Malah Jusuf juga kecewa dengan sikap Anwar yang tidak
mahu melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu dinyatakan oleh
bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin di
sini kelmarin, seperti mana dilaporkan agensi berita ANTARA.
"Ya, sudah
tentu Jusuf kecewa tetapi saya berusaha untuk mencuba agar suasana pulih
kembali," katanya.
Hamid berkata, Anwar pernah berjanji kepada Jusuf
sebagai sahabat bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengawal pakatan
pembangkang jika mereka tewas dalam PRU-13.
"Tetapi sehingga kini,
demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di banyak tempat di Malaysia. Anwar
bersama penyokongnya mendakwa berlaku penipuan, sesuatu yang harus dibuktikan
melalui undang-undang, tetapi (setakat ini) Anwar belum berbuat demikian,"
katanya.
Sejak awal lagi, kata Hamid, Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) itu sudah mewujudkan persepsi dan yakin akan menang.
Tegas Hamid,
keyakinan Anwar itu berdasarkan pelbagai kaji selidik yang dijalankan sebelum
pilihan raya umum berlangsung.
Tambahan pula, kata Hamid, setiap kali
Anwar mengadakan kempen beribu-ribu orang hadir dan ini memberi keyakinan kepada
Anwar, beliau akan menang.
"Atas keyakinan itu, Anwar telah bertemu Jusuf
bagi meminta bekas Naib Presiden Indonesia itu menyampaikan kepada Najib supaya
siapa pun yang menang, mereka harus bekerjasama dengan yang kalah.
Permintaan itu disambut baik oleh Jusuf," katanya.
Bagaimanapun kata
Hamid, keyakinan Anwar musnah apabila Najib memenangi pertarungan politik di
negara itu.
"Anwar mungkir janji yang dibuatnya kepada Jusuf untuk
mengawal anggota pakatan pembangkang, sedangkan Najib konsisten dengan
ucapannya. Ia terbukti beberapa jam setelah diumumkan menang, Najib mengajak
penyatuan nasional demi masa depan negara," katanya.- UTUSAN
No comments:
Post a Comment