Datuk Abdul Rahman Dahlan,Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan
Kerajaan Tempatan menganggap kecaman Setiausaha Publisiti DAP
Kebangsaan,Tony Pua terhadap dirinya sebagai usaha membodek bossnya,Lim
Guan Eng,Setiausaha Agung DAP.
“YB (Tony Pua), kejahilan anda isu ini boleh difahami tetapi saya mesti
mengatakan bahawa ritual harian anda adalah untuk membela bos lagenda
anda Lim Guan Eng,” kata Rahman dalam tweet beliau hari ini.Abdul Rahman
berkata demikian ketika mengulas kecaman Tony yang juga Ahli Parlimen
DAP Petaling Jaya Utara yang telah menuduhnya sebagai ‘ekstrim’ apabila
mempertahankan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar
kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
“Lim Guan Eng melabel saya sebagai seorang yang bersifat perkauman dan
pelampau? Betul ke? Adakah ini orang yang sama yang pernah menipu
masyarakat India di Kampung Buah Pala?,”katanya lagi.
Bidasan balas Abdul Rahman yang ditujukan kepada Tony Pua itu
menyebabkan mereka saling membalas hujah.
ANDA NAK LIHAT TWITTER PENUH ???
UNTUK SELANJUTNYA
No comments:
Post a Comment