Wednesday, 17 July 2013

Karpal Jangan Cepat Sangat Nak Melatah - Dato Tajudin

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata kenyataannya semasa berceramah di Kuala Besut, Terengganu yang mengaitkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak-tanduk parti itu.
 
"Kenapa beliau (Karpal Singh) perlu cepat melatah. Pandangan saya berdasarkan apa yang DAP lakukan selama ini dan pertalian rapat antara DAP dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura," katanya selepas majlis berbuka puasa kementeriannya, malam tadi.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Karpal Singh yang membuat laporan polis semalam, mendakwa kenyataan yang dibuatnya (Tajuddin) semasa berceramah pada 14 Julai lepas, berbaur hasutan.
Dalam ceramah itu Tajuddin dikatakan mengaitkan Karpal Singh boleh menjadi Presiden pertama Malaysia jika pengundi di Kuala Besut membenarkan DAP mengawal Putrajaya melalui PAS.
 
Beliau berkata, tindakan Pengerusi DAP itu yang pernah mengkritik institusi diraja Perak sebelum ini lebih teruk.
 
“Kalau hendak kata hasut atau rasis mereka nombor satu. Siapa yang pernah cakap berkenaan kerajaan Cina di Perak jatuh sebab Umno dan mengajak rakyat untuk lawan pada pilihan raya lalu bagi mengembalikan pemerintahan Cina.
 
"Adakah mereka boleh menafikan perkara itu dan ia menunjukkan siapakah lebih rasis," katanya. - Bernama, 18 Julai, 2013

TPPA Bukan Perjanjian Yang Adil

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perjanjian adil dan bebas, tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengetepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosioekonomi.

Kenyataan itu dibuat Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia (BBBT), terdiri daripada gabungan 49 pertubuhan bukan kerajaan dalam satu kenyataan bersama.

Menurut BBBT, pelbagai cadangan dalam TPP lebih mengutamakan peranan syarikat multinasional dan menafikan ruang kerajaan untuk menetapkan undang-undang dan peraturan.

"Pelbagai bab dalam perjanjian TPP ini mengehadkan ruang untuk kerajaan menggubal dasar demi kepentingan masyarakat, termasuklah bab pelaburan dan kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada.

"Penyelesaian Pertikaian Pelabur – Negara (ISDS) dan Penyelesaian Pertikaian Negara-Negara (ISDS) adalah antara cara TPP menganugerahkan kuasa kepada syarikat antarabangsa untuk mereka mengetepikan sistem perundangan negara bagi menuntut pampasan kewangan tanpa had melalui tribunal antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Badan gabungan itu menuntut kerajaan Malaysia menunda penglibatan negara dalam rundingan tersebut sehinggalah analisis kos dan manfaat serta kajian perbandingan faedah dilaksanakan, diumumkan dan diperdebatkan kepada awam.

"Teks perjanjian juga perlu dikaji selidik dan ditimbang tara oleh Parlimen untuk memastikan TPP bermanfaat terhadap rakyat dan satu referendum perlu dibuat untuk menentukan tahap sokongan rakyat Malaysia terhadap keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini," menurut gabungan tersebut.

Persidangan kali ke-18 bagi rundingan TPP yang dihadiri wakil 12 negara terlibat sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dari 15 hingga 25 Julai ini.

BBBT juga menuntut kerajaan lebih telus dalam perbincangan itu atau membatalkan penyertaan dalam TPP.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan mula timbul mengenai perjanjian yang dikatakan dibuat secara sulit dan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

Antara kebimbangan yang timbul berdasarkan dokumen TPP yang dibocorkan adalah hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana yang didakwa akan terjejas jika perjanjian itu ditandatangani.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang beberapa kali telah memberi jaminan kedaulatan negara dan hak istimewa Bumiputera tidak akan terjejas disebabkan TPP telah mengadakan rundingan dan sesi dialog bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara bagi menerangkan isu ini.

Selain Malaysia dan AS, negara lain terlibat dalam TPP adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Jepun akan menyertai TPP bulan ini.

Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar

Imej lembaga wanita dari jarak dekat.
Imej lembaga wanita dari jarak dekat.

misteri lembaga
Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta.

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya

Bulan Puasa Pun Rafizi Ramli Nak Memfitnah Orang.. Baik Berbuka Aje Lah Oiiii

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.

“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.(semalam)

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi.

 

Ini Semua Kerja Jahat UMNO?? UMNO Perlu Dipertanggungjawabkan!!


Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook (lihat di SINI), sebelum keterangannya diambil oleh polis.

"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24
 
 
UMNO jugak ke yg salah?? Orang Islam ada ke nak memperlekehkan agama lain??

Ahmad Maslan Sangkal Anwar Menteri Kewangan Paling Baik

alt


KUALA LUMPUR 16 Julai - Dakwaan pembangkang mengatakan pentadbiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan lebih baik dari pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sungguhpun menteri Kewangan kini menaikkan bajet tambahan sebanyak dua kali untuk bebrapa tahun lepas, ianya lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Anwar sebelum 1997.

"Sebelum itu kita bercerita, 2009 Pekan (Najib) adakan dua kali tambahan (bajet), tahun 2010 dua kali, tahun 2011 dua kali, tahun 2012 dua kali.

"... pada 1991 empat kali bajet tambahan sewaktu Permatang Pauh (Anwar) (menjadi Menteri Kewangan). Tahun 1992 empat kali, tahun 1993 empat kali, tahun 1994 empat kali, tahun 1995 empat kali, tahun 1996 tiga kali, tahun 1997 empat kali, tahun 1998 dua kali dan dipecat," katanya bagi menjawab soalan dari Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin sebelum itu mengaskan bahawa pengurusan Permatang Pauh lebih berkesan berbanding apa yang dilakukan oleh Pekan ketika ini dan meminta agar menteri memberikan perincian mengenai tata kelola di antara kedua-dua individu tersebut.

Tegas Ahmad, keberkesanan Pekan dalam menguruskan dana negara dapat dilihat berbanding apa yang dilakukan oleh Permatang Pauh.

"Dalam masa lapan tahun, 29 kali bajet tambahan daripada Permatang Pauh," jelasnya.

Tuesday, 16 July 2013

Kisah Isteri Pertama Najib Yang Dilupakan

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'
 
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
 
Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
 
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.
Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?
Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
 
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
 
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
 
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.
 
Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.
Copy paste dari Sumber - Laksamana Bukit Bintang