Penularan fahaman Syiah di negara kita bukanlah perkara yang mudah untuk kita lihat dan sekiranya tersilap mengambil langkah menangani fahaman Syiah di kalangan penganut-penganutnya, akan rosak akidah umat Islam di negara ini.
Ini kerana, pegangan dalam Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah amat berbeza dan terang-terangan Syiah menyimpang dari tuntutan serta kehendak Islam yang sebenar.
Dalam kemelut kerajaan membasmi penularan Syiah di negara kita, PAS terus membuka mulut ia adalah propaganda UMNO sebagai tujuan utama untuk melaga-lagakan umat Islam di negara ini.
PAS terus dengan tuduhan mereka menyatakan UMNO bukanlah mahu menegakkan syiar Islam. Sebaliknya, menuduh UMNO mencetuskan propaganda ini sebagai usaha untuk mengekalkan kuasa di negara ini.
Apakah logik dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh PAS itu? Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh PAS ini sebenarnya ada tujuan utama yang perlu mereka lakukan.
Tujuan mereka terus menuduh UMNO sengaja membangkitkan isu Syiah adalah kerana tidak mahu PAS dituduh terlebih dahulu disebabkan mereka lembab dalam mengetahui penularan Syiah yang semakin serius di negara kita.
Untuk tidak mahu dituduh PAS sebagai parti yang bacul, PAS cepat-cepat mengeluarkan senjata tuduhan mereka ini.
Walhal, sebelum-sebelum ini juga sudah acap kali ditegaskan kepada parti PAS untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan awal menangani peningkatan jumlah penganut Syiah.
Malah, selepas itu juga segala tindakan yang dibuat oleh PAS dalam isu besar ini hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Tidak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan ajaran dan pegangan Islam yang sebenar.
Justeru, menuduh UMNO adalah jalan terbaik kerana semua pihak akan terus menunding jari turut menyalahkan UMNO kerana sebagai kerajaan, tidak ada tindakan yang dibuat. Hakikatnya, kerajaan sentiasa berwaspada dalam segala agenda merosakkan dan mencalarkan imej Islam.
Jadi, apakah wajar PAS menuduh UMNO sebagai parti yang tidak mahu mempertahankan agama Islam sedangkan PAS sendiri tidak ada usaha yang besar yang dilakukan bagi menyelamatkan Islam? Bahkan, hingga kini tindakan yang diambil adalah dengan membuat tuduhan rambang terhadap UMNO.
Ditambah dengan pengakuan dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad hari ini memberitahu pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sememangnya mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh utama Syiah di luar negara.
Apakah kewajaran untuk PAS sebagai parti Islam yang sentiasa mencanangkan cerita mereka adalah parti yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam perlu punyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh Syiah? Sedangkan mereka juga tahu yang Syiah itu berbeza akidah dan perlaksanaan agama dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sendiri begitu menyanjung tinggi perjuangan beberapa tokoh Iran, seperti Hizbullah dan Ayatollah Ruhollah Khomeini yang ternyata berfahaman Syiah.
Tidak wujud di sini seperti tuduhan yang PAS lemparkan yang UMNO sengaja mencetuskan propaganda Syiah. Kebenarannya, UMNO benar-benar mahu mempertahankan kesucian Islam dari fahaman-fahaman yang tidak benar dan seterusnya menjadikan akidah umat Islam di Malaysia terpesong jauh.
Salah satu ciri-ciri atau dalil yang diperjuangkan oleh fahaman Syiah adalah menjatuhkan hukuman kafir kepada pihak yang tidak sealiran dengan fahaman mereka. Dalam kehidupan salah seorang tokoh Syiah, Khomeini sendiri mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar RA dan Umar RA hanya kerana mengagungkan Saidina Ali.
Jadi, dalam isu ini, parti mana yang suka kafir-mengkafirkan pihak lain? Parti yang mana lebih menjurus ke arah Syiah? Fikirkan
No comments:
Post a Comment