Seperti biasa,Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai ‘pemaaf’,telah
memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri
undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang
diterjemah.Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara
rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar,Datuk Anifah Aman agar
jangan mencampuri urusan dalaman negara ini.
Nampaknya,Marino telah
tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat
kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan
diri sendiri.Bagaimanapun,saya percaya yang beliau merasa bertuah kerana
terlepas cakap di Malaysia,bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana
beliau mungkin sudah ‘kehilangan kepalanya’ sejurus selepas
kenyataan seperti itu dibuat.Keberanian Marino menyentuh isu tersebut
dilihat berpunca dari sikap pembangkang,terutamanya PAS yang pernah
menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu.
Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan
pihak Kristian itu,maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan
dan mungkin beliau percaya yang DAP,PKR,malah PAS akan turut
mempertahankannya jika berlaku kontroversi di mana akhirnya pihak
Kristian akan menang apabila isu tersebut mendapat liputan ke seluruh
dunia.Segalanya mungkin,tetapi buat masa ini kita bersyukur kerana ia
tidak berlarutan setelah beliau pantas meminta maaf.Sebagai umat
Islam,kita tidak harus mempertikai tindakan murni beliau meminta maaf
dan wajib menerima kemaafannya,seadanya.
Namun,kita masih
tertunggu-tunggu pihak pembangkang meminta maaf dalam isu yang
sama.Sehingga kini,Lim Guan Eng yang membangkitkan isu ini dalam
perutusan Krismasnya,masih lagi tidak meminta maaf.Malah,terus angkuh
seolah-olah tidak pernah menyinggung sesiapa.PAS yang flip-flop dalam
isu ini juga tidak pernah meminta maaf malah menafikan yang parti itu
pernah senada dengan Lim Guan Eng mempertahankan tuntutan pihak
Kristian.
PKR juga tidak pernah meminta maaf kerana bersubahat dengan Lim Guan Eng
menyinggung perasaan umat Islam dengan tidak pernah menegur
beliau.Hakikatnya,PR tidak pernah meminta maaf atas apa-apa pun
jua.Setiap kesalahan dan kesilapan mereka akan dinafi dan diabaikan saja
walaupun setelah terkantoi dan terbukti yang mereka bersalah.PR
langsung tidak pernah mempromosi nilai-nilai murni dalam
masyarakat. Parti itu merupakan pelopor sikap biadap dan kurang ajar di
kalangan anak muda sehingga membawa kepada politik
caci,maki-hamun,benci,carut dan lucah yang kronik.Parti itu juga yang
mempromosi sikap derhaka pada Sultan serta samseng,walaupun di dalam
sidang Dewan yang rasmi.Strategi politik PR pula semuanya berkisar soal
melanggar undang-undang, membuat onar,huru-hara,anarki serta mencabar
pihak berkuasa.
Walaupun strategi mereka sering menyusahkan rakyat,merugikan
peniaga,mencederakan malah membawa kematian penyokong mereka yang
mengalami masalah kesihatan,mereka tidak sekali pun meminta maaf.Dalam
semua keadaan,mereka terus mendongak angkuh dan tidak malu dengan sikap
kebinatangan mereka.Sebagai pejuang Kristian tegar,Lim Guan Eng wajar
mencontohi Marino yang pantas meminta maaf apabila bersalah atau
mungkin,Marino yang perlu mendakwahkan Lim Guan Eng berkenaan
nilai-nilai murni kemanusiaan memandangkan Nik Aziz telah gagal berbuat
demikian.Apa guna Lim Guan Eng bermati-matian memperjuangkan
Kristian,jika diri sendiri tidak mengamalkan ajarannya ???
Atau mungkinkah Lim Guan Eng gagal menjadi Kristian yang baik kerana
tidak faham perkataan ‘Father’ di dalam Injil yang dibacanya ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment