Walau apa pun alasan muluk yang diberikan oleh pecacai Pakatan Rakyat bagi menghalalkan himpunan mereka di Stadium Kelana Jaya, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah, himpunan tersebut lebih sesuai dinamakan sebagai HIMPUNAN CINA DAP yang kempunan tidak dapat mengubah lanskap politik negara dan penggubalan semula Perlembagaan Malaysia mengikut kehendak mereka.
Biarpun ketua himpunan tersebut adalah Anwar Ibrahim tetapi tangan ghaib di belakangnya adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Dan biarpun dikatakan Pakatan Rakyat sebulat suara membantah keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan kepada Barisan Nasional, tetapi di Pulau Pinang dan Kelantan, orang Pakatan juga yang sebulat suara menerima tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri.
Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang langsung tidak membantah keputusan PRU13 yang membolehkan mereka menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan majoriti yang lebih besar dan kerusi yang lebih banyak. Walaupun tentera-tentera siber DAP dalam RED BEAN ARMY sedang menggempur dunia maya dengan pelbagai cerita rekaan yang amat mudah dipercayai oleh puak-puak Melayu tidak cukup akal, mereka langsung tidak memperkatakan tentang penipuan atau blackout di Pulau Pinang.
Di Kelantan pula, puak Husam Musa dilihat sedang menjadikan keputusan PRU13 sebagai medan ketidakpuasan hati apabila Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco walaupun memenangi DUN Salor. Tidak pula mereka merungut tentang keputusan PRU13 di peringkat negeri Kelantan.
Berkapasiti 40 ribu orang dengan 25 ribu di tempat duduk dan dalam kawasan padang 15 ribu orang, para pecacai Pakatan sedang membesar-besarkan angka di Stadium Kelana Jaya sekarang ini sehingga ada yang dengan bangganya menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 200,000 orang!
Lebih 80% yang hadir adalah anak-anak muda Cina dan berusia antara 21-40 tahun. Sekaligus menjadikan himpunan ini tidak ubah seperti himpunan anak-anak Cina DAP yang cuba mengulangi semula apa yang berlaku pada tahun 1969.
Kebetulan pula 10 Mei 2013, jatuhnya pada Jumaat. 10 Mei 1969 adalah hari mengundi. Pada sebelah malamnya apabila keputusan diumumkan, banyak lokasi panas mulai dikesan. 11 Mei 1969, perarakan mulai dilakukan oleh anak-anak muda Cina yang sebelum itu cukup berkobar-kobar semangat mereka setelah dipanaskan oleh Lim Kit Siang dan gerombolannya terutama apabila menyatakan perlunya Artikel 152 dan Artikel 153 dihapuskan selain Bahasa Kebangsaan yang terdiri daripada empat bahasa selain Bahasa Melayu.
12 Mei 1969, jumlah kematian orang Melayu mulai meningkat apabila chauvinist yang sebahagiannya merupakan bekas penganut ajaran Komunisme mulai mengganas dalam cubaan mereka menghalau dan menghapuskan Melayu dari Kuala Lumpur. 13 Mei 1969, orang Melayu mulai bertindak balas dan berlakulah pertumpahan darah yang agak tragis.
‘Kejayaan’ Himpunan Anak Cina DAP pada malam ini di Kelana Jaya, pastinya ada kesinambungannya pada hujung minggu nanti. Apatah lagi, tarikh-tarikhnya amat bersamaan untuk menostalgiakan semula kekalahan dan kegagalan DAP untuk menghapuskan Melayu dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Ini cubaan kali kedua. Bezanya kali ini, DAP berjaya menarik sokongan ramai anak-anak muda Melayu bagi mengurangkan risiko dan natijah yang bakal mereka hadapi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1969. Dan pada masa yang sama, DAP bolehlah mendabik dada bahawa himpunan berkenaan adalah himpunan rakyat berbilang kaum, sekalipun yang hadir 80% adalah Cina.
Sesuatu yang barangkali tidak sempat difikirkan oleh anak-anak muda Melayu yang turut menyertai himpunan tersebut ialah, sekiranya terjadi apa-apa, merekalah PERISAI MANUSIA yang berjaya direkrut oleh DAP dengan bantuan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri!
Tq Mykmu...
No comments:
Post a Comment