Wednesday, 17 July 2013

Karpal Jangan Cepat Sangat Nak Melatah - Dato Tajudin

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata kenyataannya semasa berceramah di Kuala Besut, Terengganu yang mengaitkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak-tanduk parti itu.
 
"Kenapa beliau (Karpal Singh) perlu cepat melatah. Pandangan saya berdasarkan apa yang DAP lakukan selama ini dan pertalian rapat antara DAP dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura," katanya selepas majlis berbuka puasa kementeriannya, malam tadi.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Karpal Singh yang membuat laporan polis semalam, mendakwa kenyataan yang dibuatnya (Tajuddin) semasa berceramah pada 14 Julai lepas, berbaur hasutan.
Dalam ceramah itu Tajuddin dikatakan mengaitkan Karpal Singh boleh menjadi Presiden pertama Malaysia jika pengundi di Kuala Besut membenarkan DAP mengawal Putrajaya melalui PAS.
 
Beliau berkata, tindakan Pengerusi DAP itu yang pernah mengkritik institusi diraja Perak sebelum ini lebih teruk.
 
“Kalau hendak kata hasut atau rasis mereka nombor satu. Siapa yang pernah cakap berkenaan kerajaan Cina di Perak jatuh sebab Umno dan mengajak rakyat untuk lawan pada pilihan raya lalu bagi mengembalikan pemerintahan Cina.
 
"Adakah mereka boleh menafikan perkara itu dan ia menunjukkan siapakah lebih rasis," katanya. - Bernama, 18 Julai, 2013

No comments:

Post a Comment