulah taraf orang Melayu pulau pinang. Cuma di sini saya terfikir kalau Melayu UMNO (ADUN) rasa nak sama2 memerintah, lompat menjadi ahli PAS. Dengan ini menjadikan ADUN PAS 11 kerusi. Ketika itu barulah mereka ada hak mendapat jawatan exco. kalau tidak mahu semua pilih 5 orang, dan 5 lagi jadi pembangkang yang kuat. Ada beranikah?

    ReplyDelete