Wednesday 8 May 2013

PKR ; PAS Selangor Jgn Mimpi Di Siang Hari!!

Walaupun kurang satu undi berbanding 15 kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS dan DAP,PKR masih berkeras mahukan jawatan menteri besar di sendirian berhadkan kepada mereka.
 
Zuraida atau nama manjanya Masyam dikalangan PKR Ampang telah memberi amaran kepada PAS agar jangan cuba ambil hak PKR.PAS diingatkan taraf mereka didalam pakatan hanya pencacai dan tidak layak sama sekali untuk menjadi ketua didalam pakatan.
 
Jawatan menteri besar Selangor khabarnya adalah hak Khalid Ibrahim,malah Anwar juga dikatakan bersetuju agar Khalid dikekalkan. Azmin sekarang ini cukup tidak berpuas hati apabila sejak dari dulu lagi beliau mahukan jawatan menteri besar sebaliknya kehendak beliau dihalang oleh Anwar.
 
Anwar tahu bagaimana cara nak pujuk Azmin,Khalid ibrahim sekarang ini hanya mampu tersenyum lebar kerana kali ini beliau pasti akan dapat menjadi MB buat penggal kedua.

SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan PAS dan DAP tidak perlu campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu..
“Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP…lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?

“Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya,” Zuraida memberitahu Antarapos.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.
Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.
Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor. 
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.
Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.
“Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?” kata beliau. 
“Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. 
Beliau mengesahkan pemimpin-pemimpin PKR bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara tidak rasmi untuk membincangkan isu itu namun enggan mengulas lanjut.
“Tak ada (mesyuarat). Saya rasa itu pertemuan kot, dia orang nak berjumpa dengan Anwar (Ibrahim). Ada pertemuan sahaja kot, bukan mesyuarat.” 
Zuraida membayangkan bahawa Majlis Pimpinan PKR yang ditunjangi oleh Anwar harus menimbang calon-calon paling layak menjadi menteri besar selain Khalid. 
Menurut beliau, pimpinan PKR harus juga mengambil kira kedudukan dan sumbangan kepada parti dalam melantik Menteri Besar Selangor. 
“Setiap kali pencalonan ada dua, tiga orang punya nama kena tapis dan sebagainya dan nak kena buat keputusan. Saya nak yang terbaik kerana kita selalu mesti ada pilihan, bukan satu orang sahaja yang terbaik. Kita mesti cuba yang lain,” kata beliau.
“Kita ada 2 3 nama, jadi kita akan pertimbangkan 2 3 nama ini. Dari segi politik kita mesti faham. Ada yang kedudukan politik harus diberi pertimbangan dan diberi keutamaan..

Tq Antarapos

No comments:

Post a Comment