Sunday, 22 July 2012
Pengakuran Farid Ismeth....
Kekuatan Pakatan dipolopori kuasa Anwar dalam menggambarkan persepsi jijik terhadap peribadi isteri PM Rosmah Mansor telah menyebabkan masyarakat mudah mempercayainya.
Malah Pakatan menggunakan isu ini sebagai benteng kekuatan kepimpinan parti masing2. Begitu ketandusan isu.
Salah satu isu yang dibangkitkan termasuklah pembongkaran bekas Suami Pertama Rosmah Mansor yang didakwa merupakan Penyampai Berita RTM terkenal Farid Ismeth.
Anda TONTONLAH VIDEO DI ATAS. Pengakuan dari FARID ISMETH yang telah dipamerkan dari sebuah blog yang tertera. Anda mampu manilai status 'kebenaran' yang dibawa Pemimpin dan Kroni2 Anwar.
BADUT RAKYAT: ISU LYNAS !!! KANTOI !!! 20,000 DAN 28 JUTA RAKYAT...
BADUT RAKYAT: ISU LYNAS !!! KANTOI !!! 20,000 DAN 28 JUTA RAKYAT...: akhirnya,semalam FMT dah meminta maaf berkenaan dengan artikel lynas.tapi ada satu benda rakyat yang sayang pada LYNAS dan mahu meneruskan ...
Monday, 28 May 2012
Tahniah Anak FELDA
![]() |
Biarpun bapanya seorang peneroka Felda di Redong, Segamat, Johor dan ibunya hanya suri rumah namun ia bukan menjadi halangan latar belakang keluarga berpendapatan rendah untuk cemerlang dalam pelajaran.
Ini dibuktikan oleh Norasyikin Mohd. Ariffin, 21, apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Sesi Jun 2011 pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Ke-11 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
.
Norasyikin anak ketujuh daripada lapan beradik itu adalah seorang pelajar yang gigih berusaha sehingga mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) untuk semua sesi pengajiannya iaitu Sijil Kejuruteraan Awam.
PM dan MB Di Halau Keluar Masjid
![]() |
| Anwar berlagak baik, dengan meminta para penyokongnya menerima keputusan majoriti kariah |
Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mengadakan siri jelajahnya di Johor Darul Takzim, sebagai satu usaha menembusi kubu kuat UMNO ini. Media-media pembangkang begitu ghairah mempromosikan siri jelajah tersebut bagi mewujudkan persepsi agar rakyat mendokong nafsu rakus Anwar bagi membolehkan dia melangkah ke Putrajaya.
Namun segala perancangan yang diadakan itu ternyata bertemu jalan buntu. Ini kerana rata-rata rakyat Johor begitu kuat dan selesa dengan pemerintahan UMNO/BN. Sebelum ini mereka cuba mengambarkan seoalh-olah Salahuddin Ayub mendapat sambutan yang sangat luar biasa di Johor amnya dan Pulai Perdana, khasnya. Malah ketika di Gelang Patah, diuar-uarkan juga yang Salahuddin mendapat sambutan yang sangat luar biasa, dengan bantuan Anwar Ibrahim.
Yang tidak diceritakan ialah bagaimana Anwar Ibrahim dan Salahuddin Ayub telah dihalau keluar dari sebuah masjid di Pulai Perdana bagaikan anjing kurap. Tindakan Anwar Ibrahim yang bersunguh-sunguh mahu menyampaikan ceramah politik kepada jemaah, telah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan majoriti jemaah yang hadir.
Ini kerana para penyokong Anwar bertegas agar pihak pengurusan masjid memberikan ruang kepada Anwar. Walaupun pihak pengurusan masjid menyatakan dan menolak permintaan tersebut dengan baik, namun ia tidak dapat diterima oleh para penyokongnya yang rata-rata bukan ahli kariah di kawasdan tersebut.
Tidak berpuas hati dengan, mereka mula meninggikan suara dan sekali sekala bersuara dengan nada menjerit seolah-olah ingin memprovokasi pihak pengurusan masjid. Namun usaha itu tidak berhasil kerana mereka sedar akan taktik penyokong Anwar yang sengaja mahu mewujudkan perbalahan agar insiden itu dapat dimanipulasi dengan menyatakan penyokong UMNO bertindak ganas dan biadapa di dalam rumah Allah.
Apabila menyedari usaha para penyokongnya gagal, Anwar mula berlakon baik dengan mengarahkan para penyokongnya menerima keputusan yang ditetapkan itu. Dengan perasaan hampa dan kecewa dia juga mengarahkan agar penyokongnya beredar kononnya bagi mengelakkan suasana menjadi semakin tegang dan sesuatu perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Niat Hati Nak Peluk Gunung..
Hajat Hati Nak Peluk Gunung, Tapi Sayang Tangan Tak Samapai...
Sedih dan menyedihkan. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pakatan pembangakang di Johor apabila satu demi satu program anjuran mereka mula ditolak rakyat. Terbaru satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang di Kg Sungai Kapal gagal menarik penyertaan.
Walaupun sebelum ini, pihak kami dimaklumkan jemputan dan makluman mengenai program tersebut telah diedarkan kepada hampir 12,000 penguna Facebook. Itu tidak termasuk hebagan melalui portal-portal pembangkang dan jemputan yang dilalukan melalui pengedaran risalah, kain rentang dang sebagainya.
