Tuesday, 23 April 2013

Cikgu Bard Cakap PAS Mungkir Janji


Memang terbaik la Si Chagu Bard ni. Kalau bab nak memburuk - burukkan orang lain, memang dia seorang yang pakar beb. Tak perlu kita nak pertikaikan lagi.

Sebelum ini, Si Chagu Bard tu kata pertembungan diantara dia dan calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh umpama pertembungan 'Adik-Beradik'.

Tapi, cuba baca kenyataan Si Chagu Bard dalam laman sosial Facebook milik dia ni. Ada macam pertembungan 'Adik Beradik' tak?


Nah!!! Si Chagu Bard tu siap tuduh pulak puak - puak PAS tu sebagai pihak yang memungkiri janji. Kiranya, PAS jugak yang main tikam belakang.

Oi! Sejak bila pulak puak - puak Pakatan Haramjadah tu pandai nak tunaikan janji diorang sendiri? Bukan ke selama hari ini diorang memang suka memungkiri janji ke?

Bukan setakat PAS je yang dituduh memungkiri janji ni. Malah PKR jugak pernah tuduh DAPigs memungkiri janji bila merampas kawasan Parlimen Bentong.

Kesimpulannya, semua parti dalam Pakatan Haprak ni tak boleh percaya sebab masing - masing berjuang demi memenuhi agenda sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat. Itu pasal la orang anggap diorang ni Haprak Rakyat!!!
 

Sunday, 21 April 2013

Ambiga Berceramah Di Gereja Pula..

ambiga-anwar513

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penganjuran forum berkaitan PRU-13 dihadiri Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga, di sebuah gereja di Seremban, kerana menganggap menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.
 
Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R Rajandaran berkata, pihaknya tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.
 
"Jika satu pihak menggunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama.
 
"Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama," katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 ahli kelab itu yang membuat bantahan secara aman di luar gereja itu.
 
Metro melaporkan Rajandaran berkata, pihaknya juga membuat laporan polis membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu serta menegaskan semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan bukan dipergunakan untuk sebarang tujuan berkaitan politik.
 
Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira jam 11 pagi untuk menyampaikan ucapan, namun seorang pegawai penguat kuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dulu berjumpanya.
 
Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat.-22/4/2013

Fakta Tersembunyi...

rebutkerusi

Insiden komikal dan kejutan yang mewarnai penamaan calon pilihan raya umum ke-13 semalam berlegar sekitar sebilangan anggota tidak berpuashati lalu bertanding atas tiket bebas, sedikit sebanyak mencalar imej kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
 
Tetapi antara BN dan PR, yang lebih tercalar adalah PR kerana perebutan menjadi calon bukan berlaku dalam parti masing-masing sahaja tetapi juga antara parti rakan komponan sehingga menimbulkan persoalan sejauh manakah kemampuan PR bersepakat?
 
Pertembungan antara komponan parti itu memaksa pengundi berfikir setakat manakah pakatan pembangkang dapat mencapai kesepakatan dalam perkara-perkara lebih besar dan rumit seperti pemerintahan negara?.
 
Apakah maknanya di sebalik pertandingan antara calon PAS dan PKR di tujuh kawasan iaitu Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Panti (Johor), Sg Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir (Terengganu)?
 
Di pihak BN, tiada mana-mana daripada berbelas-belas banyaknya komponan gabungan itu meletakkan calon di kerusi yang disepakati ditandingi calon-calon daripada parti rakan yang dahulu dikenali sebagai Perikatan.
 
BN, seperti juga PR dilanda fenomena segelintir anggota parti yang tidak terpilih, memilih untuk keluar parti apabila bertanding sebagai calon bebas didorong oleh rasa tidak puas hati.
 
Tindakan drastik mereka, kalau menurut pemerhati politik, mungkin juga atas perkiraan mereka boleh menjadi faktor penggenap atau penambah bilangan kerusi dalam penubuhan kerajaan kelak dalam persaingan sengit PRU13.
 
Antara mereka ialah veteran Umno yang pernah menjawat timbalan menteri selama dua penggal dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar di kerusi parlimen Tasek Gelugor. Seorang lagi ialah bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, yang ditawar bertanding kerusi DUN Bukit Chandan tetapi bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar atas tiket bebas.
 
Anggota DUN Sungai Dua dari Umno yang juga bekas exco kerajaan negeri, Fadzil Hanafi bertanding sebagai bebas di kerusi DUN Alor Mengkudu. Anggota DAP Jenice Lee Ying Ha, penyandang kerusi DUN Teratai mempertahankan kerusi itu atas tiket bebas.
 
Tokoh DAP dari Melaka Sim Tong Him mempertahankan kerusi parlimen Kota Melaka atas tiket DAP tetapi turut bertanding atas tiket bebas bagi kerusi DUN Kota Laksamana menentang calon daripada partinya sendiri.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN nampaknya tidak terlalu terganggu dengan fenomena anggota parti bertanding atas tiket bebas, namun hari ini menarik perhatian pengundi kepada pertembungan sesama parti PR itu.
 
