Saturday 24 January 2015

Konspirasi Dalam PASma


Sehingga ke hari ini, Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang bermusuh dengan Timbalannya (atau bekas timbalannya?), dan sekarang ini cukup terkenal kerana menjadi sebuah Presiden sebuah parti di dalam parti bergelar PASMA, masih enggan melepaskan jawatan dan keahliannya dalam PAS.

Biarpun sudah dikenen berulang-ulang kali oleh Presiden PAS sendiri, namun Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang bersekutu kuat dengan Nasir Mustafa, ADUN PAS bagi DUN Kubang Rotan yang sama-sama membenci Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah (RUJUK DI SINI) tetap buat muka selamba dan mahu terus berada di dalam PAS.

Phahrolrazi Zawawi bersama konco-konconya telah bertemu Lim Guan Eng baru-baru ini di Komtar bagi membincangkan suatu bentuk kerjasama antara DAP-PKR dengan PASMA seandainya PAS ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia bukan pakatan rahsia lagi. Malah apabila Anthony Loke memarahi Hadi Awang kerana isu Pilihanraya Perbandaran yang disifatkan oleh Hadi Awang sebagai cubaan mewujudkan semula krisis perkauman terbesar selepas 1969, semakin jelas ke mana hala tuju Phahrolrazi dan PASMA.

Dalam banyak hal, apabila melibatkan konflik antara DAP dengan PAS, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi akan berpihak kepada Lim Guan Eng dan DAP. Malah Phahrolrazi juga melebih-lebihkan Anwar Ibrahim berbanding Hadi Awang, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang terlantar keuzuran.

Sudah ada desakan dari dalam PAS sendiri agar sesiapa sahaja yang terlibat dengan PASMA, disingkirkan dari parti itu. Namun kepimpinan utama PAS juga sedar, seandainya langkah tersebut diambil, maka PAS akan menjadi parti tercorot memandangkan hampir tiga suku daripada populasinya dalam DUN dan Parlimen akan bertukar menjadi DAP walaupun wujud mereka sekadar Biro Islam dalam parti chauvinist yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim?

Apatah lagi kenyataan Phahrolrazi sendiri bahawa PASMA akan bergerak sebagai sebuah parti politik yang akan bersama-sama DAP sekiranya PAS memilih untuk keluar dari Pakatan Rakyat, sudah cukup untuk membuatkan kita mengukur setebal manakah kulit muka Phahrolrazi yang masih tidak juga keluar dari PAS di mana dia mempunyai jawatan sekarang. (RUJUK SINI)

1 comment:

  1. Masih ramai penulis politik ... meramalkan PasMa bakal bertukar kepada Parti baru menggantikan Pas...untuk berkhidmat untuk PR...Namun sayaya lebih berkeyakinan..PasMa ((bertindak sebagai parti dalam parti) untuk mengambil alih Pas secara keseluruhan...Dan yg penting jawatan Presiden dan jawatankuasa pusat..dimenangi mereka secara serangan mengejut dipilihan nanti...Perlu didasarkan beberapa sbb..1..LGE dan LKS tak mau serpihan ...investment dah banyak untuk tujuan itu... 2) Sebagai pemain politik bernafsu besar... key leader PasMa dan Dinastii Lim...tahu sejarah parti serpihan akan gagal dan terlalu mahal belanjanya...3) Key leaders PasMa...kini aktif bergerak secara micro dan gelap...4) Menzahirkan bilangan yg sedikit dan politik envoriment yg seolah gulongan ulama menguasi .... ini untuk melekakan dan agar tiada tindakan yg merencatkan org org mereka yg akan jadi perwakilan untuk mengundi..... Padangan saya yg anti Pasma...tetap akur yg Hj Hadi cukup lemah untuk bertindak dan legging... apalagi cukup mudah terpedaya.... Inilah nasib PAS selepas pemilihan nanti....Sedih tapi inilah reality..... Saya percaya Majlis Ulama akan bubar atau ditranformasikan...ini kuasa Presiden dan jawatan kuasa baru.... Melopong mulut pada mereka yg masih berkhayal...

    ReplyDelete