![]() |
| Jemputan yang diedarkan untuk meminta orang ramai hadir |
Namun segala usaha itu ternyata tidak berbaloi apabila hanya sekitar 150 orang sahaja yang hadir pada program tersebut. Dan menurut pemerhati hanya sekitar 20 orang sahaj penduduk berbangsa Melayu yang kelihatan di tapak himpunan tersebut. Itu tidak termasuk warga Singapura yang hadir sebagai tanda sokongan.
Yang lebih mengharukan, semua media-media pembangkang termasuk portal-portal seperti Malaysiakini, MalaysiaInsider, Nusajayakini dan sebagainya langsung tidak memberikan laporan himpunan tersebut. Mungkin kerana sedar penganjuran tersebut GAGAL dari segi matlamat dan mahupun penyertaan.
Sudahlah tidak mendapat sokongan, alam juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang apabila pada hari tersebut hujan telah turun dengan lebatnya sehingga memaksa peserta himnpunan lari bertempiaran. Tidak kurang juga juga yang terus pulang ke rumah.
Makin menyedihkan, hanya Salahuddin Ayub yang mewakili pimpinan pakatan pembangkang pusat yang hadir, walaupun sebelum ini dilaporkan Azmin Ali telah pun menyatakan kesudian untuk hadir bagi menyampaikan ucapan dan sebagai tanda sokongan. Azmin telah membatalkan hasratnya di sata-saat akhir apabila dimaklumkan program tersebut akan turut disertai dan dihadiri oleh kumpulan NGO yang akan menganjurkan program 'DUDUK dan JILAT'.
Sebanyak 5 tong 'icecream' telah ditempah oleh penganjur bagi diedarkan kepada pengujung yang hadir. Namun hampa apabila Azmin Ali gagal menghadirkan dirinya sehingga program tersebut berakhir.
Kesimpulannya, kegagalan demi kegagalan yang terpaksa diterima oleh pembangkang bakal menyebabkan angan-angan mereka untuk menawan Johor semakin samar dan hampir mustahil untuk direalisasikan.
Nasihat Buat Abg Din Puduraya
Insiden Anwar dan Salahuddin Ayub dihalau dari masjid di Pulai Perdana selepas Anwar cuba memberikan tazkirah maghrib, memberikan indikasi penting kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada Salahuddin Ayub yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor PAS yang pertama depanjang tempoh penubuhan parti berkenaan.
Institusi masjid di Johor sangat berbeza dengan institusi masjid di Kelantan mahupun Kedah apatah lagi Selangor. Masjid-masjid di Johor sentiasa dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan keilmuwan selain aktiviti keagamaan biasa.
Salahudin Ayub telah dicampak keluar dari kubu kuat PAS kononnya untuk mengembangkan pengaruh dan membesarkan kejayaan PAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun ramai yang melihat tindakan tersebut sebagai usaha untuk membunuh Salahuddin Ayub memandangkan PAS sebenarnya tidak mempunyai tempat di Johor.
Melihatkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh jemaah di masjid Pulai Perdana itu, Salahuddin sebenarnya perlu mengambil inisiatif membelakangkan Anwar Ibrahim. Salahuddin Ayub sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.
Biarpun mungkin dia kurang popular di Johor berbanding di peringkat Pusat, Salahuddin yang turut merupakan salah seorang daripada panel penasihat SPRM lantikan kerajaan, sebenarnya mampu membentuk kekuatan tersendiri di negeri kelahirannya itu.
PAS mungkin sukar menembusi Johor. Namun gerak kerja PAS yang bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan iltizam ahli-ahli tegarnya, lambat-laun akan membuka ruang yang lebih besar di Johor sepertimana yang berlaku di Perak dan Selangor. Bagaimanapun, PAS tidak boleh melakukan kesilapan besar seperti yang berlaku di Perak menerusi perlantikan dan pengangkatan Nizar Jamaluddin yang akhirnya memalitkan najis ke muka dan batang tubuh PAS sendiri.
Salahuddin Ayub seharusnya telah menyedari hakikat bahawa Anwar Ibrahim di Johor, hanyalah cerita dalam bayangan. Mungkin cerita tentang kehebatan Anwar Ibrahim, laku di Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan serta beberapa tempat yang DAP melihat Anwar sebagai pemangkin sokongan Melayu kepada parti itu, namun di kebanyakan tempat di Johor, Anwar adalah bahan ejeken dan lelucon.
Anwar telah terbukti serba melawakkan. Kehadirannya di Kampung Melayu Kluang tidak lama dahulu, tidak sahaja disambut dengan ejekan, bahkan jumlah yang hadir mendengar ceramahnya juga sangat kecil. Begitu juga di Mersing dan beberapa tempat yang lain... semuanya menjurus kepada penolakan total terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.
Potensi PAS di kalangan rakyat Johor, memang ada. Namun 'kesilapan' PAS yang menjalinkan hubungan baik dengan DAP dan PKR, pastinya akan menyebabkan PAS menerima kesan buruk yang lebih besar.
Dek kerana itulah, Salahuddin Ayub sebagai 'perintis' kepimpinan utama PAS yang mahu merampas atau mengubah demografi Johor, seharusnya mencari jalan yang lebih ideal dan lebih berinovatif berbanding terus mengheret Anwar Ibrahim ke sana ke sini menjelajah setiap inci bumi Johor, kononnya untuk menguatkan PAS, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Anwar yang cuba mencari tempat dan kedudukan di negeri tersebut!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






