Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.
Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.
"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.
Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,
"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"
"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.
Sebagai isteri kepada Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Isa Samad, pada majlis Iftar semalam Puan Sri Bibi dilihat memikul tugas sebagai tuan rumah meraikan tetamu yang hadir....
No comments:
Post a Comment