Negara dikejutkan dengan
insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu, Februari
lalu. Dek
tuntutan tidak masuk akal jadi agenda, menyebabkan rundingan gagal capai kata
sepakat sehingga berlaku pertumpahan darah.
Di pihak pasukan keselamatan,
ada yang gugur manakala di pihak lawan, tidak kurang yang terbunuh dan
ditangkap.
Sempena sambutan hari pahlawan esok kami paparkan siri laporan ‘Di Sebalik Pencerobohan Pengganas Di Lahad Datu’ beserta rakaman eksklusif yang julung kali ditayang kepada umum. Visual yang akan anda saksikan ini dirakam jurukamera kami, Mohd Yazzer Mahmun, diiringi Pegawai dari Unit Media Bukit Aman, Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah
Segalanya bermula 9 Februari
lalu.
Kumpulan kecil inidividu dari
selatan Filipina dikatakan masuk ke perairan negara secara berperingkat dan
mendarat di Kampung Tanduo.
Dalam tempoh tiga hari jumlah
itu meningkat kepada 256 orang.
Mereka mula berkampung di
Kampung Tanduo dan seterusnya menawan serta mendominasi kampung
tersebut. Kelibat
kumpulan itu yang disedari penduduk kampung segera dibawa ke pengetahuan pihak
berkuasa. Diketuai Agbimuddin Kiram
kumpulan berkenaan mahu menuntut kembali wilayah mereka di bahagian Timur Sabah,
membawa kepada pencerobohan itu.
Bendera lambang kumpulan itu
mula dipacak.
Kawasan sekitar terdapat
pondok yang dijadikan tempat berkawal manakala rumah usang tinggalan penduduk
jadi markas. Pada
masa sama, anggota keselamatan mula digerak dan mengepung kawasan
sasaran. Setiap
gerak geri anggota kumpulan penceroboh dipantau.
Insiden pencerobohan yang
berlaku juga mendapat perhatian pimpinan kerajaan negeri dan pusat. Rundingan diatur, penyelesaian
mahu dicari. Harapannya, segala berakhir
tanpa pertumpahan darah.
Dengan kenderaan pacuan empat
roda, sepasukan jururunding bergerak ke markas kumpulan itu untuk mengadakan
rundingan. Hasil
pemerhatian, kelihatan ramai anggota kumpulan itu yang berpakaian ala tentera
berkawal di beberapa lokasi strategik.
Namun rundingan kali pertama
tidak membuahkan hasil. Beberapa siri rundingan
kemudian mengambil tempat. Segalanya nyata hampa apabila
kumpulan itu berkeras enggan berundur ke negara asal. Arahan serah diri juga tidak
dilayan dan ini memaksa tindakan usir diambil.
Sehingga 26 februari,
rundingan masih mengambil tempat walaupun tempoh pengusiran diberi
tamat.
Siri kedua esok, memaparkan
serangan dari kumpulan penceroboh memaksa pasukan keselamatan bertindak balas. -
Dinhuluselangor
No comments:
Post a Comment