Berucap merasmikan projek perumahan 'Sentuhan Kasih Felda' di Felda Chini Timur 2 Pahang, beliau menganjurkan pengundi merenungi persoalan jika untuk bertanding kerusi pilihan raya PR gagal berpakat, bolehkah mereka berpakat bagi mengendalikan pemerintahan negara.
 
Bagi Najib, PR bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat kerana selain mereka bukan gabungan yang besar, ia juga bukan merupakan gabungan yang satu dengan satu falsafah atau ideologi politik.
 
Kerajaan pembangkang di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor memang kekal tidak berpecah selepas dibentuk berikutan PRU12.
 
Namun seringkali berlaku percanggahan dalam penentuan dasar seperti dalam isu penjualan arak oleh pekerja Islam di Selangor, tukang gunting wanita di Kelantan dan tatatertib berpakaian bagi artis untuk pertunjukan dan papan iklan di Kedah.
 
Namun perbezaan pendirian paling mendasar dan menguji keutuhan pakatan itu ialah antara DAP yang sosialis dan PAS yang memanggil partinya parti Islam, melibatkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
 
Pemimpin-pemimpin komponan pakatan pembangkang acapkali menegaskan bahawa mereka sepakat mahu menumpukan kepada perjuangan menumbangkan BN dan juga sepakat mengetepikan dahulu apa jua perbezaan dasar antara mereka.
 
Tetapi adakah mereka sudah mencapai kesepakatan dalam isu negara Islam?
 
Pengerusi DAP Karpal Singh, yang pernah menolak keras pelaksanaan hukum hudud dengan ayat "over my dead body" semalam menegaskan kembali bahawa partinya tetap menolak pelaksanaan hukum jenayah dalam Islam itu.
 
PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi melaungkan penubuhan negara Islam yang digantikan dengan slogan 'Negara Kebajikan' tetapi sebahagian anggota parti itu dikatakan mentafsirkan matlamat itu sama dengan negara Islam.
 
Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengatakan bahawa pemimpin PAS bersetuju dengan penggunaan nama "Allah" bagi panggilan tuhan dalam Kitab Injil namun sebahagian ahli PAS sehingga kini tetap menolaknya.-22/4/2013

Lubang Kubur Untuk Siapa??

Mayat-Wanita-Dicuri-dari-kubur-untuk-‘Dinikahkan-di-Akhirat’
Memang kali ni UMNO/BN Kedah akan menempa SEJARAH baru. Sejarah yang tak pernah dibuat oleh UMNO/BN Kedah pada mana-mana PRU sebelum ni. Sejarah yang akan terpalit meninggalkan kesan yang pedih pada PAS, khususnya di Kedah.

PAS Kedah telah mengesahkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan pemimpin PKR kesayangan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, akan bertanding di Kedah pada PRU ke-13 kali ini.
 
Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang menentang tokoh UMNO Kedah, Datuk Othman Abdul, Mahfuz pula akan berentap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di Parlimen Pokok Sena.
 
Manakala adik Datuk Shahlan, Saifuddin akan menghadapi Ketua UMNO Bahagian, Datuk Aziz Syiekh Fadzir di Parlimen Kulim-Bandar Bharu.
 
Sebenarnya saya tidak sabar untuk menyaksikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram itu berentap dengan tokoh-tokoh UMNO/BN di Kedah. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah agaknya?
 
mat-sabu-syiah
Sejak dinafikan untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah dulu, Mat Sabu dari dulu teringin sangat nak bertanding di Kedah sekali lagi. Dia mahukan Pendang khabarnya disebabkan parlimen itu sangat “mesra” dengan fahaman Syi’ah.
 
Lagipun, beberapa kroni-kroninya di dalam PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha dan Dr. Ismail Salleh mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden PAS itu untuk bertanding di Kedah kali ini.
 
Khabarnya Mat Sabu akan dijadikan “cable” mereka untuk menggulingkan “boss” PAS Kedah yang serba tak tahu, Azizan Razak!
 
Hakikatnya, calon BN kali ini bukan calang-calang. Datuk Othman Abdul boleh dikategorikan sebagai “panglima perang” UMNO/BN yang disegani kawan dan lawan, khususnya di kampung halamannya di Pendang.
 
Sebut saja nama “Tok Man Bedoi”, orang PAS totok pun angkat ibu jari ke atas menandakan beliau adalah seorang pemimpin yang hebat, popular dan disukai rakyat.
 
Berbanding dengan Mat Sabu, dia hanyalah orang luar yang datang merempat di tempat orang! Apa jasa Mat Sabu di Pendang? Apa pahalanya di parlimen itu? Sebarkan fahaman Syi’ah, kah? Apa yang dia cari di Pendang? Normah ke-3 untuk dijadikan isteri?
 
