Friday, 10 May 2013

Sebab Kenapa Anwar Tak Iktiraf Result PRU 13

Sikap tidak boleh menerima kekalahan parti Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu masih lagi ditonjolkan oleh puak-puak pembangkang.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin tertinggi dalam pembangkang tidak dapat menerima keputusan pengiraan undi oleh SPR, tetapi juga tidak dapat ditelan oleh penyokong PR.

Nampak sangat mereka masih lagi mencuba untuk mencipta situasi tegang dan huru-hara dalam negara.

Ketika ini, penyokong PR sedang kecoh menyebarkan berita-berita palsu dan penipuan yang sengaja dicipta supaya rakyat Malaysia terus percaya dan marahkan parti Barisan Nasional (BN).

Semuanya kerana apa, kerana BN adalah parti yang tetap mampu mentadbir negara dalam keadaan baik sama ada menjaga kestabilan ekonomi, keamanan bahkan mampu menjaga kebajikan rakyat. Perkara-perkara inilah yang tidak mampu diterima penyokong PR, lalu melipat kali gandakan usaha menyebarkan penipuan demi penipuan.
 
Lihat sahaja dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, pelbagai penipuan, rekaan cerita dan sumpah seranah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PR. Belum lagi termasuk dalam blog-blog PR.

Penipuan yang hangat dibuat oleh penyokong PR adalah isu kononnya BN membawa masuk warga asing seramai 600,000 orang ke Malaysia sebagai pengundi hantu.

Mereka juga menuduh kerajaan BN telah menyediakan kad pengenalan ‘ekspress’ kepada warga asing ini supaya mengundi BN dalam PRU13.

Penipuan ini dibuat ketika semua rakyat Malaysia sedang sibuk keluar untuk mengundi pada 5 Mei lalu.

Ia terus dihangatkan dengan perbuatan memuat naik gambar-gambar individu-individu yang berwajah seperti warga asing, Bangladesh atau Pakistan di Facebook supaya membuatkan orang ramai lebih percaya dan termakan dengan agenda penipuan ini.

Jadi, sementara semua orang menunggu giliran untuk membuang undi, sempatlah untuk melihat ‘perkembangan’ penipuan penyokong tegar PR. Secara tidak langsung ia dapat mengubah pendirian pengundi. Penipuan ini adalah langkah terdesak PR untuk meraih undi dari rakyat Malaysia sementalah mereka sendiri sudah mengetahui akan menghadapi kekalahan teruk.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak juga sudah menegaskan tidak ada pengundi hantu langsung dalam PRU13 dan ia disokong kuat oleh SPR. Jadi mengapakah PR dan penyokong-penyokong mereka terlalu tuli dan pekak untuk meneima kebenaran?

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai penipuan ini tanpa usul periksa. Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN dalam PRU13 sedangkan BN menang tipis dan tewas undi popular?

Ternyata, PR memang kalah dalam PRU13 dan membuktikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya tidak berhasil. Itulah kebenaran dan hakikat yang pahit untuk penyokong PR terima.

Tidak cukup dengan penipuan kononnya BN membawa pegundi hantu, mereka sekali lagi sebarkan penipuan dengan mengatakan berlakunya salah kira undi dengan terjadinya ‘blackout’.

Walhal, insiden ‘blackout’ langsung tidak terjadi! Dan ia disahkan sendiri oleh pemimpin DAP dan wartawan pro-PR.

Apa yang pelik, penyokong PR menuduh BN sengaja adakan ‘blackout’ supaya salah kira undi berlaku tetapi bagaimana mereka cepat-cepat menyediakan lampu suluh? Alasan, takut berlakunya terputus bekalan elektrik.

Reformasi berbentuk menukar ‘Default Picture’ di Facebook dan Twitter dengan gambar hitam juga dibuat sebagai tanda protes dan mogok dengan keputusan PRU13.

Nampaknya, taktik Anwar menggunakan agenda penipuan telah diturunkan kepada penyokong-penyokong tergarnya yang telah buta hati dan akal.

Padahal, pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13 di Malaysia ini.

Paling tidak pun, fikirlah secara logik, jika benar keputusan tidak adil, mengapa BN masih tewas di tangan pembangkang untuk negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan?

Benarlah kata Tunku Aziz, Anwar dan pengikutnya tak akan pernah kering akal untuk mencipta kekacauan dalam negara. Mungkin strateginya untuk menimbulkan huru-hara sewaktu hari mengundi tidak berjaya dan dikesan awal-awal, sebab itu Anwar lancarkan ‘senjata’ penipuan seperti ini.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang masih ada akal fikiran yang waras, jangalah kita menjadi seperti lembu dicucuk hidung, menuruti sahaja kata-kata yang tidak berasaskan fakta dan kebenaran

No comments:

Post a Comment