Saturday, 20 July 2013

Benarkah Duta Vatican City Lebih Mulia Dari Pembangkang Malaysia??

Seperti biasa,Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai ‘pemaaf’,telah memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang diterjemah.Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar,Datuk Anifah Aman agar jangan mencampuri urusan dalaman negara ini.
 
Nampaknya,Marino telah tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan diri sendiri.Bagaimanapun,saya percaya yang beliau merasa bertuah kerana terlepas cakap di Malaysia,bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana beliau mungkin sudah ‘kehilangan kepalanya’ sejurus selepas kenyataan seperti itu dibuat.Keberanian Marino menyentuh isu tersebut dilihat berpunca dari sikap pembangkang,terutamanya PAS yang pernah menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. 
Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan pihak Kristian itu,maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan dan mungkin beliau percaya yang DAP,PKR,malah PAS akan turut mempertahankannya jika berlaku kontroversi di mana akhirnya pihak Kristian akan menang apabila isu tersebut mendapat liputan ke seluruh dunia.Segalanya mungkin,tetapi buat masa ini kita bersyukur kerana ia tidak berlarutan setelah beliau pantas meminta maaf.Sebagai umat Islam,kita tidak harus mempertikai tindakan murni beliau meminta maaf dan wajib menerima kemaafannya,seadanya.
 
Namun,kita masih tertunggu-tunggu pihak pembangkang meminta maaf dalam isu yang sama.Sehingga kini,Lim Guan Eng yang membangkitkan isu ini dalam perutusan Krismasnya,masih lagi tidak meminta maaf.Malah,terus angkuh seolah-olah tidak pernah menyinggung sesiapa.PAS yang flip-flop dalam isu ini juga tidak pernah meminta maaf malah menafikan yang parti itu pernah senada dengan Lim Guan Eng mempertahankan tuntutan pihak Kristian. 
 
PKR juga tidak pernah meminta maaf kerana bersubahat dengan Lim Guan Eng menyinggung perasaan umat Islam dengan tidak pernah menegur beliau.Hakikatnya,PR tidak pernah meminta maaf atas apa-apa pun jua.Setiap kesalahan dan kesilapan mereka akan dinafi dan diabaikan saja walaupun setelah terkantoi dan terbukti yang mereka bersalah.PR langsung tidak pernah mempromosi nilai-nilai murni dalam masyarakat. Parti itu merupakan pelopor sikap biadap dan kurang ajar di kalangan anak muda sehingga membawa kepada politik caci,maki-hamun,benci,carut dan lucah yang kronik.Parti itu juga yang mempromosi sikap derhaka pada Sultan serta samseng,walaupun di dalam sidang Dewan yang rasmi.Strategi politik PR pula semuanya berkisar soal melanggar undang-undang, membuat onar,huru-hara,anarki serta mencabar pihak berkuasa.
Walaupun strategi mereka sering menyusahkan rakyat,merugikan peniaga,mencederakan malah membawa kematian penyokong mereka yang mengalami masalah kesihatan,mereka tidak sekali pun meminta maaf.Dalam semua keadaan,mereka terus mendongak angkuh dan tidak malu dengan sikap kebinatangan mereka.Sebagai pejuang Kristian tegar,Lim Guan Eng wajar mencontohi Marino yang pantas meminta maaf apabila bersalah atau mungkin,Marino yang perlu mendakwahkan Lim Guan Eng berkenaan nilai-nilai murni kemanusiaan memandangkan Nik Aziz telah gagal berbuat demikian.Apa guna Lim Guan Eng bermati-matian memperjuangkan Kristian,jika diri sendiri tidak mengamalkan ajarannya ??? Atau mungkinkah Lim Guan Eng gagal menjadi Kristian yang baik kerana tidak faham perkataan ‘Father’ di dalam Injil yang dibacanya ???
RENUNG-RENUNGKAN

Jeng Jeng Jeng.. Suami Ostaja Abby Pemuda UMNO Rupanya..


Heboh sana sini orang dok hebohkan pasal Ostazah Segera Abby Abadi yang membawa suami baru dinikahi 12 hari yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Abby dan suami barunya dan takziah diucapkan kepada mana-mana pemimpin & penyokong PAS yang ada terniat di hati untuk tackle Ostazah Segera ini.

Ramai orang bercerita sana sini, semalam saya sempat pergi ke ceramah Dato Takiyuddin di Kuala Besut. Berborak dengan seorang kenalan baru berkenaan suami muda Abby yang berusia 24 tahun tersebut.

Katanya suaminya itu merupakan student yang baru lepas graduate dan paling memeranjatkan beliau adalah seorang ahli UMNO di dalam Pemuda.

Jeng jeng jeng.

Adakah kisah ini benar ataupun tidak, saya tak tau lah nak nafikan ataupun tidak. Tapi mungkin Abby sendiri boleh memberi jawapannya kelak kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Instagram nya huhu

Thursday, 18 July 2013

Antara Sebab Yahaudi Gulingkan Mohamad Morshi

1.Dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan.

Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%.

Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.

Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

2.Membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia.

Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

3. Membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4. Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

5. Paling menakutkan beliau selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki

Rakyat Disaran Pakai Pelita..

 
TNB telah berbunyi kemungkinan tarif elektrik akan naik tidak lama lagi. Walaupun TNB pada tahun kewangan 2012 mencatatkan keuntungan berbillion ringgit, namun alasan yang diberikan sama saja sejak dari zaman Hang Tuah dahulu lagi.. Tidak mampu menampung kos operasi menjana tenaga eletrik yang semakin meningkat.
 
Apa guna untung berbillion ringgit tu?? Duit nya nak buat apa?? TNB bayar zakat ka?? Ini yang membuatkan rakyat muak dengan kerajaan.. Nenek aku yang tak pergi sekolah pun boleh bercakap.. "Sebelum PRU kerajaan bagi macam2, tunggu lah lepas PRU, itu naik, ini naik, semua naik.." betul lah sangkaan nenek aku. Pandai jugak nenek aku dalam berpolitik ni..
 
Berbalik pada kenaikan tarif eletrik ni, nanti akan ada pemimpin2 politik dan NGO  yang mencadangkan kepada rakyat supaya pakai sahaja pelita bila tarif elektrik naik.. Hahahah 

Wednesday, 17 July 2013

Rafizi Buat Hal Lagi..


Rafizi akan panggil PC tengahhari ini di Kuala Besut?

Iya tak iya juga. Kenapa tiada kedengaran suara Rafizi anak lahir Terengganu ini yang jadi AP kawasan majoriti Cina di Kuala Lumpur?

Syukurlah akhirnya dia akan muncul kerana semasa pilihanraya umum, dialah yang beriya-iya nak dedahkan Rosmah ada saman trafik yang belum bayar sebanyak dua.




Eloklah tu kerana ianya mengingatkan Datin Seri untuk bayar.

Kalau betul Rafizi sedia nak buat PC hari ini, harap dedahkan bahawa Che Long calun Pakatan Rakyat ada 54 saman trafik yang tidak dibayarnya lagi.


Mungkin itu yang dikatakan mahu guna skit duit gaji wakkil rakyat untuk modal berniaga. Kenderaannya yang banyak tu perlu dibayar saman sebagai penggunaan berniaga.

Bila jadi wakil rakyat nanti, adakah kenderaan untuk diguna sebagai melawat kawasan?

Kah kah kah ...

Harap Che Long bayar segera saman tu kerana nanti lagu gini kempen mu ...


Oh ye ... sebaik Rafizi dedahkan, dia pun didedahkan
 
saman+AES+rafizi
saman+TRAFIK+rafizi

Anwar Ibrahim
 
 
Dr Wan Azizah

Saman Pesuruhjaya PAS Hashim Jasin




Pelajar Tingkatan 3 Panjat RUmah Kekasih Memadu Asrama

Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini sanggup ponteng sekolah.

Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya yang berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, pada 13 Julai lalu.
Gambar Hiasan


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.

Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.

“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.

“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi semalam.

Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Julai lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan,” katanya

MIC Milik Presiden Parti Bukan Milik Masyarakat India

Datuk Seri G Palanivel (gambar) memperkukuhkan kedudukannya dalam MIC hari ini apabila menggugurkan Pengarah Strategi,  S Vell Paari dan Ketua Puteri,  Usha Nandini daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti itu.
 
Kedua-dua pemimpin itu digantikan oleh Datuk S Sothinathan dan Sunthar S Subramaniam yang rapat dengan presiden MIC itu.
 
“Saya melantik Sothinathan untuk menggantikan Vell Paari yang menjadi ahli CWC parti selama beberapa tahun lalu,” kata Palanivel dalam satu kenyataan hari ini.
Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu.Dalam reaksi awal, Vell Paari berkata: “Tiada siapa beritahu saya apa-apa.”
 
Sothinathan adalah bekas naib presiden parti manakala Suntar pula merupakan anak kepada bekas timbalan presiden Tan Sri S. Subramaniam.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Vell Paari dilihat sebagai suara lantang dalam parti itu dan kadang kala mengkritik MIC dan Barisan Nasional (BN) secara terbuka.
Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, Vell Paari antara pemimpin MIC yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Palanivel secara terbuka berikutan Datuk Zulkifli Noordin diletakkan sebagai calon Parlimen Shah Alam.
 
Keputusan berkenaan menimbul kemarahan masyarakat India beragama Hindu berikutan tersebar video menunjukkan Naib Presiden Perkasa itu menghina agama Hindu.
 
Bapa Vell Pari, Samy Vellu memegang jawatan presiden MIC selama 31 tahun sebelum melepaskan jawatan pada tahun 2010 kepada Palanivel.
 
S Subramaniam merupakan musuh politik Samy Vellu dan seringkali menjadi pencabarnya dalam pemilihan parti.
 
Samy Vellu dianggap sebagai pemimpin kuku besi dan seringkali memecat golongan yang tidak sebulu dengannya. – 17 Julai, 2013.