Lagipun, orang PAS Pendang memang tolak Mat Sabu kecuali kroni-kroni Taulan Rasul yang dipercayai telah dipengaruhi Phahrolrazi dan konco-konconya. Golongan ulama PAS di Pendang memang tolak Mat Sabu disebabkan fahaman Syi’ahnya.
 
mahfuz bean
Mahfuz? Sudah lama orang Pokok Sena nak tolak dia ke longkang. Cakap saja lebih, tapi satu apa pun dia tak tahu buat. Tapi, dengan kehadiran Datuk Shahlan yang berhujah dengan berlandaskan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW, saya yakin Mahfuz akan tertiarap di parlimen itu kali ini.
 
Kalau setakat SRP tak lulus dan hanya berpengalaman mengendalikan beg-beg di lapangan terbang, rasanya lebih baik Mahfuz tarik diri saja sebagaimana yang dinasihatkan Tun Dr. Mahathir padanya. Bukan apa, buat malu orang Pokok Sena saja…
 
S
Saifuddin Nasution pula pernah bertanding di Padang Serai pada tahun 2004 tapi kalah ditangan calon BN, Lim Bee Kau, dengan majoriti BN melebihi 10,000 undi. Pada tahun 2008, orang Kedah itu lari ke Kelantan untuk bertanding di Machang, “mencuri” kerusi selamat PAS di sana.
 
Di Machang, dia menang dengan majoriti tipis sebanyak 1460 undi sahaja berdepan dengan Datuk Sazmi Miah. Dia menang dengan majoriti kurang dari 1,500 undi disaat UMNO/BN dilanda “tsunami” politik 2008? Memalukan sungguh!
 
Dan kini, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Haram tak tahu malu itu sah bertanding di Kedah. Mereka tak boleh lari lagi. Khabarnya, ketiga-tiga orang tak guna ini akan di“aqiqah” dan di“kenduri” beramai-ramai oleh orang Kedah pada 5 Mei ini.
 
Apa pun kita tunggu 5 Mei ini. Nak cakap mereka “confirm” kalah, nanti bunyinya macam orang PAS yang sifatnya lebih tahu dari pengetahuan Allah SWT. Tak pasal-pasal nanti saya dikafirkan sekali lagi oleh puak-puak penganut ajaran PAS itu..kan

Haji Hadi Kata Calon Pil Kuda?? Siapa???

Hadi - PKR Pil Kuda
Hina betul calon-calon PKR di mata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang apabila pertindihan calon yang berlaku di antara PAS dan PKR diibaratkan sebagai usaha PAS untuk menghalang kemasukan syaitan dalam PR. (Lihat video & transkrip di bawah)
 
Maknanya, kat mana sahaja yang wujud pertindihan, ia berlaku kerana PAS nak halang syaitan. Syaitan juga yang disalahkan, sifat tamak kerasukan syaitan dalam hati pemimpin PAS, tak pula nak diceritakannya.
 
Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang. Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat?
 
Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.
 
Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.
 
Dengan penjelasan oleh Hadi ini, satu perkara dapat disahkan – PAS memang jenis suka tikam belakang kawan dan hubungannya dgn PKR sentiasa dibayangi kecurigaan sesama sendiri.
 
Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

Hadi Dakwa Calon PKR Dikalangan Pengikut Marxisme, Pengedar Dadah

hadi_awang

MARANG: PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi ‘menyelamatkan pakatan pembangkang’ kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme ‘Marxisme’
 
“PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.
 
“Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual  dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.
 
“Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.
 
“Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka,” kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.
 
Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.
 
“Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri,” katanya.
 
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan
 
“Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini,” katanya.
 
Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi. – MStar.

Penyelewengan PAS Kedah Didedah


 Mc dan rakan blogger Kedah lain tak fitnah, kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. Mc percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu Mc kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!


Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok helaian dibawah pula!

Baca dalam petak merah, apa sudah berlaku ni? Gagal kemukakan dokumen sokongan bersama baucer bayaran? Maknanya duit keluar tanpa resit yang sah! Macam mana boleh jadi macam ni? Kalau benar guna duit Maktab untuk beli keperluan pengajian, kenapa tak kepilkan sekali resit apa yang dibeli? Atau duit tu masuk poket untuk beli benda lain?

Ini pengurusan yang tidak telus, pembayaran yuran, duit keluar masuk, bukan perkara main-main. Lainlah memang ada niat untuk main-mainkannya. Paling menarik, bila Mc 'semak' siapa yang jadi pengetua Maktab Mahmud ni, membuatkan Mc ketawa besar!

Isteri Adun Pas ni! Anak saudara orang tu! Isteri pada Ketua orang tu, dan semuanya berkaitan dengan keluarga dan orang Pas belaka! he he.. rosak-rosak! Patut la makin mundur dan lingkup Maktab Mahmud, rupanya dijaga oleh orang yang tak layak dan menjadi 'HAK MILIK' keluarga kroni Pas Kedah.

Ok, cerita ni tak habis lagi sebenarnya, kita sambung nanti! Banyak lagi pendedahan.

Lepas KUIN Pas lingkupkan, kini Maktab Mahmud pulak, kalau diberi peluang lagi, rasanya Kerajaan Negeri Kedah pula lingkup dengan kerja bodoh Pas ni!
 
TQ TMK....